Jika dilihat diseluruh pelusuk Malaysia, mesti penuh banner2 dan flyer2 dipamerkan dan diedarkan kepada sume orang berkenaan jualan-jualan murah serta potongan harga yang ditawarkan sempena hari raya yang bakal menjelma Syawal ini. Ada yang menawarkan potongan sebanyak 20%, 30%, 50% dan ada yang sehingga 70%.
Perkara ini akan menyebabkan pusat-pusat membeli belah penuh dengan orang ramai yang berebut-rebut untuk membeli belah sempena hari raya nanti. Jualan murah ini akan menarik ramai orang untuk membelih belah kerana dengan adanye jualan murah ini, mereka dapat berbelanja barang2 persiapan hari raya dan baju raya dengan harga murah. Disamping itu, mereka juga dapat berjimat serba sedikit walaupun duit dah banyak abis beli sume bende even ade yang beli tv, home teater n sofa baru untuk raya nanti.
Oleh itu, dinasihat kan kepada orang ramai supaya lebih berjimat cermat dan berbelanja secara ala kadar untuk raya nanti. Dan kalau boleh elakkan pergi ke pusat membeli belah pada ujung ramadhan kerana, dijangkakan sume orang akan keluar pada masa tersebut untuk shopping disebabkan kesibukan kerja.
p/s : aku x beli lagi baju raya..cmne ni..=p
