Sila la click jika ade.....

Wednesday, September 09, 2009

090909-090909 - Apa Korang Sedang Lakukan??

11 comments
Tajuk entry kali ini bkn psal raya. Tapi mengenai nombor diatas yang dijadikan tajuk entry kali ini. First skali, sy nk tnye, ape yang korang paham mengenai nombor tersebut.?? No ekor ke??No tepon ke??

Sebenarnya, nombor tersebut diambil sempena tarikh hari ini. 6 nombor yang hadapan 2 plak mewakili waktu iaitu pukul 09:09:09, manakala 6 yang belakang adalah tarikh hari ini iaitu, 09/09/09. So dari situ aku come up with that number above...

So kt cni, aku juz nk kite sume berkongsi pendapat, n ape bende penting berlaku kt korg pada ketika itu. Ini kerana, tarikh seperti tarikh arini selalu menjadi tarikh favorites bagi seseorang. Maybe ade yang berkahwin pada ari ni, ade plak yang bertunang, n maybe ade jgk yang besday die jatuh pada tarikh ini.

So pada sape2 yang bk kongsi, bleh la korg comment kt post ini..


Read more...

Monday, September 07, 2009

Sempena Raya - Lagu Raya.

4 comments
Raya hampir tiba. Maybe kalau korang g shopping2 mall, dh mula berkumandang lagu2 raya. Bile dengar lagu raya ni, rse mcm makin x sabar nk tunggu raya. So kt sni, nk tambah kn lagi suasana nk raya ni aku ade ltk download link untuk sape2 yg rse nk dengar lagu2 raya. Kt bawah ni beberapa lagu raya yg aku rse best terutama skali lagu Aishah - Pulanglah. Lagu2 ni sume aku dh letak dalam 1 folder. Lepas dah download nanti bleh la korang karaoke lagu raya tp jangan kuat sangat sampai ganggu jiran sebelah.

Kompilasi Raya
by Meng



P. Ramlee - Dendang Perantau
Aishah - Pulanglah
Anuar Zain & Ellina - Suasana Di Hari Raya
Black Dog Bone - Cahaya Aidilfitri
DJ Dave - Menjelang Hari Raya
M. Nasir - Satu Hari Di Hari Raya
Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda
Sanisah Huri - Selamat Hari Raya
Senario - Seminggu Berhari Raya
Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf

KLIK UNTUK DOWNLOAD

p/s : klu nk download dgn laju gune la IDM yang bleh didapati kt Oh Hai.



Read more...

Saturday, September 05, 2009

Sempena Raya - Balik Beraya.

3 comments
Post sempena raya Aidilfitri kali ini, adalah mengenai balik beraya. Apabila bercakap psal balik raya, maybe ramai yang akan pening kepala. Especially bagi student2 yang belajar jauh dari umh terutamanya student2 universiti/kolej2 dan juga mereka2 yang bekerja jauh dari pangkuan keluarga.

Bagi student2, mereka aku mula pening kepala untuk memikirkan mengenai tiket bas atau tiket ketapi untuk balik kampung nanti. Ore kelate oyak kelik kampung. Mereka takut tiket akan abis dan mereka xdapat nk balik beraya di kampung nnt. Ade yang dah start beli tiket sblum puasa lagi, ade plak smggu nk raya tiket pun xbeli lg. Selain itu, ada juga student yang mengambil kesempatan menyediakan bas chartered ke destinasi tertentu. Bagi mereka yang mempunyai kereta, mereka kebiasaan nye tidak mempunyai banyak masalah. Apa yang mereka bimbang adalah jalan sesak n penat untuk memandu ketika berpuasa.

Bagi mereka yang bekerja jauh dari pangkuan keluarga, mereka selalunya mempunyai masalah berkenaan dengan cuti. Bayangkanlah, Ahad nk raya dh, tp jumaat n sabtu still kne kerja lg. Mana xpening kepala. Orang len sume dah ade kt kampung, diorg lak still sibuk wat kerja kt office. Selain itu, mereka juga akan mempunyai masalah nk balik kampung nnt sbb orang yang berkerja aku start cuti pada hari jumaat or sabtu. So makin ramai la orang kt hentian2 bas dan juga jalan raya. Oleh yang demikian, ramai yang akan cube untuk memohon cuti awal supaya dapat pulang ke kampung dengan lbih awl..

Bagi mereka yang sudah berkeluarga plak, masalah nk balik raya ni slalu nye timbul klu keluarga ibubapa suami n isteri jauh. Cth nye yang si suami kampung kt utara, yang si isteri plak kampung kt selatan. Memang ssh la nk decide nak balik mana untuk beraya nanti. 2 yang akan sampai jadi perang dunia III time bulan puasa ni. Ada keluarga yang dengan mudah membuat keputusan untuk beraya di rumah mereka sahaja. Senang, xyah gaduh2 nk balik mne..

So, kepada sume, rancang la perjalann anda untuk balik ke kampung nnt. Yang naek bas 2, klu x cari tiket lg, cepat2 la g cari tiket, nanti takut abis plak. Yang naek kereta plak, check kereta dulu. Pastikan tayar dalam keadaan yang baek. Air kereta ckup. Berhemah la di jalan raya. Jangan penting kn dri sendri plak. orang len nk balik raya gak. Last skali, jangan memandu dalam keadaan penat. Kalau penat 2 berhenti la kt mana2 stesen minyak atau R&R.

Ingat la orang tersayang yang sedang menunggu kepulangan anda untuk beraya bersama.

p/s : kepada Abg Reza, Kak Nana n Emi, jgn sedih sbb xdpt nk blk beraya..kitorg wat live raya nnt dr Muar.




Read more...

Friday, September 04, 2009

Sempena Raya - Baju Raya.

2 comments
Syawal bakal menjelma. Tiba nya Syawal bermakna berakhir la Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri disambut. Hari Raya disambut dengan meriah sekali. Setiap orang akan kelihatan kemas dan bergaya mengenakan baju baru yang dibeli khas untuk dipakai di pagi raya untuk ke Masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan untuk mengujungi sanak saudara pada hari tersebut. Bercakap pasal baju raya, yang dimaksudkan adalah baju melayu bagi lelaki dan baju kurung bagi wanita.

Bagi lelaki, ada dua jenis baju melayu yang biasa digunakan. First, baju melayu cekak musang. Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

Ada juga baju melayu teluk belanga. Baju melayu ini agak famous skit kt Johor. Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.

Bagi wanita plak, banyak juga baju raya yang sering dipakai antara nye baju kurung pahang, baju kurung riau, baju kebaya dan pelbagai lg. Memang kalau diperhatikan pada pagi hari raya nanti, pelbagai jenis baju kurung akan diperagakan oleh kaum Hawa dan ingin kelihatan cantik, manis dan menawan dipagi yang mulia itu. Setiap orang mempunyai cita rasa masing-masing dan style tersendiri.

Tidak lupa, ada keluarga yang membeli baju raya warna yang sama untuk dijadikan warna tema pada sesuatu hari raya. Tidak mustahil jika anda melihat satu keluarga itu mengenakan baju raya yang menpunyai warna n corak yang same. Selain menampakkan keharmonian keluarga tersebut, ianya juga membolehkan keluarga tersebut berjimat apabila membeli kain untuk membuat baju raya nanti.

p/s : nak bli baju raya warna ape ek tahun ni???sape ade idea???




Read more...

Thursday, September 03, 2009

Sempena Raya - Jualan Murah.

4 comments

Puasa pun dah nak masuk 2 minggu. Jadi, waktu begini la ramai orang mule sibuk membeli belah sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Maybe, ada diantaranya dah mula membeli pakaian, hiasan rumah kuih-muih dan lain-lain lagi sebelum Ramadhan tiba lagi. Pusat-pusat membeli belah pulak sibuk mengadakan promosi-promosi dan jualan murah(sale) bagi menarik ramai orang untuk membeli belah di shopping complex mereka.

Jika dilihat diseluruh pelusuk Malaysia, mesti penuh banner2 dan flyer2 dipamerkan dan diedarkan kepada sume orang berkenaan jualan-jualan murah serta potongan harga yang ditawarkan sempena hari raya yang bakal menjelma Syawal ini. Ada yang menawarkan potongan sebanyak 20%, 30%, 50% dan ada yang sehingga 70%.

Perkara ini akan menyebabkan pusat-pusat membeli belah penuh dengan orang ramai yang berebut-rebut untuk membeli belah sempena hari raya nanti. Jualan murah ini akan menarik ramai orang untuk membelih belah kerana dengan adanye jualan murah ini, mereka dapat berbelanja barang2 persiapan hari raya dan baju raya dengan harga murah. Disamping itu, mereka juga dapat berjimat serba sedikit walaupun duit dah banyak abis beli sume bende even ade yang beli tv, home teater n sofa baru untuk raya nanti.

Oleh itu, dinasihat kan kepada orang ramai supaya lebih berjimat cermat dan berbelanja secara ala kadar untuk raya nanti. Dan kalau boleh elakkan pergi ke pusat membeli belah pada ujung ramadhan kerana, dijangkakan sume orang akan keluar pada masa tersebut untuk shopping disebabkan kesibukan kerja.

p/s : aku x beli lagi baju raya..cmne ni..=p




Read more...