Sila la click jika ade.....

Thursday, June 17, 2010

Tips - Khasiat Buah Tomato

Salam sume. Sedikit update untuk arini. Korang suke x makan buah tomato?? Buah tomato atau nama saintifiknya Solanum Lycopersicum L, merupakan sejenis sayur2 juga kadang2 dipanggil sebagai LOVE APPLE. Ramai yang kawan-kawan aku even my mom sendri pelik kenapa la aku suke makan buah tomato.

Marah merah buah tomato adalah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi, yang memyebabkan tomato itu berwarna merah. Likopena ini mengandungi pelbagai khasiat.

Likopena ini mengandungi kebaikan antioksidan yang dapat menlancarkan perjalanan darah dalam badan. Justeru itu, dapat mengelakkan dari penyakit kanser dan juga serangan sakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato. Selain itu, buah tomato baek utk lelaki kerana dapt mengelakkan kanser prostat.

Selain itu, buah tomato jugak kaya dengan vitamin C. Vitamin C atau asid askorbik ini banyak khasiat nye dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Salah satu peranan nye adalah dalam penjagaan kulit. Dengan demikian, buah tomato ini, dapat menghaluskan kulit dan mengelakkan pertumbuhan jerawat.

So kepada sesiapa yang inginkan awet muda, makan la buah tomato banyak2 dan xperlu la korang nk pakai botox.


No comments:

Post a Comment