Sila la click jika ade.....

Tuesday, November 16, 2010

AidilAdha Bersama Shahir


Salam sume. Bersempena dengan AidilAdha yang bakal tiba pada 17 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431, Shahir ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA dan selamat menjalani ibadah korban kepada sesiapa yang ada membuat korban.

Seseungguhnya ibadah korban ini merupakan ibadah yang sangat digalakkan dalam islam terutama bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan dan hukumya sunat muakkad iaini sunat yang dituntut. Adalah sunat bagi mereka yang melakukan korban untuk menyaksikan penyembelihan sekiranya mereka tidak berkemampuan untuk menyembelih sendiri binatang korban tersebut.

Kepada sesiapa diluar sana yang akan melakukan ibadah korban, lakukan lah dengan ikhlas dan berniat kerana ALLAH swt. Dan jangan sesiapa lakukan ibadah korban semata-mata untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk atau mempunyai niat laen disebalik ibadah tersebut.

p/s : rasuah dalam ibadah korban, ape pendapat korang??

Image : Ehsan Google.


"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"


No comments:

Post a Comment