Sila la click jika ade.....

Sunday, May 16, 2010

My Last Post!!!!Goodbye Every1!!!


SAlam siber untuk semua blogger yang aku kenali. Fisrt of all, aku nk ucapkan banyak2 sori kepada pengikut2 setia blog aku yg x seberapa ini kerana tidak dapat menjamukan korang dengan entri2 terbaru untuk 2,3 minggu kebelakangan ini. Hal ini berlaku, sebab, connection internet kt sekolah aku menghadapi sedikit masalah. Di tambah pula dengan kerja2 untuk menyiapkan kertas soklan peperiksaan mid year pelajar2 aku. So, oleh yang demikian, aku memutuskan untuk menulis entri terakhir aku disini..

OPPSSS!!! JAngan salah anggap, aku blum lagi nk stop blogging. Di sini yang aku maksudkan adalah di bumi sungai buloh ni. Ni kerana, secara rasminya, khidmat aku sebagai guru praktikal di Sekolah Agama Menengah Paya Jaras telah berakhir pada 14 Mei 2010 yang lalu dan mulai esok, aku akan pulang kembali ke kampung halaman aku di Muar, Johor.

Sepanjang aku berada kt sungai buloh ni, banyak pengalaman yang diperolehi dari segi bagaimana untuk mendidik para pelajar yang datang dari pelbagai latarbelakang dan kerenah. Aku juga nk ucapkan banyak2 terima kasih kepada para guru2 SAMPJ yang banyak membantu aku sepanjang aku berada disana dan juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada sume guru2 termasuk my DAD yang juga pernah menjadi guru.

Last skali, kepada bekas anak2 didikku di SAMPJ (2 ikhlas, 4 Qanaah & 4 Redha), cikgu ucapkan kamu terus berjaya dalam pelajaran walaupun sesiapa sahaja guru yang mengajar kamu.

No comments:

Post a Comment