Sila la click jika ade.....

Saturday, June 19, 2010

EPL Barclays Premier League 2010/2011 Fixtures


Salam sume. Sebenarnya, aku dh rancang nk post entri ni ptg td lg. Tadi aku delaykan dulu atas sebab2 tertentu. 3 minggu dari sekarang, demam world cup akan berakhir, dan para peminat bola tanah air akan kembali, mengikuti liga2 bolasepak eropah seperti, EPL, La Liga, dan juga Serie A. Aku percaya kt Malaysia ni ramai yang meminati dan mengikuti EPL Premier League btul.

Untuk maklumat sume, fixtures EPL untuk season depan bermula Ogos 2010 ini telah pun kuar. Semalam, aku aku search la internet untuk mendapatkan fixtures tersebut secara keseluruhan untuk simpanan aku. Namun usaha aku hampa. Carian di GOOGLE tidak membuahkan hasil. And then terpaksa la aku g kt Premier League nye website, and print screen stiap mggu nye fixtures. Setelah itu, aku berhajat la nk kongsi ngn korang fixtures2, tapi hajat aku terbatal apabila aku terbaca mengenai Football DataCo. Apa 2??

Football DataCo merupakan sebuah syarikat british yang memegang kuasa dalam memberi kebenaran kepada third party untuk menggunakan atau mengeluarkan semula hak2 cipta intelektual 4 kelab bolasepak profesional di United Kingdom. Fixtures2 utk keempat2 kelab tersebut termasuk dalam intelectual property bermakna, pihak ketiga perlulah mendapatkan kebenaran untuk menggunakannya dengan bayaran tertentu.

EPL merupakan salah sebuah kelab dibawah Football DataCo. Oleh yang demikian, fixtures2 utk EPL perlulah mendapat kebenaran daripada syarikat Football DataCo, yang melantik Fixtures Marketing LTD sebagai wakil bagi urusan pembagian lesen pengedaran fixtures2 tersebut luar UK. Oleh yang demikian, sesiapa yang ingin mengetahui mengenai fixtures tersebut boleh lihat di Premier League Fixture.

Namun begitu, aku still bemurah hati untuk kongsi ngn korang. Sape2 yang nk boleh letakkan email di komen nnt, and aku akan emailkn kepada korang.


No comments:

Post a Comment