Sila la click jika ade.....

Sunday, June 13, 2010

WORLD CUP 2010 - Record


Salam sume. Sempena dengan perlawanan bolasepak terkemuka Piala Dunia, aku just nk beri sedikit info mengenai WC ini sepanjang kejohanan ini diadakan. Korang sume mesti kenal Husain Bolt kan, 'World Fastest Men on the Earth' berjaya memecahkan rekod 100m sukan olimpik baru2 ni. Dalam WC juga, tidak terlepas daripada menghasilkan rekod2 yang boleh dibanggakan.

Antara rekod yang cukup hebat, adalah gol paling pantas selepas sepak mula yang dicipta oleh Hakan Sukur dari Turki, berjaya menjaringkan gol dengan hanya mengambil masa selama 11 saat. Cukup pantas bukan. Rekod ini dicipta ketika Turki menentang Korea Selatan pada World Cup 2002 di Korea dan Jepun. Ramai yang masih ingat lagi kn goal tersebut.



Selain itu, pada World Cup 2006 di German, sebanyak 26 kad merah dilayangkan dan 4 daripadanya dalam perlawananan antara Portugal menentang Belanda. Perlawanan tersebut diadili oleh pengadil Valentin Ivanov dan perlawanan tersebut dimenangi oleh pasukan Portugal 1-0.

Pasukan Brazil juga merupakan favorite dalam kejohanan kali ni, merupakan pasukan yang paling banyak penampilan dalam World Cup dan juga merupakan pasukan yang paling banyak memenangi World Cup iaitu sebanyak 5 kali pada tahun 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002. Adakah Brazil berjaya untuk merangkul Piala Dunia untuk kali keenam?? Kita tunggu dan saksikan.

Terdapat banyak lagi rekod2 yang dicipta sepanjang berlangsung nye piala dunia ini. Kalau korang search kt GOOGLE mesti korang dapat jumpe.

credit - WIKIPEDIA


No comments:

Post a Comment