Sila la click jika ade.....

Tuesday, August 10, 2010

Artis Ditangkap Kerana Tidak Berpuasa???!!!


Salam sume. Dalam seminggu yang lepas, blog aku aku sunyi sebab banyak perkara perlu diselesaikan antara nye intervie KPM aku dan juga majlis kawen member aku sekali dengan gathering batch 004 SDAR. Alhamdulillah arini, aku kembali mengadap laptop kesayangan ni. Selain itu, NuffNang jugak turut memberikan berita gembira dengan memberi aku Buffer Earning setelah lame ku tunggu.

Esok, iaitu, 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431H, seluruh Umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh pelosok dunia akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Mulai esok umat Islam akan berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan ini. Berpuasa menahan lapar, dahaga dan nasfu dari terbit fajar hingga terbenam matahari merupakan salah satu perkara yang terdapat dalam rukun Islam dan wajib ditunaikan oleh semua umat Islam kecuali yang dibenarkan oleh syarak untuk tidak berpuasa seperti, datang haid bagi wanita, darurat dan sebagainya.

Namun begitu, aku percaya, masih ramai lagi umat Islam sering mengabaikan tuntutan ini dengan tidak berpuasa. Apa yang aku cuba sampaikan adalah, sering kali setiap tahun akan keluar didada2 akhbar mengenai terdapat umat Islam ditangkap oleh pegawai2 Jabatan Agama lebih2 lagi golongan artis apabila tidak berpuasa. Mereka dengan tanpa rasa malu dan segan bukan sahaja membeli malah makan di kedai2 dikala umat Islam yang lain sedang berpuasa. Ape nk jadi??

So, kepada sume umat Islam, aku nak ucapkan Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa. Kepada sape2 yang xnak puasa, ikut korang la. Dosa korang sendiri yang tanggung aku juz memberi nasihat. 1 lagi xnk puasa, makan kat umah, baru xkne tangkap. Tajuk sekadar untuk bermain dengan SEO.

p/s : Jom rebut dua topup bernilai RM5 setiap satu. ScreenShot 11111 atau 12345.

No comments:

Post a Comment