Sila la click jika ade.....

Showing posts with label World Cup 2010. Show all posts
Showing posts with label World Cup 2010. Show all posts

Saturday, July 10, 2010

World Cup 2010 - Paul Diancam Bunuh!!!

0 comments


Salam sume. Selepas kecoh pasal Paul, sotong peramal sekarang ni kecoh pulak pasal Mani burung kakat tua nk jugak meramal macam Paul. Paul ramal Spain juara, manakala Mani ramal Belanda juara. So mane satu yang betul??Aku xpercaya dua-dua sebab dua2 ni tahyul. X elok percaya bende tahyul. Yang pasti aku ade dengar bahawa Paul diancam bunuh.

Selepas kekalah German ditangan(kaki kot) Spain, ramai penyokong2 pasukan German marah dan geram dengan Paul. Kecoh kat Facebook and Twitter bahwa ramai yang nak makan sotong goreng tepung, sotong masak sambal, sebab terlalu geram dengan Paul. Kenapa perlu disalahkan sotong 2? Sotong 2 xde buat salah pape pun.

Yang pasti perlawan akhir Piala Dunia 2010 (World Cup 2010) akan menyediakan aksi yang menarik dimana, kedua-dua pasukan Belanda(Netherland) dan Sepanyol(Spain) cuba untuk mambawa pulang Piala Dunia tersebut buat pertama kali ke negara masing2. Adakah Paul dapat mengekal reputasi atau Mani merampas nya, kita tunggu esk.

Yang pasti, jangan lupa saksikan di Astro saluran 805 atau secara online menerusi Astro Bplayer. Perlawanan tempat 3/4 pada 11 July 2010 2.30 am dan perlawanan akhir pada pukul 2.30 am 12 July 2010. Finally, jom tengok gambar paul sekiranya aku bawak balik bagi kt mak aku.



p/s: jangan percaya bende2 tahyul.


Read more...

Thursday, July 01, 2010

Seks Sebelum Sukan. Baik atau Tidak??

0 comments

Salam sume. Entri Pertama dalam bulan Julai ni aku nk cerita sedikit mengenai seks. Ade pendapat mengatakan seks untuk golongan yang dah berkahwin, merupakan salah satu aktiviti yang sangat baik. Selain dapat menjalinkan hubungan suami isteri, ianya juga merupakan salah satu aktiviti senaman. Namun begitu, ade pendapat mengatakan hubungan seks bagi golongan atlet dan sportsmen sebelum sesuatu pertandingan dapat menjejaskan prestasi mereka keesokan hari.

Tanggapan ini bermula, sejak dari sebelum masihi lagi apabila seorang penyajak legenda Greek, Homer berpendapat, juara olimpik bernama Ikkos tidak melakukan seks kerana menganggap seks dapat melemahkan tenaganya. Sehingga kini, ramai jurulatih/manager melarang para pemainnya untuk melakukan seks dengan isteri dan teman wanita pada malam sebelum perlawanan dengan menyuruh mereka untuk tido di hotel bersama ahli2 pasukan yang lain. Perenang Olimpik Amerika, Josh Davis juga mendakwa kegagalan beliau melayakkan diri untuk olimpik athens 2004 kerana beliau melakukan seks dengan isteri nya pada hari ujian kelayakan.

Namun begitu, kajian yang dilakukan mendapati, hubungan seks antara suami isteri hanya membakar sebanyak 50 kalori sahaja. Orang yang bawak anjing diorg jalan macam dalam filem 2, bakar lagi banyak kalori. Kajian juga mendapati, tiada bukti yang menunjukkan seks boleh menyebabkan otot menjadi lemah walhal seks didapati dapat mengurangkan kesakitan otot lagi2 bagi wanita.

Scientist juga mendapati kadar testosterone untuk kedua-dua lelaki dan wanita meningkat apabila banyak melakukan seks. Mereka berpendapat, lebih banyak aktiviti tersebut dilakukan pada waktu malam, dapat meningkatkan tahap agresif para atlet pada keesokan hari, seterusnya dapat meningkatkan prestasi. Last skali cube renungkan kata2 dari seorang falsafah yang juga merupakan manager Yankee yang paling hebat, Casey Stengel.

"being with woman all night never hurt no professional baseball player, but it's staying up all night looking for women that does him in"



Read more...

Thursday, June 24, 2010

WORLD CUP 2010 - Bolasepak Sukan Merbahaya

0 comments

Salam sume. Ramai orang cakap, kalau nk badan sihat, kita kenalah bersenam. Bersenam dapat membantu kita membakar lemak2 yang ada dalam badan kita. Selain itu, melalui bersenam, kita dapat mengeluarkan toksin2 yang ade dalam badan kita apabila kita berpeluh. Bersukan juga merupakan salah satu cara untuk kita bersenam. Sukan seperti bolasepak, badminton dan sebagainya sememangnya membantu kita dalam membakar kalori2 serta mengeluarkan toksin2 dalam badan kita. Namun begitu, apabila sukan dipertandingkan, ianya menjadi tidak selamat bukan sahaja pada para peserta, tetapi jugak kepada para penonton.

Sempena WORLD CUP 2010, mari kita mengambil contoh sukan bolasepak. Sukan bolasepak merupakan salah satu sukan yang agak kasar dan berbahaya. Ini kerana, seperti ramai orang cakap, 22 pemain berebut 1 biji bola. Ape kes?? Nape tak beli bola sorang satu. So disebabkan perkara tersebut, ianya menjadikan bolasepak sukan yang merbahaya. Korang bayangkan, 22 orang nk rebut 1 biji bola. Ada yang duk tackle, ada yang duk siku muke orang, ada yang duk sepak muka orang. Ini semua hanya disebabkan untuk menang. Berbaloi ke korang lebam2, patah kaki, masuk hospital??



Selain merbahaya kepada pemain2, sukan bolasepak ini juga merbahaya kepada penonton2 nye. Sesetengah penyokong2 fanatik memang pantang tgk pasukan die kne kutuk. Pastu mula la nk hangin. Ada jugak penonton yang xpuas ati, sebab pasukan die kalah, die gi bantai penyokong pasukan satu lagi 2. Ape kes?? Dah kalah wat la cara kalah, xyah nk salahkan manager la, player la, penyokong la. Nk bakar2 stadium sampai.

Selain berbahaya kepada fizikal, ianya juga berbahaya terhadap mental. Ini kerana, ade peminat bola sepak sanggup xtidur malam nk tengok bola. Lagi2 time2 WC2010. Kalau xtengok kang member2 cakap katak bawah tempurung plak. Otak kita jugak memerlukan rehat yang secukupnya. So apabila, kita xtidur pada waktu yang sepatutnye, otak kite terpaksa berkerja lebih mase(OT). So, otak akan kekurangan oksigen, lama kelamaan, boleh menyebabkan tekanan mental. Pas2 korang gi la tengok bola ramai2 kt tanjong rambutan.

p/s - kepada peminat2 bolasepak aku tau korang minat. memang susah nk buang sifat minat 2 kan sebab aku pun same cm korang. Yang penting jage la kesihatan dan majula sukan untuk negara.



Read more...

Friday, June 18, 2010

FIFA WORLD CUP 2010 - Contest

0 comments

Salam sume. Sudah seminggu kejohanan bolesepak terbesar di dunia iaitu FIFA WORLD CUP 2010 berlangsung. So, hanya tinggal 3 minggu lg sebelum kita mengetahui siapakah yang akan dinobatkan sebagai pasukan negara terkuat di dunia. Mungkinkah Brazil akan membawa pulang kejuaraan untuk kali keenam, ataupun mungkinkah Belanda akan muncul juara untuk julung kalinya??

Teka-teki ini sume akan terjawab dalam mase minggu lagi. WC kali ini memang agak sukar diduga. Dengan Brazil hanya mampu menang 2-1 kepada DPR Korea manakala juara eropah kecundang di tangan pasukan Switzerland pada pusingan pertama. Kemudian France pula terpaksa akur bahawa sememangnya mereka tidak layak untuk beraksi di WC apabila kalah 0-2 kepda mexico.

Banyak faktor mempengaruhi performance player2 diatas padang. Ramai berpendapat bola JABULANI yang digunakan banyak mempengaruhi persembahan permain. Pemain2 masih lagi tidak dapat untuk menyesuaikan diri mereka dengan bola tersebut. Selain itu, bermain pada altitud yang tinggi juga sedikit sebanyak mempengaruhi stamina2 para pemain.

Namun, semalam Argentina memberikan para peminat bola sepak dunia satu persembahan yang cukup menarik ketika menentang pasukan Korea Selatan apabila menang 4-1 dengan Gonzalo Higuain berjaya menjaringkan 1st hatrik dalam WC2010. So, untuk kontest anjuran DENAIHATI ini aku memilih Pasukan Argentina sebagai juara FIFA WORLD CUP 2010. Selain itu, xsabar nak tunggu Maradona menunaikan janji nya untuk berlari bogel seluruh Buenos Aires.





Read more...

Sunday, June 13, 2010

WORLD CUP 2010 - Record

0 comments

Salam sume. Sempena dengan perlawanan bolasepak terkemuka Piala Dunia, aku just nk beri sedikit info mengenai WC ini sepanjang kejohanan ini diadakan. Korang sume mesti kenal Husain Bolt kan, 'World Fastest Men on the Earth' berjaya memecahkan rekod 100m sukan olimpik baru2 ni. Dalam WC juga, tidak terlepas daripada menghasilkan rekod2 yang boleh dibanggakan.

Antara rekod yang cukup hebat, adalah gol paling pantas selepas sepak mula yang dicipta oleh Hakan Sukur dari Turki, berjaya menjaringkan gol dengan hanya mengambil masa selama 11 saat. Cukup pantas bukan. Rekod ini dicipta ketika Turki menentang Korea Selatan pada World Cup 2002 di Korea dan Jepun. Ramai yang masih ingat lagi kn goal tersebut.



Selain itu, pada World Cup 2006 di German, sebanyak 26 kad merah dilayangkan dan 4 daripadanya dalam perlawananan antara Portugal menentang Belanda. Perlawanan tersebut diadili oleh pengadil Valentin Ivanov dan perlawanan tersebut dimenangi oleh pasukan Portugal 1-0.

Pasukan Brazil juga merupakan favorite dalam kejohanan kali ni, merupakan pasukan yang paling banyak penampilan dalam World Cup dan juga merupakan pasukan yang paling banyak memenangi World Cup iaitu sebanyak 5 kali pada tahun 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002. Adakah Brazil berjaya untuk merangkul Piala Dunia untuk kali keenam?? Kita tunggu dan saksikan.

Terdapat banyak lagi rekod2 yang dicipta sepanjang berlangsung nye piala dunia ini. Kalau korang search kt GOOGLE mesti korang dapat jumpe.

credit - WIKIPEDIA



Read more...

Thursday, May 27, 2010

WORLD CUP 2010 - Menangi Wang Tunai Melebihi RM1000 dan Jersi Pasukan World Cup Kegemaran Anda!!!!

0 comments

Salam sejahtera kepada sume terutama peminat2 sukan bolasepak. Menarik kan tajuk entri aku kali ini?? Mesti korang sume tertanya2 camner nak menang sume hadiah 2 kn. Sempena kejohanan bolasepak Piala Dunia (world cup 2010) yang akan berlangsung bermula 11 June - 11 July 2010 ini, sorang peminat bolasepak seperti anda sume bermurah hati untuk memberikan sejumlah hadiah dalam 1 kontest yang cukup menarik. Beliau adalah saudara Khydir melalui laman web nya Number10.my.

Pernah dengar Fantasy Premier League?? Kontest ini dipanggil FIFA World Cup Fantasy dimana kontest ini lebih kurang same dengan fantasy premier league tetapi pemain2 dipilih dari pasukan2 yang akan menyertai World Cup 2010. Anda hanya perlu bermain FIFA World Cup Fantasy ini dan kemudian join league yang dibuka oleh saudara Khydir.


Pemenang bagi setiap pusingan iaitu dari pusingan 1 hingga pusingan 3 akan memenangi wang tunai RM200.Manakala Juara keseluruhan akan memenangi wang tunai RM1000 dan juga jersi original pasukan Piala Dunia 2010! Cukup menarik kan?? So apa yang anda tunggu lagi? Sertailah kontest tersebut sekarang! Untuk Makluman lanjut dan kod untuk league tersebut, adalah boleh melayari number10.my world cup fantasy.



Read more...