
Bagi lelaki, ada dua jenis baju melayu yang biasa digunakan. First, baju melayu cekak musang. Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.
Ada juga baju melayu teluk belanga. Baju melayu ini agak famous skit kt Johor. Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.
Bagi wanita plak, banyak juga baju raya yang sering dipakai antara nye baju kurung pahang, baju kurung riau, baju kebaya dan pelbagai lg. Memang kalau diperhatikan pada pagi hari raya nanti, pelbagai jenis baju kurung akan diperagakan oleh kaum Hawa dan ingin kelihatan cantik, manis dan menawan dipagi yang mulia itu. Setiap orang mempunyai cita rasa masing-masing dan style tersendiri.
Tidak lupa, ada keluarga yang membeli baju raya warna yang sama untuk dijadikan warna tema pada sesuatu hari raya. Tidak mustahil jika anda melihat satu keluarga itu mengenakan baju raya yang menpunyai warna n corak yang same. Selain menampakkan keharmonian keluarga tersebut, ianya juga membolehkan keluarga tersebut berjimat apabila membeli kain untuk membuat baju raya nanti.
p/s : nak bli baju raya warna ape ek tahun ni???sape ade idea???
