Sila la click jika ade.....

Friday, June 18, 2010

FIFA WORLD CUP 2010 - Contest


Salam sume. Sudah seminggu kejohanan bolesepak terbesar di dunia iaitu FIFA WORLD CUP 2010 berlangsung. So, hanya tinggal 3 minggu lg sebelum kita mengetahui siapakah yang akan dinobatkan sebagai pasukan negara terkuat di dunia. Mungkinkah Brazil akan membawa pulang kejuaraan untuk kali keenam, ataupun mungkinkah Belanda akan muncul juara untuk julung kalinya??

Teka-teki ini sume akan terjawab dalam mase minggu lagi. WC kali ini memang agak sukar diduga. Dengan Brazil hanya mampu menang 2-1 kepada DPR Korea manakala juara eropah kecundang di tangan pasukan Switzerland pada pusingan pertama. Kemudian France pula terpaksa akur bahawa sememangnya mereka tidak layak untuk beraksi di WC apabila kalah 0-2 kepda mexico.

Banyak faktor mempengaruhi performance player2 diatas padang. Ramai berpendapat bola JABULANI yang digunakan banyak mempengaruhi persembahan permain. Pemain2 masih lagi tidak dapat untuk menyesuaikan diri mereka dengan bola tersebut. Selain itu, bermain pada altitud yang tinggi juga sedikit sebanyak mempengaruhi stamina2 para pemain.

Namun, semalam Argentina memberikan para peminat bola sepak dunia satu persembahan yang cukup menarik ketika menentang pasukan Korea Selatan apabila menang 4-1 dengan Gonzalo Higuain berjaya menjaringkan 1st hatrik dalam WC2010. So, untuk kontest anjuran DENAIHATI ini aku memilih Pasukan Argentina sebagai juara FIFA WORLD CUP 2010. Selain itu, xsabar nak tunggu Maradona menunaikan janji nya untuk berlari bogel seluruh Buenos Aires.




No comments:

Post a Comment