Salam sume. Seperti yang dijanjikan aku nk tulis 1 entri yang cukup menarik kali ini. Ilham kali ini, datang apabila aku mengikuti satu program motivasi untuk pelajar2 sekolah aku, SAM Paya Jaras, Sg Buloh. Program motivasi tersebut disampaikan oleh seorang motivator yang amat terkenal jugak. Beliau merupakan pemilik asal sebuah iklan PETRONAS yang menyelitkan susah payah seorang kudung untuk berjaya dalam kehidupan. Mungkin ramai yang x igt, so kt bawah ni aku sediakan klip video iklan tersebut.
Beliau yang aku maksudkan ialah Abang YM Raja Shamri Raja Husin. Beliau dilahirkan dengan keadaan kudung kaki kanan dan tiga jari tangan beliau bersambung. Namun, itu semua tidak menghalang beliau untuk berjaya. Beliau yang lebih gemar menggelar diri beliau ABANG kepada para pelajar mendapat sambutan hangat dengan ceramah yang diberikan dengan cara yang sangat menarik walaupun kekadang amat sedih mendengar kisah kesusahan beliau, sehingga ada guru turut menitiskan air mata termasuk aku.
Dalam program tersebut, antara isi2 penting yang aku dapat, (ptg aku dh blk) bagaimana untuk membalance kan penggunaan kedua-dua belah otak kiri dan kanan. Balancing the brain dapat dilakukan melalui latihan tangan. Selain itu, moto yang digunakan beliau adalah:
Dalam program tersebut, antara isi2 penting yang aku dapat, (ptg aku dh blk) bagaimana untuk membalance kan penggunaan kedua-dua belah otak kiri dan kanan. Balancing the brain dapat dilakukan melalui latihan tangan. Selain itu, moto yang digunakan beliau adalah:
"Kejayaan itu dicipta oleh INSAN BIASA yang berusaha secara LUAR BIASA"
"Setaip manusia dilahirkan UNIK dan BERBEZA"
"Lumrah alam ORANG akan mengata ORANG"
Tetapi, perkara yang paling menarik perhatian aku adalah petikan ayat yang amat bermakna dan mempunyai masuk yang cukup mendalam. Ayat tersebut khas aku tujukan kepada semua kaum hawa yang sempat membaca blog aku ni. Mungkin korang sume dah penah baca, tapi kat sni aku just nk kongsi bersama ape yang aku dapat.
"Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik.Ia beguguran di tanah.Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada dipuncak.Susah dipetik susah digapai.Mahkota seorang gadis adalah sifat malu.Apabila hilang sifat malu,hancurlah maruahnya.Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain. Jgn rendahkan dirimu ke tanah semata-mata untuk dipetik. Engkau ditakdirkan Allah berada diatas krn hanya lelaki yang betul-betul layak dan berani sahaja dapat menggapai epal yang berada dipuncak itu.Seandainya engkau tidak dipetik didunia ini,mungkin jodohmu menanti di syurga sana…Ingatlah, bagi wanita maruah adalah segala-galanya."
No comments:
Post a Comment