Sila la click jika ade.....

Thursday, July 01, 2010

Seks Sebelum Sukan. Baik atau Tidak??


Salam sume. Entri Pertama dalam bulan Julai ni aku nk cerita sedikit mengenai seks. Ade pendapat mengatakan seks untuk golongan yang dah berkahwin, merupakan salah satu aktiviti yang sangat baik. Selain dapat menjalinkan hubungan suami isteri, ianya juga merupakan salah satu aktiviti senaman. Namun begitu, ade pendapat mengatakan hubungan seks bagi golongan atlet dan sportsmen sebelum sesuatu pertandingan dapat menjejaskan prestasi mereka keesokan hari.

Tanggapan ini bermula, sejak dari sebelum masihi lagi apabila seorang penyajak legenda Greek, Homer berpendapat, juara olimpik bernama Ikkos tidak melakukan seks kerana menganggap seks dapat melemahkan tenaganya. Sehingga kini, ramai jurulatih/manager melarang para pemainnya untuk melakukan seks dengan isteri dan teman wanita pada malam sebelum perlawanan dengan menyuruh mereka untuk tido di hotel bersama ahli2 pasukan yang lain. Perenang Olimpik Amerika, Josh Davis juga mendakwa kegagalan beliau melayakkan diri untuk olimpik athens 2004 kerana beliau melakukan seks dengan isteri nya pada hari ujian kelayakan.

Namun begitu, kajian yang dilakukan mendapati, hubungan seks antara suami isteri hanya membakar sebanyak 50 kalori sahaja. Orang yang bawak anjing diorg jalan macam dalam filem 2, bakar lagi banyak kalori. Kajian juga mendapati, tiada bukti yang menunjukkan seks boleh menyebabkan otot menjadi lemah walhal seks didapati dapat mengurangkan kesakitan otot lagi2 bagi wanita.

Scientist juga mendapati kadar testosterone untuk kedua-dua lelaki dan wanita meningkat apabila banyak melakukan seks. Mereka berpendapat, lebih banyak aktiviti tersebut dilakukan pada waktu malam, dapat meningkatkan tahap agresif para atlet pada keesokan hari, seterusnya dapat meningkatkan prestasi. Last skali cube renungkan kata2 dari seorang falsafah yang juga merupakan manager Yankee yang paling hebat, Casey Stengel.

"being with woman all night never hurt no professional baseball player, but it's staying up all night looking for women that does him in"


No comments:

Post a Comment

Post a Comment