Sila la click jika ade.....

Showing posts with label Blogwalking. Show all posts
Showing posts with label Blogwalking. Show all posts

Saturday, January 01, 2011

Yang Terhangat Dan Menarik 2010

0 comments

Salam sume. Sempena tahun 2011 ni, jom mengimbas kembali apa yang terhangat dan menarik di blog aku ni. Nak cite ape terhangat kt Malaysia atau Dunia, mesti dah ramai orang yang buat. So aku juz recall back a few entries that quite popular in my blog for 2010.

Of course, yang terhangat adalah entri mengenai Gambar Nabil & Qasha Cium Mulut - Betul atau Photoshop? Entri ini paling banyak menyumbang traffic ke blog aku. Memang macam pisang goreng panas entri ni. Sangat la terhangat. Tapi xcukup hangat macam yang berlaku kt blog awek Khairul Fahmi Che Mat - Elia.

Seterusnya, entri mengenai 5 pahlawan Proton - Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu, Kasturi. Entri mengenai kereta konsep dari proton yang di pamerkan di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS). Kemudian, 2 entri blogwalking yang hangat pada waktu aku rajin ber"blogwalking" iaitu Curi Trafik - Cara Mudah Blogwalking!!! dan Men'CAPUP' - Cara Mudah Tarik Trafik Blogwalking.

Antara entri2 laen:
  1. 1.Lagu Kemerdekaan - Lirik & Download Link
  2. 2.Hanya RM2 untuk Panggilan dan SMS Sepanjang Hari
  3. 3.Tips - Khasiat Buah Tomato
  4. 4.Wanita Ibarat Buah Epal!!!

So, kepada, follower2 TheWayIThink teruskan bersama Shahir untuk tahun 2011 dan lebih banyak entri yang lebih bermanfaat dan berguna serta berinformasi akan dikongsikan. Akhir kata, Selamat Tahun Baru 2011 & Happy New Year.


"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"



Read more...

Wednesday, December 08, 2010

Tips - Multiple Links In 1 Link.

0 comments

Salam sume. Kali ni aku nak kongsi kan lagi satu tips yang agak menarik buat korang sume. Sebelum ni aku pernah kongsikan bagaimana nak tengok link sebenar bagi link2 yang dah dipendekkan menggunakan URL Expands. Kali ni aku nak kongsikan bagaimana nk memasukkan banyak link ke dalam 1 links menggunakan salah satu dari dua web ini.

Kepada yang follow twitter aku, korang mesti perasan aku slalu kongsikan link dari 1link.in dan juga linkbun.ch. Kedua-dua web ini memudahkan anda untuk memasukkan banyak link kedalam satu link untuk dikongsikan dengan rakan2 anda.

Sebagai contoh, anda ingin berkongsi kan kepada rakan anda senarai2 blogger2 hebat pilihan anda. So anda tidak perlu memberi kesemua link kepada mereka. Cukup sekadar memberi 1 link yang mempunyai kesemua link2 blogger2 tersebut. Sebagai contoh, tengok gambar.


Masukkan kesemua link di dalam kotak tersebut. Setiap link mestilah diletak kan dalam 1 baris(1 link per line). So ini bermakna, masuukkan 1 link, kemudian enter, dan masukkan link kedua dan enter dan seterusnya. Selepas itu, click button 1Link untuk mendapatkan link anda. Dan link gabungan anda akan terhasil. Anda boleh click link http://1link.in/edncm ini untuk melihat hasilnya. Untuk membuka semua link anda hanya perlu menekan button Open yang ada.


Kemudahan ini juga, boleh digunakan bagi mereka yang mempunyai bloglist untuk blogwalking yang panjang. Perkara tersebut akan memenatkan anda untuk membuka setiap link setiap kali anda ingin berblogwalking. Dengan ade nya 1Link.in atau Linkbun.ch ini hanya perlu membuka 1 link dan click open untuk membuka semua link2 yang disimpan.

p/s: kalau nk kongsi iklan2 pun senang guna cara ni.

"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"



Read more...

Saturday, July 17, 2010

Men'CAPUP' - Cara Mudah Tarik Trafik Blogwalking

0 comments

Salam sume. Hari yang indah ni, aku nak kongsi kan 1 lg tips yang berguna untuk para blogger yang suke blogwalking. Atau lebih mudah aku sebut blogwalker. Tips yang aku pasal blogwalking yang aku kongsi kan sebelum ni, mendapat sambutan ramai, so ia membuatkan aku lebih semangat untuk melakukan sedikit kajian, experimen dan juga perbincangan bersama rakan2 aku khususya saudara MohdHafizuddin dan juga saudara AzizanKadir. So kali ini aku datang ngan tips baru. Ade 1 tips yang nk aku kongsikan bersama korang arini. Nak tau ape tips nya, jom bace.

Teknik ni merupakan teknik curi trafik yang dengan cara men'CAPUP'. Hahaha. Tengok name pun mesti korang dh tau teknik macam mane ni. Capup adalah singkatan untuk cari publisiti. Seperti teknik sebelum ni, 1st of all yang korang perlu buat ialah mencari seorang mangsa. Sama seperti sebelum ini juga, mangsa mestila seorang blogger yang mempunyai trafik yang lancar di blog nye pada ketika itu. Trafik itu mesti la bleh dilihat pada kekerapan pengunjung meninggalkan jejak di shoutbox blog nya.

Untuk teknik kali ini, korang hanya perlu mencapup di shoutmix mangsa tersebut. Macam mane nk mencapup? Cara yang paling senang adalah dengan mengajak mangsa berborak menggunakan shoutmix nya. Dengan cara ini, apabila anda meninggalkan jejak diblog mangsa, para blogwalker aku pergi ke blog anda kerana mereka tau anda sedang online. So secara tidak langsung, blog anda dapat menarik sejumlah trafik yang masuk ke blog mangsa. Apa yang beza dari teknik sebelum ni, anda tidak perlu pergi ke blog2 laen, diorg dengan sendri akan datan ke blog anda.

Sebagai bukti, jika anda perasan di shoutmix blog ini, anda akan nampak sesorang tgh mencapup kt c2. Kerana die tau saya sedang blogwalking and tau banyak trafik akan masuk kt blog saya ini. So die mencapup kat c2 dan ajak saya berborak. Korang tau x sape? Kalau tau bagus la, kalau xtau xpe la. Hehe.

Namun begitu, dalam teknik ini, anda tidak digalakkan tidak melakukan SPAM di blog mangsa. Selain itu, anda juga digalakan untuk membalas kembali kunjungan blogger2 kemudian nya. Jangan xbalas kunjungan 2, x elok. So itu je aku nk kongsi kali ni. Kalau ade yang x paham or salah, do comment in this post.

p/s: jom teka sape tengah mencapup kt blog ni.


Read more...