Sila la click jika ade.....

Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Monday, June 20, 2011

June 2011

0 comments


Salam sume. Lame juga aku x update blog sampaikan untuk bulan Jun ni xde langsung entri2 baru dari aku. Seperti biase la, ketidakadaan internet yang menyebabkan faktor utama aku xdapat update blog. Banyak perkara berlaku dalam bulan Jun ni, tetapi tidak berkesempatan nak tulis dalam blog ni.

Pertama, result utk semester 1 aku, pada peringkat Sarjana ni(master) kuar awal bulan ni. Alhamdulillah, result yang bagus dan sangat menggembirakan. Dapat la jugak menyakinkan parent and family aku yang pada awal nye yang agak membantah keputusan aku untuk sambung master. Walaubagaimanapun, aku bersyukur dan akan terus berusaha mengekalkan pointer aku pada semester akan datang.

Seterusnya, kontrak aku sebagai pekerja di Bahagian Sumber Manusia di bawah Skim Pelajar Bekerja disambung sehingga pengunjung bulan ini. Alhamdulillah jugak, dapat la aku mencari duit belanja skit, simpan untuk bayar yuran semester depan pulak. Insyaallah jika ade rezeki, bulan depan tukar jabatan pulak. Pergi unit Akademik urus psal urusan konvokesyen plak.

Yang seterusnya, korang pun tau, bulan Jun ni ramai kawan2 aku dah tunang even ade jugak yang dah kawen. Kepada sape2 yang ade jemput aku 2, aku mntk maaf banyak2 sebab x berkesempatan pergi majlis korang. Ape pun aku ucapkan korang sume berbahagia sehingga ke akhir hayat bersama pasangan masing2.


"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"



Read more...

Monday, November 01, 2010

Teman Wanita Shahir!!!

0 comments
Salam sume. Agak lama jugak blog ni sepi tanpa sebarang UPDATE. Ini kerana, aku terlalu sibuk menguruskan hal2 peribadi yang perlu disetelkan dan jugak sibuk berkonvo. Now, I've da time. So arini aku just nk mendedahkan kepada sume siapa teman wanita Shahir. Click ReadMore klu nk tengak gambar shahir dengan teman wanita nya.





Oppss. Bukan Shahir Af8 la, tp aku la 2. hahahaha. Sebelum ni aku duk kecoh kt twitter aku dah ade awek, tp xpernah pun aku cite kt korang kn. Aku xnk kecoh2 tp entri ni aku wat sbb nk post gmbr konvo aku je. selain itu, nk men2 ngn SEO skit. Hehehe.




p/s:sori................


"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"





Read more...

Tuesday, June 08, 2010

My Water Moments!!! Sony TX5

25 comments

Salam sume. So arini aku tergerak untuk join Contest My Water Moments with Sony TX5 yang dianjurkan oleh tidak lain dan tidak bukan NUFFNANG. Contest ini bermula pada 7 June sehingga 4 July 2010 sebab itu kalau korang perasan, di kebanyakan blog aku keluar iklan Sony dengan gambar seorang awek tengah berenang memenag kamera kan. So iklan 2, sedang mempromote pasal contest ni la. So, jom bace entri aku untuk contest tersebut.



Ketiga-tiga gambar ni diambil sewaktu aku semester 3. Time 2 kitorg ni memang gemar gi jalan2 lagi kalau gi sungai mandi2. Gambar ni kitorg amik time kitorang kt Sungai Kelah Resort. Sungai Kelah ni adalah sebuah resort kolam air panas yang popular dikalangan budak2 UPSI. Setiap orang mesti amik kesempatan nak merasa mandi kolam air panas kt sni.


So dh sampai situ kitorang ape lagi terus la mandi. Tengah2 mandi masing2 sibuk sruh amik gambar la, itulah. So terpaksa la salah seorang daripada kitorang keluar dari kolam 2 duk kat tepi amik gambar kitorang. Kesian kt die. Kalau la ade Sony TX5 ‘World’s Slimmest Water-proof Camera’ yang kalis air time 2, mesti best. Boleh bawak mandi sekali kamera 2. Boleh kitorang amik gambar time tengah mandi. Selain kalis air, Sony TX5 jugak shock-proof, temperature-proof and dust-proof. So time tengah suka2 2 mesti la tangan xleh nk kawal bagi steady je.


Kalau la ade Sony TX5 10.2 mega pixel T series 4x optical zoom cybershot digital camera ni, aku dh sruh member aku amik gambar aku menyelam dalam air 2. Tapi xnak macam dalam gambar 2. Nak kamera 2 sekali kt dalam air. Baru nampak real. Ni tak, muke aku pun xberapa nak jelas. Sony TX5 ni jugak ade BIONZ image processor kualiti gambar aku tengah menyelam sambil buka mata 2 mesti lebih jelas.

Kesimpulanya, alangkah bestnye kalau ade Sony TX5 masa 2. Sony TX5 dengan spesifikasi Water-proof (up to 3 meters), Handheld Twilight, Intelligent Sweep Panorama, “Exmor R” CMOS Sensor, BIONZ Image Processor dan 25mm wide angle Carl Zeiss® Vario-Tessar lens sememangnya satu kamera digital yang sangat hebat dan my water moments akan lebih hebat sekiranya Sony TX5 ada bersama.




Read more...

Thursday, June 03, 2010

Kau Pergi......................

0 comments
Salam sume. Aku tengah xde idea nk update blog beberapa hari ini. So aku sajikan korang dengan sebuah cerpen hasil nukilan salah seorang pelajar aku semasa di SAMPJ. Cerpen ni mula2 xde tajuk, sebab die pun xtau nk bagi tajuk ape. So, selepas die bace dan diamati aku bagi la idea kt die. Last skali dapat la tjuk "Kau Pergi.......". Di akhir entri ni aku hidangkan sekali pencuci mulut die video clip lagu Pergi oleh Aizat. So lets read and enjoy and tears if u want.

------------------------------------------------------------------------------------
Masih segar dalam ingatanku saat Najwa menjatuhkan cakera padat kesayanganku. Terbelah dua dibuatnya. Aku terlalu marah walaupun aku tahu dia tidak sengaja. Berkali-kali Najwa meminta maaf dan sebanyak itu jugalah aku menengking dan memarahinya. Sakit hatiku bukan kepalang. Dia berlalu dengan titisan air mata berjuraian di pipi gebunya. Disaat itu, nilai persahabatan sudah tidak wujud di sanubariku.

Semenjak itu, kami mula bermusuhan. Kalau bertembung pun aku tidak akan mempedulikanya, apatah lagi mahu senyum padanya. Teringin pun tidak.

Sudah seminggu Najwa tidak hadir ke sekolah. Perasaan rindu mengetuk pintu hatiku kadang-kadang aku sendiri keliru, adakah aku rindu akannya? Ya, aku mula rindu kemesraan persahabatan kami. Aku rindu akan senyuman, gelak tawa dan butir bicaranya.

Hatiku jadi tidak keruan. Inginku bertanya pada rakan kelasnya mengapakah dia menghilang, tapi takut di sindir. “Sahabat aku ke?” Heh! Buat malu je. Hampir semua orang tahu akan permusuhan kami, namun mereka tidak tahu apakah puncanya kecuali aku dan Najwa.

*****************

Tiba-tiba mataku menangkap kelibat Najwa di luar jendela. Dia memandangku dengan sayu. Aku berlari sambil memanggil namanya. Kelihatan air matanya membasahi pipi. “Maafkan Ina”, luahku bersungguh-sungguh. Najwa menggeleng dan menyambung “Tidak Ina, mungkin dulu boleh tetapi sekarang sudah terlambat. Kita telah dipisahkan antara dua alam. Dunia kita berbeza Ina”. Air mataku semakin deras. “Najwa! Jangan tinggalkan Ina. Ina minta maaf”.

“INA!”ada suara memanggilku. Dengan berat aku membuka mata. Tubuhku berpeluh kedinginan. Aku mengulangi membaca pesanan ringkas yang diterima, kepalaku terasa berat, kakiku terasa lemah dan tidak bermaya. Air mataku berguguran tidak tertahan lagi. Ibu turut menangis seakan tahu perasaan yang menghantuiku. Senyuman Najwa mula terbayang-bayang, tawanya terngiang-ngiang seakan masih bersamaku.

Najwa…..mengapa kau pergi meninggalkan aku kesorangan terkapai-kapai sendirian…Maafkan aku. Aku tidak menyangka keegoanku akan menamatkan persahabatan kita buat selamanya. Kejamnya aku membiarkan kau menderita sendirian. Mengapa kau tidak pernah memberi tahuku tentang penyakit barah otak yang kau hidapi? Aku menyesal Najwa. Aku terkilan kerana tidak dapat melihatmu dan memohon kemaafan daripadamu buat kali terakhir.

Kini, aku hanya mampu mendoakan kesejahteraanmu di alam barzakh dan semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohmu. Dan semoga persahabatan kita akan kekal sehingga ke akhir hayat walaupun engkau telah pergi buat selamanya……..AMIN.





Read more...

Tuesday, May 18, 2010

Friends!!!

0 comments

Salam sume. Seperti yang korang sume sedia maklum, aku dah abis praktikal. So dengan itu, aku akan lebih mempunyai banyak mase terluang untuk mengupdate blog aku yang agak sunyi 2,3 bulan ini. Bile dah kat umah ni, dapat la aku on9 24/7 klu aku nk sbb internet streamyx sentiasa ade ditambah pulak abah aku dh pasang wireless kt umah so, bleh la aku on9 dalam bilik je. Ini dapat mengisi mase aku, sementara aku menjadi penganggur berjaya sama macam X-Po dan kawan2 aku yang laen.

Bercakap psal kawan ini, aku mule terpikir, bile lagi nk dapat jumpe ngn diorang lagi. Nk lepak2 skali, tgk bola skali, men PES dan macam2 lagi bersama. Mane tak nye, lepas ni, bile dah posting masing2 dihantar kt sekolah2 yang berbeza di kawasan yang berbeza. Kalau dekat2 2 bleh lagi nk nk roger2, tp kalau kene SABAH & SARAWAK nk balik raye kt kampung pun belum tentu dapat lagi.

So kat sni, aku juz nk mintak maaf banyak2 kt sume kawan2 yang pernah aku kenali dan yang mengenali aku. Kalau aku x contact korang 2 xbermaksud aku dah lupe especially member2 aku dari Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak batch 1994-1999 & 1995-2000. Juga kepada kwn2 Sekolah Dato' Abdul Razak batch Warisan(004). Aku still igt korang unless muke korang banyak berubah. Mane la tau ade yang pembedahan plastik.

Akhir sekali terima la sekeping sajak Omputeh:

Friend in difference language;
Hindi - DOSTH
German - FREUND
Hebrew - CHAVER
French - AMI
Pinoy - KAIBIGAN
Dutch - VREND
Mexican - AMIGO
Tamil - THOZHI

For me its simply ...................... U

p/s: y'all bleh contact aku kt FACEBOOK, twitter atau email.


Read more...