Sila la click jika ade.....

Monday, May 31, 2010

Jom Bantah Serangan Israel!!!

0 comments

Salam sume. Sekali lagi dunia lebih2 lagi negara2 Islam dikejutkan dengan tindakan komando2 Israel menyerang kapal konvoi kemanusiaan yang membawa 5,000 tan bahan-bahan pembinaan semula, peralatan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza. Tindakan Israel ini yang cuba menyekat kemasukan sumber2 bantuan ke Palestin telah menimbul kemarahan dari penduduk2 Islam dunia khusus nye negara Turki yang mengecam sama sekali tindakan Israel tersebut.

Al-Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki yang mengetuai armada kapal kecil awal pagi ini. Seorang wartawan dan seorang jurukamera stesen televisyen Astro Awani dalam kapal Turki "Mavi Marmara" yang diserang tentera Israel pagi ini dalam misi bantuan ke Gaza, belum diketahui. Manakala, Enam lagi rakyat Malaysia yang berada dalam satu lagi kapal, "Rachel Corrie" yang juga dalam misi serupa, dilaporkan selamat.

So mari la kita ramai2 membantah tindakan Israel terdapat flotila kapal bantuan kemanusiaan ke Palestin.



Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan
Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari
Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami
memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka
kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami
bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana
azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah
segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara
kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka
kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami
dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah.”

untuk maklumat lanjut : Palestinkini.info




Read more...

Thursday, May 27, 2010

WORLD CUP 2010 - Menangi Wang Tunai Melebihi RM1000 dan Jersi Pasukan World Cup Kegemaran Anda!!!!

0 comments

Salam sejahtera kepada sume terutama peminat2 sukan bolasepak. Menarik kan tajuk entri aku kali ini?? Mesti korang sume tertanya2 camner nak menang sume hadiah 2 kn. Sempena kejohanan bolasepak Piala Dunia (world cup 2010) yang akan berlangsung bermula 11 June - 11 July 2010 ini, sorang peminat bolasepak seperti anda sume bermurah hati untuk memberikan sejumlah hadiah dalam 1 kontest yang cukup menarik. Beliau adalah saudara Khydir melalui laman web nya Number10.my.

Pernah dengar Fantasy Premier League?? Kontest ini dipanggil FIFA World Cup Fantasy dimana kontest ini lebih kurang same dengan fantasy premier league tetapi pemain2 dipilih dari pasukan2 yang akan menyertai World Cup 2010. Anda hanya perlu bermain FIFA World Cup Fantasy ini dan kemudian join league yang dibuka oleh saudara Khydir.


Pemenang bagi setiap pusingan iaitu dari pusingan 1 hingga pusingan 3 akan memenangi wang tunai RM200.Manakala Juara keseluruhan akan memenangi wang tunai RM1000 dan juga jersi original pasukan Piala Dunia 2010! Cukup menarik kan?? So apa yang anda tunggu lagi? Sertailah kontest tersebut sekarang! Untuk Makluman lanjut dan kod untuk league tersebut, adalah boleh melayari number10.my world cup fantasy.



Read more...

Saturday, May 22, 2010

SHAHIR dah Menang!!! INTER vs BAYERN???

0 comments

Salam sume. Berjumpa lagi kite pada malam ni. Baru je td kite dihangatkan dengan kemenangan AKU erk silap SHAHiR dalam Akademi Fantasia 8 (AF8). Shahir yang membawa maksud termasyhur dinobatkan sebagai Juara manakal Adira kedua dan Daus ketiga. So, tutup cite AF8 sebab aku xdapat menang t-shirt kt ZonArtis.com. =(.. So, sekarang aku nk cite pasal bende yang lebih hangat, lebih hangat dari Hot.Fm. Kalau tengok kt title mesti korang dh tau kan. Ya!! Ini berkenaan dengan Final UEFA Champions League antara Inter Milan dan juga Bayern Munich.

Perlawanan yang cukup menarik dimana kedua-dua pasukan cuba untuk mengulangi kejayaan yang dilakukan Barcelona pada musim lepas apabila berjaya memenangi tiga piala dalam 1 musim (treble) dengan menjuarai La Liga, Copa Del Rey dan berjaya menjadi kelab terkuat di Eropah dengan memenangi UEFA Champions League mengalahkan Sir Alex Ferguson dan pasukan Manchester United.

Inter Milan dianggap favorite untuk memenangi perlawanan final ini, setelah berjaya menumpaskan juara musim lalu Barcelona pada perlawanan semi final. Degan dibarisi permain2 yang hebat sperti Julio Cesar, Eto'o dan tongak utama Sneijder, pasukan bimbingan Mourinho yang digelar The Special Ones dijangka dapat menghentikan kemarau UCL untuk pasukan Inter. Setelah memenangi Serie A dan Copa d'Italia, Inter cube mendapatkan piala ketiga mereka pada perlawanan malam ini.

Sementara itu, pasukan Bayern Munich pula dianggap underdog dalam perlawanan ini. Dengan ketiadaan Ribery, Bayern dilihat sedikit goyah. Walaupun begitu, mereka masih lagi mempunyai barisan serangan yang kuat dan lincah dengan ada nya pemain seperti Olic, Robben dan Gomes. Pasukan bimbingan Van Gaal yang merupaka mentor kepada Mourinho juga cuba untuk memenangi piala ketiga musim ini selepas Bundesliga dan DFB Pokal mengulangi kejayaan Barcelona pada musim lepas.

Perlawanan final ini yang berlangsung di Stadium Santiago Bernabeu Madrid dapat disaksikan melalui saluran ESPN ch 812 bermula pada pukul 2.00 a.m dan sepak mula (kick-off) pada pukul 2.45 a.m. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Raja Eropah kita tunggu dan saksikan sebentar lagi.

UPDATE : Inter Milan 2 - 0 Bayern Munich.


Read more...

Friday, May 21, 2010

Download Movie Hollywood Terbaru!!!

0 comments


Assalamualaikum sume. Jom update blog sambil mengisi masa lapang. Kat sini aku nk kongsi kt korang cara aku download movie2 baru & lama. Mungkin ramai yang dh tau cara ni kan. So aku juz nk kongsi kan kt korang aktiviti aku time cuti ni je. Selain movie, korang bleh jgk download TV series yang popular macam Chuck (season 3), House dan jgk Glee. So kt bawah ni aku kongsi ngn korang cara2 and laman web yang memudahkn korang nk donlod cite2 sume.

First of all, ape yang korang perlukan adalah laptop/komputer, line tenet (streamyx/broadband), mozilla firefox and yang penting IDM (internet download manager). Kemudian, korang install la ikut korang yang penting sume 2 bleh digunakan dan extension IDM utk firefox di'enable'kan. Selain bahagian pertama.

Seterusnya, korang juz pegi laman web ni Watch Free Movie Online utk movie2 atau yang ini Project Free TV utk TV series. Dan seterusnya pilih cite2 yang korang nk tgk. Terdapat pelbagai Film hoster yang bleh dipilih untuk menonton, tetapi make sure pilih yang berkualiti bru best tgk. Setelah itu, buffer video tersebut sehingga anda nampak button seperti dalam gambar dibawah ni. Kemudian click button tersebut dan download.


So, 2 je yang aku nk kongsi. Aku kongsi ape yang aku tau je. Klu sape2 nk kongsi cara laen bleh je. Klu ade silap ke bgtau la, sebab maybe ade lagi yang pro2 dalam bab donlod2 ni.



Read more...

Info Sihat!!! Jangan Main Ketika Kenyang!!!

0 comments

Salam sume. Seperti yang dijanjikan, apabila aku pulang kerumah, aku akan kembali ber"Blog"ging tapi xde la sampai jadi goblok sampai xtido malam. Boleh masuk wad plak nanti. Kalau dalam wad ade 'misi' cantik and line tenet xpe la. Makan dan confirm free. Bercakap pasal tido and makan ni, aku ade terbaca info yang sangat bagus untuk dikongsi dan disebarkan.

Banyak aktiviti kebiasaan kite seharian yang dilakukan dapat merosakkan kesihatan tubuh badan kite. Mungkin ramai yang tidak mengetahui nya. Even aku sendiri pun tidak mengetahui perkara ini sebelum aku membaca nya. Kenapa?? AKu xtau, sebab buku yang aku baca 2 x cite full. Aku just nk senarai kan je:

Larangan Terhadap Amalan dan Kebiasaan Yang Boleh Merosakkan Tubuh Badan:
  1. Berjimak ketika terlalu kenyang/terlalu lapar.
  2. Mandi setelah makan.
  3. Berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
  4. Berada dalam keadaan terlalu lapar.
  5. Berjaga malam selain qiamullail.
  6. Makan daging tidak disembelih cara Islam.

So, kalau boleh, jauhi perkara2 tersebut kerana boleh memudaratkan tubuh badan especially yang nombor 5. Heheheheh



Read more...

Tuesday, May 18, 2010

Friends!!!

0 comments

Salam sume. Seperti yang korang sume sedia maklum, aku dah abis praktikal. So dengan itu, aku akan lebih mempunyai banyak mase terluang untuk mengupdate blog aku yang agak sunyi 2,3 bulan ini. Bile dah kat umah ni, dapat la aku on9 24/7 klu aku nk sbb internet streamyx sentiasa ade ditambah pulak abah aku dh pasang wireless kt umah so, bleh la aku on9 dalam bilik je. Ini dapat mengisi mase aku, sementara aku menjadi penganggur berjaya sama macam X-Po dan kawan2 aku yang laen.

Bercakap psal kawan ini, aku mule terpikir, bile lagi nk dapat jumpe ngn diorang lagi. Nk lepak2 skali, tgk bola skali, men PES dan macam2 lagi bersama. Mane tak nye, lepas ni, bile dah posting masing2 dihantar kt sekolah2 yang berbeza di kawasan yang berbeza. Kalau dekat2 2 bleh lagi nk nk roger2, tp kalau kene SABAH & SARAWAK nk balik raye kt kampung pun belum tentu dapat lagi.

So kat sni, aku juz nk mintak maaf banyak2 kt sume kawan2 yang pernah aku kenali dan yang mengenali aku. Kalau aku x contact korang 2 xbermaksud aku dah lupe especially member2 aku dari Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak batch 1994-1999 & 1995-2000. Juga kepada kwn2 Sekolah Dato' Abdul Razak batch Warisan(004). Aku still igt korang unless muke korang banyak berubah. Mane la tau ade yang pembedahan plastik.

Akhir sekali terima la sekeping sajak Omputeh:

Friend in difference language;
Hindi - DOSTH
German - FREUND
Hebrew - CHAVER
French - AMI
Pinoy - KAIBIGAN
Dutch - VREND
Mexican - AMIGO
Tamil - THOZHI

For me its simply ...................... U

p/s: y'all bleh contact aku kt FACEBOOK, twitter atau email.


Read more...

Sunday, May 16, 2010

My Last Post!!!!Goodbye Every1!!!

0 comments

SAlam siber untuk semua blogger yang aku kenali. Fisrt of all, aku nk ucapkan banyak2 sori kepada pengikut2 setia blog aku yg x seberapa ini kerana tidak dapat menjamukan korang dengan entri2 terbaru untuk 2,3 minggu kebelakangan ini. Hal ini berlaku, sebab, connection internet kt sekolah aku menghadapi sedikit masalah. Di tambah pula dengan kerja2 untuk menyiapkan kertas soklan peperiksaan mid year pelajar2 aku. So, oleh yang demikian, aku memutuskan untuk menulis entri terakhir aku disini..

OPPSSS!!! JAngan salah anggap, aku blum lagi nk stop blogging. Di sini yang aku maksudkan adalah di bumi sungai buloh ni. Ni kerana, secara rasminya, khidmat aku sebagai guru praktikal di Sekolah Agama Menengah Paya Jaras telah berakhir pada 14 Mei 2010 yang lalu dan mulai esok, aku akan pulang kembali ke kampung halaman aku di Muar, Johor.

Sepanjang aku berada kt sungai buloh ni, banyak pengalaman yang diperolehi dari segi bagaimana untuk mendidik para pelajar yang datang dari pelbagai latarbelakang dan kerenah. Aku juga nk ucapkan banyak2 terima kasih kepada para guru2 SAMPJ yang banyak membantu aku sepanjang aku berada disana dan juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada sume guru2 termasuk my DAD yang juga pernah menjadi guru.

Last skali, kepada bekas anak2 didikku di SAMPJ (2 ikhlas, 4 Qanaah & 4 Redha), cikgu ucapkan kamu terus berjaya dalam pelajaran walaupun sesiapa sahaja guru yang mengajar kamu.


Read more...

Wednesday, May 12, 2010

ZON BEBAS : BUKAN TEMPAT UNTUK PERGAULAN BEBAS

0 comments

Pernah dengar pasal blog Zon Bebas? Bukan zon bebas cukai ye macam Rantau Panjang tu atau tempat2 yang membenarkan kita untuk bergaul bebas, tapi ini adalah tentang blog yang dah lama bertapak di arena blog tanah air. Alkisahnya begini, bos Zon Bebas tu tengah kaya raya sekarang, jadi berfikirlah dia untuk berkongsi kekayaannya itu bersama kita semua. Hoho. Itulah orang yang kita mahukan. Tak lokek rezeki.

Ok, straight to the point. Apa yang aku nak cakap ni adalah sejujurnya dari hati aku. Bukan nak hipokrit. Mesti akan ada orang cakap, 'ala, mentang2 ada contest, mesti akan baik punya puji, baik punya kata2'. Oh no, im not a person like that ok. Kalau benda betul, aku cakap betul, kalau ada tak betul, aku laser je terus. No without tapis2 lagi.

Untuk pengetahuan bos Zon Bebas, aku adalah silent reader je kat blog tu. Dan sejak contest ni dianjurkan, baru aku tahu yang bos Zon Bebas ni rupanya adalah pemilik sebenar blog Azizwan.com dan juga Zonartis.com. Bapak terkejut aku, rupanya memang dia adalah seorang bloggger tegar.

Aku selesa kat blog tu. Sebab apa? Sebab aku ni ada prob sikit dengan sistem penglihatan aku. Background putih memang awesome. Aku paling alergi dengan blog yang berbackground hitam. Adui, mesti berpinau mata aku ni dibuatnya. Mulalah muncul bintang2 berkelipan kalau tengok background hitam. And one more thing, aku ni jenis yang suka tengok gambar2 pelik atau ngeri. Sebab gambar2 camtu memang susah untuk diperolehi. Apatah lagi untuk lihat sendiri depan mata. Ye dak?

Kalau nak cakap pasal kekurangan blog itu, aku tak leh nak hukum atau kutuk suka2 hati je. Itu hak blogger itu masing2. Hak citarasa masing2. Lain orang, lain negeri, betul tak? Apa yang watkan aku kurang selesa dengan bos zon bebas ialah, aku kerap kali tengok dia macam merendah diri je. Konon2nya dia adalah blogger biasa je. Bro, kalau dah ada banyak blog tu, bukan blogger biasa lagi dah namanya. Itu otai maa.

Aku ada terbaca satu info dari sorang otai, dia cakap; untuk menaruh harapan yang tinggi dari pengunjung blog, kita tak leh nak tunjukkan kita ni lemah. Jika kita asik tunjuk yang kita ni cam lemah je, apa yang pengunjung rasa? Mesti diorang pun akan rasa cam kurang yakin je dengan kita. Kan2? So, jalan terbaik, kembang potensi diri kita di depan mata pengunjung blog kita. Boleh ye bro?

Jika kita tengok kat entry top views, memang jelas lagi bersuluh, yang setiap entry yang ada di zon bebas pasti akan mencapai hit yang amat tinggi. So what is mean? Means that, entry di zon bebas mendapat tempat di hati pengunjung2. So bro, nape perlu nak terlalu rendah diri sangat?

Sorry ye bro kalau mulut aku terlalu bau longkang, eh silap, terlalu laser..hikhik. Good luck bro. Untuk ketahui dengan lebih lanjut pasal contest ni dan hadiah2 yang bombastik, KLIK SINI.

Ditaja oleh : azizwan.com dan zonartis.com



Read more...