Sila la click jika ade.....

Monday, January 04, 2010

Aku DiAnakTirikan!!!


Aaarrghh!!!Tidak. Sekali lagi isu ini timbul. Bukan isu pasal aku, tp pasal graduan pendidikan dari IPTA(aku termasuk jgk la). Aku dapat idea, bila tgk tweet td, dan mengambil tweet @Ladynass takde masa depan la engineer.aku nk tunang aku jadi cikgu leh tak? hoho.. Ade mase depankan ke kerjaya sebagai Guru@Cikgu ni??

Baru-baru ni, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi ade mengeluarkan kenyataan "keutamaan bagi penempatan sekolah akan diberikan kepada lulusan Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) dan graduan IPTA ditempatkan jika terdapat kekosongan dan bergantung kepada bidang pengkhususan". Makne nye, klu xde kekosongan xde keje la. So, sape kate jadi cikgu ade mase depan??

Kenyataan yang dikeluarkan beliau dipertikaikan oleh ramai pihak, termasuk NC UPSI kerana, telah dipersetujui oleh kabinet bahawa lepasan IPG akan posting kt sekolah rendah, dan lepasan IPTA especially UPSI akan posting kt sekolah menengah. So knape boleh timbul isu cmni. Xkan la timbalan menteri sendiri xtau psal bende2 cmni??

So aku harap, hal ini dapat diselesaikan secepat mungkin, sebab klu xde keje, sia-sia je aku blaja 4 thn kt UPSI ni.

sumber:
UPSIKINI
Berita Harian Online


No comments:

Post a Comment