Sila la click jika ade.....

Showing posts with label HBUG. Show all posts
Showing posts with label HBUG. Show all posts

Thursday, April 15, 2010

Wanita Ibarat Buah Epal!!!

0 comments


Salam sume. Seperti yang dijanjikan aku nk tulis 1 entri yang cukup menarik kali ini. Ilham kali ini, datang apabila aku mengikuti satu program motivasi untuk pelajar2 sekolah aku, SAM Paya Jaras, Sg Buloh. Program motivasi tersebut disampaikan oleh seorang motivator yang amat terkenal jugak. Beliau merupakan pemilik asal sebuah iklan PETRONAS yang menyelitkan susah payah seorang kudung untuk berjaya dalam kehidupan. Mungkin ramai yang x igt, so kt bawah ni aku sediakan klip video iklan tersebut.




Beliau yang aku maksudkan ialah Abang YM Raja Shamri Raja Husin. Beliau dilahirkan dengan keadaan kudung kaki kanan dan tiga jari tangan beliau bersambung. Namun, itu semua tidak menghalang beliau untuk berjaya. Beliau yang lebih gemar menggelar diri beliau ABANG kepada para pelajar mendapat sambutan hangat dengan ceramah yang diberikan dengan cara yang sangat menarik walaupun kekadang amat sedih mendengar kisah kesusahan beliau, sehingga ada guru turut menitiskan air mata termasuk aku.

Dalam program tersebut, antara isi2 penting yang aku dapat, (ptg aku dh blk) bagaimana untuk membalance kan penggunaan kedua-dua belah otak kiri dan kanan. Balancing the brain dapat dilakukan melalui latihan tangan. Selain itu, moto yang digunakan beliau adalah:

"Kejayaan itu dicipta oleh INSAN BIASA yang berusaha secara LUAR BIASA"
"Setaip manusia dilahirkan UNIK dan BERBEZA"
"Lumrah alam ORANG akan mengata ORANG"


Tetapi, perkara yang paling menarik perhatian aku adalah petikan ayat yang amat bermakna dan mempunyai masuk yang cukup mendalam. Ayat tersebut khas aku tujukan kepada semua kaum hawa yang sempat membaca blog aku ni. Mungkin korang sume dah penah baca, tapi kat sni aku just nk kongsi bersama ape yang aku dapat.

"Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik.Ia beguguran di tanah.Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada dipuncak.Susah dipetik susah digapai.Mahkota seorang gadis adalah sifat malu.Apabila hilang sifat malu,hancurlah maruahnya.Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain. Jgn rendahkan dirimu ke tanah semata-mata untuk dipetik. Engkau ditakdirkan Allah berada diatas krn hanya lelaki yang betul-betul layak dan berani sahaja dapat menggapai epal yang berada dipuncak itu.Seandainya engkau tidak dipetik didunia ini,mungkin jodohmu menanti di syurga sana…Ingatlah, bagi wanita maruah adalah segala-galanya."




Read more...

Sunday, April 04, 2010

Last Minute Hero!!!Part 2.

0 comments
Salam sume. Untuk 1st entri dalam bulan April ni aku nk post entri sambungan utk last entri aku dalam bulan March ari2. Iaini berkena last minute hero(bola). Klu sebelum ni berkenaan EUFA Champions League, kali ni psal EPL. Banyak match2 menarik berlangsung malam semalam, antara nye Manchester United vs Chelsea. So utk last minute hero kali psal match antara Arsenal and Wolves.

Arsenal berjaya memenangi match tersebut 1-0 hasil jaringan Bendtner yang masuk sebagai pemain simpanan. Gol tersebut dijaringkan pada minit ke-90 pemainan sekaligus membuka kembali peluang Arsenal untuk merebut kejuaraan EPL setelah Manchester United dengan ketiadaan bintang England mereka Rooney, tewas ditempat sendiri kepada Chelsea 2-1. Dengan kekalahan Manchester itu, merapatkan gurang mata antara Chelsea, Man U dan Arsenal.

Selain itu, keputusan-keputusan lain yang menarik, Man City menang 6-1 terhadap Burnley, Tottenham kalah 3-1 kepada Sunderland. Untuk keputusan lain bleh layari Livescore.com atau Goal.com.




Read more...

Wednesday, March 31, 2010

Last Minute Hero!!!

0 comments
Salam sume. Entry kali ini yang juga merupakan entry terakhir dalam bulan March ni aku akan cakap pasal sukan kegemaran aku. Sukan ni juga yang menyebabkan aku dapat cuti seminggu bermula ari isnin ari2 smpi ari jumaat ni. Tapi disebabkan komitmen aku nk mengajar, ari khamis ni aku g sekolah dah.


Sukan yang aku maksudkan ialah bolesepak. Mungkin ramai juga blogger2 tidak kira lelaki mahupun perempuan yang minat bola. Minat main bola, tengok bola, borak pasal bola and marah balak diorg diorg sebab minat sangat ngan bola. Entry ni pasal match Quarter-final antara Bayern Munich and Manchester United.

So kepada yang still xtau lagi, Bayern berjaya menewaskan Man U 2-1. United berjaya meraih gol awal hasil jaringan Wayne Rooney seawal minit kedua apabila Demichelis melakukan kesilapan dengan tidak dapat mengawal Rooney dengan kemas apabila terjatuh ketika sepakan percuma United. Selepas itu, Demichelis sekali lagi nyaris menyebabkan Rooney menjaringkan gol kedua untuk United.

Pada separuh masa kedua, setelah banyak menyerang, akhirnya Bayern memperolehi gol penyamaan apabila sepakan percuma yang diambil oleh Ribery terkena Rooney dan menerjah ke gawang gol dan Van Der Sar hanya mampu terdiam. Akhir sekali, pada minit-minit terakhir masa kecederaan separuh masa kedua, Olic pemain lincah Bayern berjaya merampas bola dari Evra yang agak leka, dan kemudian merembat melepasi Van Der Sar untuk goal kemenangan untuk Bayern.

United juga menerima tamparan apabila Wayne Rooney kelihatan terhincut2 pada akhir perlawanan menjelang pertemuan antara Manchester United menentang Chelsea hujung minggu ini. Keputusan lain, Lyon berjaya menundukkan pasukan senegara, Bordeaux 3-1. Untuk maklumat lanjut, boleh layari Livescore.com atau Goal.com

So, moral yang penting dari pada match tersebut yang aku nk sampaikan, kita jangan la cepat mudah berputus asa dan hendak lah berjuang sehingga keringat terakhir. 1 lagi, kepada sume jaga la kaki anda ketika bemain, jangan sampai terseliuh or patah.

p/s : - @enKapten naseb baek aku xbet ngn ko. Klu x, dh untung dh aku..hehehe
- boleh jadi komentator aku ni..





Read more...

Monday, February 01, 2010

Macam Mane ek??Tolong!!!

0 comments

Salam sume. Aku mintak maaf sebab lame jgk aku x online. Bile dh xonline maka, aktiviti2 seperti blog Update, Blogwalking, nk men Mafia Wars, Famville, Barnbuddy kt FACEBOOK pun xsempat. So aku nk amik mase skit sementara tunggu nk masuk kelas 4 Qanaah kt SAMPJ ni kul 12.35 jap lg utk update blog aku. So update kali ni mungkin berkait rapat ngn orang2 yang seangkatan ngan aku.

So update kalu ni adalah berkenaan CIKGU/GURU/SIFU/USTAZ. Entry ni aku tujukan khas kepada member2 aku yang sedang berpraktikal. Ape yang aku nk kongsi bersama adalah bagaimana kita nk mengajar dan mengawal kelas ketika mengajar ni. Lagi2 lg bagi kelas2 hujung yang terdapat lg pelajar2 yang still tidak tau mengeja, membaca dan mengira (3M).

Maybe ramai yang dh pernah dengar bahawa 1st Impression kite semasa kite masuk kelas 2 penting. Contohnye, bile 1st masuk kelas, muke hendak lah serius tapi xterlalu nampak garang. Ini dapat memberitahu kt murid yang kite ni tegas dan dapat mengelakkan murid2 menjadi kurang ajar n pijak kepala kite. Selain itu, murid2 juga kebanyakan nya tidak suke guru/cikgu yang garang.

Dari segi pengajaran dan pembelajaran pula, 1st lesson cube gune kan teknik/teaching approaches yang biase digunakan dan yang akan selalu digunakan. Ini untuk menguji samada teaching approaches yang digunakan itu sesuai dan dapat diterima oleh pelajar2. Sekiranya pelajar tidak dapat ikut, gune kan common nye, Chalk and Talk. Dan yang penting selalu la rujuk kepada guru2 kelas mereka utk nasihat dan bimbingan.

So kepada cikgu2 dan guru2 yang laen, sekiranya ade tips atau nasihat yang nk diberikan, boleh la kongsi kan bersama sebagai panduan dan renungan bersama. Last skali renungkanlah ayat ini:
Tugas seseorang guru ialah pekerjaan mental, yang tidak dimulai waktu ia tiba di pejabat/sekolah dan tidak berhenti watu ia pulang.




Read more...

Thursday, January 21, 2010

Disebalik No 2201!!Tahniah Ezany Kun!!!

0 comments
Pertama sekali, korang masih igt x, aku ade wat lucky no kt blog aku beberapa minggu yang lepas??Tahniah diucapkan kepada Ezany Kun, kerana berjaya mendapat hadiah untuk lucky no tersebut. Korang igt lg x no 2??Kepada yang masih igt, ada sememangnya mempunyai ingatan yang kuat dan kepada yang x igt, aku bgtau blk no 2 adalah 2201.


Kenapa aku memilih no tersebut??Apa rahsia disebalik no 2??No ekor aku menang ke??Mungkin ade yang sudah dapat meneka, tp kt sni aku juz nk cite lebih lanjut mengenai no tersebut. First skali untuk tersebut mewakili tarikh 22 Januari, tarikh yang amat bermakna kepada aku. Kenapa??Sebab 2 la tarikh lahir aku. Hepi Besday to me!!!!heheh

Kedua nye, mungkin menjadi suatu kebetulan, kerana no tersebut juga merupakan no plat keta yang aku gune skrg ni. 2 sebab nye, aku memilih no 2201 utk dijadikan no cabutan bertuah kepada pengunjung2 blog aku.

2 je aku nk cite kali ni, tggu post terbaru mengenai pengalaman aku selama seminggu ROS di sekolah agama menengah paya jaras, Sungai Buloh.





Read more...

Sunday, January 17, 2010

Debaran Kian Terasa!!!

0 comments

Dah macam akademi fantasia plak aku nye title entri kali ni. Tapi, aku bukan nk cite psal AF yang sudah mula melakukan sesi uji bakat nye di seluruh negara bagi mencari bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian. Adakah keluaran AF selepas ini akan lebih berkualiti atau sekadar hangat dalam diari sahaja??Hakikatnya, 2 sume bukan ape nk cite kali ni.

Apa yang aku nk cite ni mungkin lebih kurang entri terbaru X-PO. Sememangnya, aku berasa sangat berdebar untuk menjalani latihan praktikal aku yang bakal bermula pada esok hari(secara rasmi 1 Feb) dengan menjalani rancangan orentasi sekolah selama 2 minggu.

Sekolah Agama Menengah Paya Jaras, Sg Buloh merupakan sekolah aku untuk praktikal ini. Setelah bersusah payah mencari rumah sewa, akhirnya berjaya jugak aku memperolehi rumah sewa yang agak besar(banglo) yang terletak berdekatan sekolah aku. Jalan kaki pun x sampai 5 minit dh sampai sekolah. Jimat minyak keta aku nnt. G sekolah jalan kaki je. hehehe.

Apa yang menjadikan aku risau adalah adakah, aku benar2 bersedia untuk menghadapi praktikal ni??Adakah ilmu2 yang telah diajar oleh para lecture aku dapat aku aplikasikan semasa praktikal ni?? Dan yang penting, adakah aku betul2 layak untuk menjadi salah seorang guru yang berwibawa, berdedikasi dan bersemangat untuk mendidik anak bangsa sehingga mereka berjaya bukan sahaja di dunia, malah di akhirat??

So, kepada sume follower aku n para2 blogger, aku mengharapkan korang sume dpt mendoakan kejayaan aku dan aku aku cuba untuk memberikan infomasi kepada anda sume dalam blog ni mengenai praktikal aku dan juga apa2 yang aku ingin kongsikan bersama. Aku akan cube untuk online selalu, samada menggunakan Broadband celcom member aku atau CC didepan rumah aku.




Read more...

Friday, December 25, 2009

Aku Bukan Budak Pandai!!!

0 comments
Akhirnya setelah lame ku tunggu, kuar jugak result aku arini. Sekali dengan result PMR. Seperti yang aku duga, result aku xde la power sangat macam result sem lps sebab, carry mark utk beberapa subjek aku rendah especially Complex Variables yang mcm S**T, F**K. Selain 2, result untuk tesis aku pun aku dah bleh bajet dr awl2 time lect bgtau bape org A n B. Tapi, pape hal pun aku still bersyukur dengan result aku 2.

Berbalik kepada topik, ramai orang suke mengkategorikan pelajar2 kepada yang pandai dan yang tidak pandai atau dalam bahasa kasar nye bodoh. Pelajar2 pandai sering menjadi kesukaan guru2 dan juga keluarga manakala pelajar bodoh ni diabaikan dan sering kali dikaitkan dengan pelbagai kesalahan disiplin di sekolah mahupun di rumah. Tetapi, bagi aku, aku lebih suke untuk tidak menjadi kedua2 nya.

Ramai kawan2 aku pernah kena sound ngn aku supaya jgn panggil aku budak pandai termasuk la awek aku sendiri. Pastu, diorg akan cakap yang aku ni suke merendah diri (wlaupun dh rendah) tetapi aku tetap tidak suke orang panggil aku pandai sbb aku mmg tidak pandai sgt but tidak la bodoh. Mungkin ramai yang akan bertanya kenapa xnk jadi budak pandai??Jawapan yang sering aku berikan mudah. Too High Expectation.

Bila kite jadi seorang yang pandai, ramai orang yang akan kenal dan ramai yang akan mengharap kt kite yang kite akan berjaya. Pada mulenye kite rase gembira atas perkara tersebut. Namun begitu, apabila kite gagal sekali, kekecewaan drpd kegagalan itu akan berasa terlalu besar kerana dan boleh memberikan tekanan. Ini kerana, orang ramai akan mule bercakap psal kegagalan kite itu dan kite pun akan berasa sgt down sbb sblum ni xpenah GAGAL.

Berlainan pulak bagi pelajar yang tidak pandai. Kalau mereka gagal, guru2 or even ibubapa sendiri kekadang tidak ambil peduli kerana mereka tahu kelemahan pelajar tersebut. Tapi, apabila mereka berjaya, mereka aku mula disukai oleh ibubapa dan jugak guru.

So jika anda rase seseorang itu pandai, jangan panggil die pandai sbb kekadang die boleh jadi sombong, dan kalau die xpandai, jangan panggil die bodoh, kerana ini boleh melemahkan semangat mereka.





Read more...

Thursday, December 10, 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL!!! update

4 comments
Alhamdulillah, setelah lme aku tggu, berjaya jgk aku menjadi org yang ke-75 untuk contest HiDUP BERANi UNTuK GAGaL kt blog Denaihati. Dapat la RM50 Pertama sekali, nk ucap kan time kasih byk2 kt Denaihati sbb wat contest ni. Kedua nk ucapkan time jgk kpd, Zuls n X-po yg byk2 membantu dlm contest ni dan jgk rakan2 blogger yg len. (dh mcm emmy award plak).


KORANG PUN NK MENANG JGK KE?????
TUNGGU APA LAGI. KLIK DISINI UNTUK JOIN.
DAN JADIKAN AKU REFERRAL KORANG YEA.

Hadiah bernilai lebih RM3750 disediakan untuk contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"





Read more...

Tuesday, December 08, 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL!!!

9 comments
Tengok tjuk entri pun, mesti korang tau dah. Ni mesti pasal contest yang dianjurkan oleh DENAIHATI : Contest Hidup Berani Untuk Gagal. Aku dapat tau contest ni dari Zul's Blog.(dpt rm10 ni)..

Contest ini berjaya dianjurkan atas sokongan sponsor yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.

Sj nak try msk contest ni. mane la tau naseb baek dpt mng. Kite mst la berani mencuba, lg2 contest ni dh la free. Jgn la plak kite jd lelaki yg xde anu. Penakut!!.Wat mse ni, aku target nk dpt hdh utk penyertaan gandaan 25 and referral terbanyak. Nk menang hdh utama maybe agak ssh. So aku juz try la. Bukan nye rugi pape pun kan2..btul x???

Contest ni xssh pun, ape yg korg perlu buat ialah Buat satu entri bebas di weblog ANDA dan wajib ada perkataan "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dan saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" kemudian tuliskn saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog TheWayIThink.

Untuk syarat-syarat dan informasi yg lebih, korg g la tgk sendri kt blog DENAIHATI.




Read more...

Monday, August 31, 2009

Menuntut Ilmu Biarlah Sampai Ke Negara China

0 comments


Ilmu..ape itu ilmu???Perkataan ilmu berasal dari perkataan bahasa Arab "Ilm" yang membawa maksud memahami, mengerti, atau mengetahui. Dalam kaitan penyerapan katanya, ilmu pengetahuan dapat berarti memahami suatu pengetahuan, dan ilmu sosial dapat bererti mengetahui masalah-masalah sosial, dan lain sebagainya. Kenapa mesti perlu sampai ke negara China klu nk tuntut ilmu??Pada masa dulu, China merupakan tempat dimana ilmu-ilmu sedang berkembang. Dengan demikian, wujudlah pepatah "menuntut ilmu biarlah sampi ke negara China".

Menurut wikipedia bahasa Indonesia, ilmu adalah seluruh usaha sadar untuk menyelidiki, menemukan dan meningkatkan pemahaman manusia dari berbagai segi kenyataan dalam kehidupan manusia. Segi-segi ini dibatasi agar dihasilkan rumusan-rumusan yang pasti. Ilmu memberikan kepastian dengan membatasi lingkup pandangannya, dan kepastian ilmu-ilmu diperoleh dari keterbatasannya.

Menuntut ilmu merupakan sesuatu yang dituntut. Islam mewajibkan umat2nya menuntut ilmu yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredhai Allah swt. Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu deenul Islam agar menghasilkan natijah yang sempurna, amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintah-perintah syara’. Hukum wajibnya perintah menuntut ilmu itu adakalanya wajib ‘ain dan adakalanya wajib kifayah.

Namun begitu, ramai manusia lupe dan alpa terhadap kepentingan menuntut ilmu. Ilmu dapat membezakan antara yang cerdik dan jahil, buruk dan baik, dan juga mulia dan hina. Orang yang berilmu akan selalu disanjungi dan dihormati. Akan tetapi, wujud juga golongan berilmu tetapi mempunyai perkerti yang busuk. Golongan ini, menggunakan ilmu yang ada untuk menipu orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Golongan ini juga boleh mengancam kemakmuran negara dan mencemarkan nama orang-orang berilmu yang lain.

Oleh itu, kita seharusnya berusaha sedaya upaya untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin kerana ilmu dapat membantu kita dalam kehidupan seharian kita. Selain itu, ilmu juga dapat menaik kan status kita dalam sesuatu masyarakat. Kesimpulannya menuntut ilmu merupakan sesuatu yang penting untuk kita sebagai manusia di dunia ini.

p/s : kepada blogger yg masih study, jgn lupe tanggungjawab kita sebagai student..xkire la kt skola ke universiti ke..yg penting study..




Read more...