Sila la click jika ade.....

Wednesday, January 26, 2011

Larang Bermain Liga Tempatan


Salam sume. Lame tak update blog ni. Maklum la, agak sibuk skit dengan master dan persiapan majlis perkahwinan my sister this CNY. Kali ni, aku just nak mengupas dan memberi pandangan serta mengajak yang laen untuk membincangkan isu yang agak menarik ini.

Isu ini berkenaan cadangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan untuk melarang pemain-pemain yang dikenal pasti mewakili skuad kebangsaan untuk misi kelayakan ke Sukan Olimpik 2012 tidak beraksi di liga tempatan sebaliknya bermain di liga luar negara selepas menyenaraikan sukan bola sepak dan hoki dalam program Road To London 2012 (RTL).

Dari satu aspek, cadangan ini dirasakan akan memberikan kesan positif kerana mampu menaikkan mutu bola sepak negara dengan memberi pendedahan dan pengalaman yang berguna kepada pemain-pemain negara. Ia juga mungkin merupakan penyelesaian kepada kemerosotan mutu bola sepak negara.

Namun begitu, bagi aku, cadangan juga akan memberikan kesan negatif lebih-lebih lagi terhadap liga bola sepak tempatan. Ini kerana, liga tempatan akan kurang dapat menarik minat peminat kerana barisan-barisan pemain negara tidak beraksi di dalam liga tempatan ini.

Apa pun, bagi aku, sekiranya kita hendak menaikkan semula mutu bola sepak negara, kita haruslah bermula dari awal iaitu dengan mendidik generasi muda dengan lebih berkesan seperti di negara eropah yang melahirkan ramai pemain bola sepak berkualiti melalui akademi-akademi bola sepak nya seperti di Arsenal dan Barcelona.
"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"

No comments:

Post a Comment