Sila la click jika ade.....

Thursday, June 03, 2010

Kau Pergi......................

Salam sume. Aku tengah xde idea nk update blog beberapa hari ini. So aku sajikan korang dengan sebuah cerpen hasil nukilan salah seorang pelajar aku semasa di SAMPJ. Cerpen ni mula2 xde tajuk, sebab die pun xtau nk bagi tajuk ape. So, selepas die bace dan diamati aku bagi la idea kt die. Last skali dapat la tjuk "Kau Pergi.......". Di akhir entri ni aku hidangkan sekali pencuci mulut die video clip lagu Pergi oleh Aizat. So lets read and enjoy and tears if u want.

------------------------------------------------------------------------------------
Masih segar dalam ingatanku saat Najwa menjatuhkan cakera padat kesayanganku. Terbelah dua dibuatnya. Aku terlalu marah walaupun aku tahu dia tidak sengaja. Berkali-kali Najwa meminta maaf dan sebanyak itu jugalah aku menengking dan memarahinya. Sakit hatiku bukan kepalang. Dia berlalu dengan titisan air mata berjuraian di pipi gebunya. Disaat itu, nilai persahabatan sudah tidak wujud di sanubariku.

Semenjak itu, kami mula bermusuhan. Kalau bertembung pun aku tidak akan mempedulikanya, apatah lagi mahu senyum padanya. Teringin pun tidak.

Sudah seminggu Najwa tidak hadir ke sekolah. Perasaan rindu mengetuk pintu hatiku kadang-kadang aku sendiri keliru, adakah aku rindu akannya? Ya, aku mula rindu kemesraan persahabatan kami. Aku rindu akan senyuman, gelak tawa dan butir bicaranya.

Hatiku jadi tidak keruan. Inginku bertanya pada rakan kelasnya mengapakah dia menghilang, tapi takut di sindir. “Sahabat aku ke?” Heh! Buat malu je. Hampir semua orang tahu akan permusuhan kami, namun mereka tidak tahu apakah puncanya kecuali aku dan Najwa.

*****************

Tiba-tiba mataku menangkap kelibat Najwa di luar jendela. Dia memandangku dengan sayu. Aku berlari sambil memanggil namanya. Kelihatan air matanya membasahi pipi. “Maafkan Ina”, luahku bersungguh-sungguh. Najwa menggeleng dan menyambung “Tidak Ina, mungkin dulu boleh tetapi sekarang sudah terlambat. Kita telah dipisahkan antara dua alam. Dunia kita berbeza Ina”. Air mataku semakin deras. “Najwa! Jangan tinggalkan Ina. Ina minta maaf”.

“INA!”ada suara memanggilku. Dengan berat aku membuka mata. Tubuhku berpeluh kedinginan. Aku mengulangi membaca pesanan ringkas yang diterima, kepalaku terasa berat, kakiku terasa lemah dan tidak bermaya. Air mataku berguguran tidak tertahan lagi. Ibu turut menangis seakan tahu perasaan yang menghantuiku. Senyuman Najwa mula terbayang-bayang, tawanya terngiang-ngiang seakan masih bersamaku.

Najwa…..mengapa kau pergi meninggalkan aku kesorangan terkapai-kapai sendirian…Maafkan aku. Aku tidak menyangka keegoanku akan menamatkan persahabatan kita buat selamanya. Kejamnya aku membiarkan kau menderita sendirian. Mengapa kau tidak pernah memberi tahuku tentang penyakit barah otak yang kau hidapi? Aku menyesal Najwa. Aku terkilan kerana tidak dapat melihatmu dan memohon kemaafan daripadamu buat kali terakhir.

Kini, aku hanya mampu mendoakan kesejahteraanmu di alam barzakh dan semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohmu. Dan semoga persahabatan kita akan kekal sehingga ke akhir hayat walaupun engkau telah pergi buat selamanya……..AMIN.




No comments:

Post a Comment