Sila la click jika ade.....

Sunday, April 18, 2010

Last Minute Hero!!!Part 3

Salam sume. Tengok tjuk etri kali ni, mesti korang dah dapat agak, siapa Hero kite minggu ni. 2 perlawanan menarik berlangsung semalam yang sempat aku tengok bersama rakan2 guru praktikal yang laen. 1st skali ialah perlawanan Manchester Derby antara Man City vs Man United dan 1 lagi adalah perlawana antara London rival Tottenham vs Chelsea. So hero kita kali ini, jatuh kepada........

Semestinya Paul Scholes. Gol jaringan beliau pada minit2 terakhir masa kecederaan memberikan The Red Devils 3 mata yang bermakna apabila menang 1-0 bagi mencerahkan lagi peluang United untuk merebut Piala Liga Perdana Inggeris (EPL). Kemenangan yang cukup bermakna lebih2 lagi menentang pasukan jiran setempat.

Alex Ferguson dan anak buah diceriakan lagi dengan kekalahan Chelsea kepada Spurs yang bermain dengan cukup baik dengan keputusan 2-1. Kapten Chelsea John Terry, pulak dilayangkan kad merah menjadikan Chelsea terpaksa bermain dengan 10 orang pemain, ditambah pula dengan kecederaan yang dialami Didier Drogba sebaik sebelum separuh masa kedua bermula.

Dengan keputusan dari kedua-dua perlawanan itu, perebutan Title race dan juga kedudukan tempat keempat merebut peluang ke Europe masih terbuka. Dengan berbaki 3 perlawanan, apa2 mungkin akan terjadi. So, jom kite layan bola.



No comments:

Post a Comment