Sila la click jika ade.....

Wednesday, March 31, 2010

Last Minute Hero!!!

Salam sume. Entry kali ini yang juga merupakan entry terakhir dalam bulan March ni aku akan cakap pasal sukan kegemaran aku. Sukan ni juga yang menyebabkan aku dapat cuti seminggu bermula ari isnin ari2 smpi ari jumaat ni. Tapi disebabkan komitmen aku nk mengajar, ari khamis ni aku g sekolah dah.


Sukan yang aku maksudkan ialah bolesepak. Mungkin ramai juga blogger2 tidak kira lelaki mahupun perempuan yang minat bola. Minat main bola, tengok bola, borak pasal bola and marah balak diorg diorg sebab minat sangat ngan bola. Entry ni pasal match Quarter-final antara Bayern Munich and Manchester United.

So kepada yang still xtau lagi, Bayern berjaya menewaskan Man U 2-1. United berjaya meraih gol awal hasil jaringan Wayne Rooney seawal minit kedua apabila Demichelis melakukan kesilapan dengan tidak dapat mengawal Rooney dengan kemas apabila terjatuh ketika sepakan percuma United. Selepas itu, Demichelis sekali lagi nyaris menyebabkan Rooney menjaringkan gol kedua untuk United.

Pada separuh masa kedua, setelah banyak menyerang, akhirnya Bayern memperolehi gol penyamaan apabila sepakan percuma yang diambil oleh Ribery terkena Rooney dan menerjah ke gawang gol dan Van Der Sar hanya mampu terdiam. Akhir sekali, pada minit-minit terakhir masa kecederaan separuh masa kedua, Olic pemain lincah Bayern berjaya merampas bola dari Evra yang agak leka, dan kemudian merembat melepasi Van Der Sar untuk goal kemenangan untuk Bayern.

United juga menerima tamparan apabila Wayne Rooney kelihatan terhincut2 pada akhir perlawanan menjelang pertemuan antara Manchester United menentang Chelsea hujung minggu ini. Keputusan lain, Lyon berjaya menundukkan pasukan senegara, Bordeaux 3-1. Untuk maklumat lanjut, boleh layari Livescore.com atau Goal.com

So, moral yang penting dari pada match tersebut yang aku nk sampaikan, kita jangan la cepat mudah berputus asa dan hendak lah berjuang sehingga keringat terakhir. 1 lagi, kepada sume jaga la kaki anda ketika bemain, jangan sampai terseliuh or patah.

p/s : - @enKapten naseb baek aku xbet ngn ko. Klu x, dh untung dh aku..hehehe
- boleh jadi komentator aku ni..




No comments:

Post a Comment