Sila la click jika ade.....

Tuesday, July 19, 2011

Muzium Pendidikan Nasional


Salam sume. Pada hari ini aku berpeluang menghadiri majlis perasmian Muzium Pendidikan Nasional. Perasmian telah dilakukan oleh DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun bersempena Ulang Tahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak. Turut hadir YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr Zambry. Bangunan Suluh Budiman telah dinaik taraf untuk dijadikan Muzium Pendidikan Nasional yang menelan belanja hampir RM9.5 juta. Di bawah sedikit info mengenai Bangunan Suluh Budiman.

Bangunan Suluh Budiman (BSB) merupakan sebuah bangunan bersejarah terutama dalam bidang pendidikan dan perguruan, telah didaftarkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 12 November 2009 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Pada 1922 ketika itu UPSI dikenali sebagai Sultan Idris Training College, BSB merupakan dewan besar bagi SITC selain menempatkan bilik pengetua, bilik2 pentadbiran dan juga bilik mesyuarat. BSB juga turut dijadikan dewan untuk persembahan2 pelajar.

Cadangan pembinaan Muzium Pendidikan Nasional telah dicadangkan UPSI bermatlamat bagi memelihara semua nilai warisan dan rangkuman sejarah dari dahulu sehingga kini dalam bidang pendidikan dan perguruan. Pada 24 Ogos 2009 projek menjadikan BSB sebagai Muzium pendidikan telah dimulakan. Pada tarikh 23 Disember 2010, BSB telah siap dinaik taraf sebagai muzium. Muzium Pendidikan Nasional dipersembahkan kepada pengunjung dalam 19 tema diwakili oleh 21 galeri berasaskan misi dan visi MPN iaitu, MELESTARIKAN WARISAN PENDIDIKAN NEGARA. Turut dipamerkan Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1915 dan Buku Laporan Kabinet mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran.

Selepas 89 tahun melalui pelbagai perkembangan dan pembangunan pendidikan, Bangunan Suluh Budiman sewajar dijadikan Muzium Pendidikan nasional kerana banguna tersebut merupakan ikon utama kepada UPSI yang telah ramai melahirkan tokoh pendidikan negara seperti Zainal Abidin Ahmad (Za'aba), Harun Aminurrashid dan Abdul Rahman Talib

rujukan : Buku Program Majlis Perasmian MPN UPSI, Laman Web Muzium Pendidikan Nazional.


"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"

No comments:

Post a Comment