Sila la click jika ade.....

Saturday, May 22, 2010

SHAHIR dah Menang!!! INTER vs BAYERN???


Salam sume. Berjumpa lagi kite pada malam ni. Baru je td kite dihangatkan dengan kemenangan AKU erk silap SHAHiR dalam Akademi Fantasia 8 (AF8). Shahir yang membawa maksud termasyhur dinobatkan sebagai Juara manakal Adira kedua dan Daus ketiga. So, tutup cite AF8 sebab aku xdapat menang t-shirt kt ZonArtis.com. =(.. So, sekarang aku nk cite pasal bende yang lebih hangat, lebih hangat dari Hot.Fm. Kalau tengok kt title mesti korang dh tau kan. Ya!! Ini berkenaan dengan Final UEFA Champions League antara Inter Milan dan juga Bayern Munich.

Perlawanan yang cukup menarik dimana kedua-dua pasukan cuba untuk mengulangi kejayaan yang dilakukan Barcelona pada musim lepas apabila berjaya memenangi tiga piala dalam 1 musim (treble) dengan menjuarai La Liga, Copa Del Rey dan berjaya menjadi kelab terkuat di Eropah dengan memenangi UEFA Champions League mengalahkan Sir Alex Ferguson dan pasukan Manchester United.

Inter Milan dianggap favorite untuk memenangi perlawanan final ini, setelah berjaya menumpaskan juara musim lalu Barcelona pada perlawanan semi final. Degan dibarisi permain2 yang hebat sperti Julio Cesar, Eto'o dan tongak utama Sneijder, pasukan bimbingan Mourinho yang digelar The Special Ones dijangka dapat menghentikan kemarau UCL untuk pasukan Inter. Setelah memenangi Serie A dan Copa d'Italia, Inter cube mendapatkan piala ketiga mereka pada perlawanan malam ini.

Sementara itu, pasukan Bayern Munich pula dianggap underdog dalam perlawanan ini. Dengan ketiadaan Ribery, Bayern dilihat sedikit goyah. Walaupun begitu, mereka masih lagi mempunyai barisan serangan yang kuat dan lincah dengan ada nya pemain seperti Olic, Robben dan Gomes. Pasukan bimbingan Van Gaal yang merupaka mentor kepada Mourinho juga cuba untuk memenangi piala ketiga musim ini selepas Bundesliga dan DFB Pokal mengulangi kejayaan Barcelona pada musim lepas.

Perlawanan final ini yang berlangsung di Stadium Santiago Bernabeu Madrid dapat disaksikan melalui saluran ESPN ch 812 bermula pada pukul 2.00 a.m dan sepak mula (kick-off) pada pukul 2.45 a.m. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Raja Eropah kita tunggu dan saksikan sebentar lagi.

UPDATE : Inter Milan 2 - 0 Bayern Munich.

No comments:

Post a Comment