Salam sume. Sori kerana aku agak menyepi dalam seminggu ni. Ini kerana, mood aku dan konsentrasi aku untuk berblogging sedikit terganggu dengan masalah dalaman aku sendiri. So entri kali ni dibuat dengan sedikit gopoh kerana ingin menyahut cabaran contest HIDUP SEORANG BLOGGER dari DENAIHATI.COM. Walaupun aku tau, peluang aku untuk menang contest ni agak tipis kerana aku tidak la hebat mane untuk bermain SEO. Tapi, bila diri digelar sebagai blogger sememangnya aku tidak akan melepaskan peluang ini untuk mengasah bakat dan menimba pengalaman dari contest2 yang seperti ini.
So, entri wajib aku untuk kali ini, aku kredit kan kepada saudara X-po, sahabat aku yang mendorong aku untuk menceburi dunia blogging ini. Banyak perkara yang belajar daripada beliau dari mula sebelum aku menceburi bidang ini. Hidup sebilik dalam sebuah rumah sewa yang agak tunggang terbalik sedikit merupakan sedikit kelebihan kepada aku untuk belajar berblogging daripada beliau. Even sebelum aku start build my own blog, aku ade la jugak sedikit sebanyak membantu beliau dari awal X-poshop hingga sekarang dengan domain mohdhafizuddin.com.
Dari situ aku banyak belajar dan secara rasmi pada bulan 8/2009 aku melancarkan blog aku sendiri. Namum pada ketika itu, aku masih lagi belum berapa aktif kerana, masih terlalu baru tanpa sebarang produk/idea yang special untuk dipromosi. Namun begitu, aku tetap belajar dan berkecimpung denga meluahkan ape yang ade dalam pemikiran aku, dan sebab itu blog ni bertajuk TheWayIThink dan bukan bersifat personal yang lebih kearah seperti diari.
Kini sudah 1 tahun aku dalam dunia ini, sememangnya banyak aku dapat apabila hidup sebagai seorang blogger ini. Ini kerana, hidup sebagai seorang blogger ini, anda dapat membaca berita terkini tanpa membaca surat khabar kerana, hampir setiap berita yang keluar di surat khabar akan diceritakan didalam blog2 yang ade. Disamping itu, aku dapat mengenali lebih ramai kawan walaupun kebanyakan daripada mereka aku belum pernah bersua muka seperti saudara Azizan, Zul yang banyak tunjuk ajar mencari duit dengan twitter dan rakan2 yang laen.
So, aku rase sampai disini dulu, entri aku untuk kali ni. Selebihnya aku akan coretkan dalam entri wajib kedua. Nway aku harap, blogger2 sekalian dapat menerima aku dalam dunia ini.
"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"
No comments:
Post a Comment