Sila la click jika ade.....

Friday, December 11, 2009

Fantasy Premier League - Gameweek 16 Pundit

Dh lame sbnrnye aku nk wat entry ni. Ni bru tergerak nk wat. Maybe ramai drpd korg yang men Fantasy Premier League ni kn. Pas2 mst ramai yang join league KBSoccernet yang menawarkan hadiah lumayan bg pemenang2 bulanan dan keseluruhan. Bagi sape2 yg blum join 2, sempat lg nk join and rebut hadiah bulann. Nk rebut hadiah overall mmg ssh la sbb dh 5bln terlepas. Sape2 yg nk join, ni kod league utk KBSoccernet nye league : 728383-153896.

Match untuk Gameweek 16 :

Stoke City V Wigan 12 Dec 12:45
Birmingham V West Ham 12 Dec 15:00
Bolton V Man City 12 Dec 15:00
Burnley V Fulham 12 Dec 15:00
Chelsea V Everton 12 Dec 15:00
Hull City V Blackburn 12 Dec 15:00
Sunderland V Portsmouth 12 Dec 15:00
Tottenham V Wolves 12 Dec 15:00
Man Utd V Aston Villa 12 Dec 17:30
Liverpool V Arsenal 13 Dec 16:00

Antara perlawanan2 yang menarik ialah, Chelsea vs Everton, Man U vs Aston Villa dan yg paling menarik adalah antara Liverpool vs Arsenal.

Bagi pemain2 Fantasy, sekiranya korang nk point banyak, korang bleh la pilih pemain2 tersbut:

Thomas Sorensen : GK Stoke City ini, mendahului gk2 len. dgn harga hanya 4.4, Sorensen menjadi pilihan ramai kerana telah berjaya menghasilkan 6 clean sheet drpd 15 perlawann dan 2 penalti berjaya diselamatkn.

James Milner : Pemain Aston Villa ini berada pada form yg terbaik dgn mengumpul 77 point dibelakang Lampard n Fabregas. Namun begitu, berkunjung ke Old Trafford, mungkin memberikan sedikit kesukaran kpd Milner dan rakan sepasukan yang laen.

Andrei Arshavin : Pasukan Arsenal akan bertemu dengan Liverpool dalam match kali ini. Pada perlawanan musim lepas, Arshavin berjaya menjaringkan 4 gol ketika menentang Liverpool. Dengan kecederaan menimpa Van Persie dan Bendtner, Arsene Wenger meletakkan Arshavin selaku pemain penyerang, membolehkan beliau untuk mempunyai peluang yang cerah untuk menjaringkan gol.

Jermain Defoe : Spurs akan bertemu ngn Wolves yg berkedudukan dlm relegation zone. Stakat ni Defoe merupakan top scorer dlm EPL. Byk gol mungkin dijaringkn Defoe dlm match tersbut. Selain itu, korg bleh jgk pilih player2 Spurs yg len seperti Lennon, Kranjcar, Huddlestone & Corluka dibhgn pertahanan.

Darren Bent : Prestasi Bent kebelakangan ni kurg memberangsangkn. Namun begitu, bertemu dgn Portsmouth club yg berada di tempat tercorot, Bent mungkin dpt mengembalikan form beliau yg agak cemerlang pada awal musim dgn 9 gol berjaya dijaringkan beliau dan menambah koleksi gol beliau. Selain Bent, Reid jgk mungkin dpt beraksi dgn cemerlang pada match tersbut.

Wayne Rooney : Rooney dibelakang Defoe sbg Top Scorer. Berjaya menjaringkan hatrik ketika menentang Pompey dan membantu Man United menewaskan West Ham 4-0. Namun begitu, menerima kunjungan Aston Villa mungkin memberi sedikit tentangan buat Man United. Selain itu, pemain veteran Giggs mungkin dpt meneruskan prestasi cemerlangnye ketika menentang Aston Villa nnt.





2 comments:

  1. bola abgdin tak reti la.... pandu lori ok... bole rempit guna lori hehehe...

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak update fantasy manager..tak sempat..dulu2 zaman uni siap buat team lagi,mmg best juga layan...

    ReplyDelete