Sila la click jika ade.....

Showing posts with label Entertainment. Show all posts
Showing posts with label Entertainment. Show all posts

Saturday, December 04, 2010

BBQ Bersama Shahir

0 comments

Salam sume. Seperti yang dijanjikan dengan Kak Yanmie, aku nk update skit blog ni psal sumthing yang boleh buat korang sume terliur. Sempena majlis pertunangan sepupu aku esok, Pak Long aku ade la wat majlis BBQ dekat umah die td. Sambil2 tu, dapat la berkumpul sedara mara sume, walaupun ade yang xde. Kalau sume ade, memang x muat umah 2. So jom layan gambar2 ni, dan entri ni khas untuk adek ku Helmi Aziz.








Alhamdulillah, sangat la best dapat makan ikan pari, sotong, udang bakar. Nasi lemak ngan mee bandung pun ade. So malam ni dapat tidur dengan kenyang.

p/s:ade sape2 terliaur x??

"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"



Read more...

Friday, November 12, 2010

Nabil & Qasha - Betul atau Photoshop???

0 comments
Salam sume. Aku wat entri ni sebab aku nk share bende kt mmbr2 aku. Kot2 diorg ade yang xtau lg sebab diorg ni bkn kaki blogger cm aku ni. Aku tau pun daripada blog kwn2 twitter aku Ieyra.com.

Persoalan nye sekarang, adakah betul ni gambar si Nabil Juara Raja Lawak dengan pasangnya Qasha, atau ini merupakan salah satu hasil kerja yang cukup top clash oleh seseorang untuk menghasilkan superimpose yang sebegini??

Sekiranya ianya sekadar superimpose, semoga pengkhianat Nabil itu akan menerima balasannya, tetapi sekiranya bukan, LU PIKIR LAH SENDIRI [trademark nabil]

kredit : Ieyra.com

"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"



Read more...

Monday, August 23, 2010

Lagu Kemerdekaan - Lirik & Download Link

0 comments

Salam sume. Mood aku untuk menulis entri2 telah kembali setelah satu malam bermain dengan code css/html yang sememangnya aku xtau. So, tanpa perlu membebel lebih panjang aku juz nk kongsi dengan korang beberapau buah lagu kemerdekaan yang hampir kebanyakan daripada kita hampir melupakannya. Tanggal 31 Ogos 2010, negara kita akan menyabut kemerdekaannya yang ke-53. Tema kemerdekaan tahun ini "1Malaysia Menjana Transformasi". So straight to the point, berikut beberapa lagu2 kemerdekaan berserta lirik dan download link.


PUTRA PUTRI Download

Putri putri negara jaya
Bersatu berpadu tenaga
Padamu harapannya bangsa
Seandai cita-cita

Putra putri sejati mulia
Kota bandar desa sepasti
Seruan jasmani dewi suci
Bakti jasa jiwamu

Menegakkan nusa mendirikan bangsa
Putra putri dewi cekal gagah berani

Putri putri negara jaya
Bersatu berpadu tenaga
Padamu harapannya bangsa
Seandai cita-cita


PERAJURIT TANAH AIR Download

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andaikata kami gugur semua
Taburlah bunga diatas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti


MALAYSIA TANAH AIRKU Download

Malaysia oh tanah airku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat ku cinta
Yang ku puja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang
Tak jemu mataku memandang

Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia
Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia oh tanah airku


PERWIRA Download

Perwira
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

Perwira
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang

Dengarlah lagu kucipta
Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku


BERJAYA Download

Malaysia kita sudah berjaya
Aman makmur bahagia
Malaysia abadi selamanya
Berjaya dan berjaya

Berbagai kaum sudah berikrar
Menjunjung cita-cita
Satu bangsa satu bahas
Malaysia berjaya

Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya

Dengar semboyan kita berjaya
Gemuruh di angkasa
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya


TANAH PUSAKA Download

Sungguh gemilang negeriku
Yang kupuja oh tanah airku
Dimerata dunia
Harum semerbak namamu oh Malaysia

Aman makmur kaya-raya
Selama-lama hidup maju jaya
Oh tanah pusaka
Negaraku yang berdaulat dan merdeka

Tanah pusaka bertuah
Berbagai bangsa didalamnya
Hidup aman dan bersama
Bersatu kerja untuk Malaysia

Musuh melanggarku gempur
Sungguh rela kugugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata


BUMI MALAYSIA Download

Bersinar di seluruh alamku
Gemilang cemerlang cahaya
Lahirnya di zaman dunia baru
Malaysia negara baru Malaysia

Berkibar bendera Malaysiaku
Berkibar di angkasa tinggi
Menunjukkan semangat bersatu
Bumi Malaysia tetap aman bersatu

Terus berjaya dan subur bahagia
Malaysia negara ku yang kaya
Tetap terpuji serata dunia
Kerana hidup damai sentiasa

Gembira di bumi ku Malaysia
Bermegah segala makhluknya
Mempertahankan semangat maju
Berjaya Malaysia negara baru


JALUR GEMILANG(versi lama) Download

Jalur Gemilang yang gagah perkasa
Merah putih kuning biru warnanya
Berkibar megah penuh bercahaya
Pusaka kita rakyat Malaysia

Jalur Gemilang oh bendera ku
Ku pertahankan sepenuh raga ku
Dikaulah lambang negara berpadu
Di bawah naungan Duli Tuanku

Berkibar terus oh bendera ku
Kau kan ku junjung sepanjang waktu
Harumlah nama negara yang tercinta
Padamu tempat taat dan setia

Jalur Gemilang bendera kita
Kemegahan rakyat kita semua
Berkibar berkibar di ruang angkasa
Dirgahayu bendera tercinta.


BAHTERA MERDEKA Download

Bonda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Permata nilam

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji


rujukan : Penerangan


"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"


Read more...

Tuesday, July 13, 2010

We're Brothers & Sisters - Raihan feat Genius Aulad Talents

0 comments
Salam sume. Piala dunia sudah menutup tirai setelah sebulan temasya bolasepak paling hebat di dunia berlangsung dengan pasukan Sepanyol(Spain) membawa pulang piala tersebut buat pertama kali ke bumi Sepanyol setelah menang 1-0 kepada pasukan belanda(netherlands) yang masing lagi mengimpikan piala dunia buat pertama kali apabila gagal sekali lagi di final buat kali ketiga. Gol jaringan Iniesta itu juga menaikkan lagi reputasi Paul, sotong ramalan apabila mendapat tentangan dari Mani si burung. Kite tutup cite World Cup.


Arini aku just nk kongsi ngan korang sume 1 lagu nasyid yang agak best. Lagu ni aku 1st time dengar apabila menonton rancangan Akademi Al-Quran di TV9 setiap Jumaat pada pukul 9 malam. Family aku memang suke tengok Akademi Al-Quran berbanding rancangan Imam Muda di saluran Astro Oasis kerana Imam Muda hanya indah khabar dari rupa. Lagu yang aku nk kongsi kan ni adalah lagu hasil gabungan suara anak-anak kecil dari Genius Aulad Talents dan juga kumpulan nasyid popular tanah air Raihan. Lagu in bertajuk Were Brothers and Sisters.


We're Brothers and Sisters

It’s Friday today
we pray in mosques in line together
it’s month of ramadhan
we’re fasting in hunger together

no matter how great we are
the Earth is just a tiny space
we are made of Earth
and we’ll return back to Earth

looking at the moon
we celebrate the Eid together
looking at Fajar
we wake up for Subuh together

no matter how rich we are
the Earth is just a tiny space
we just come in one piece
in one piece we shall be back

*(chorus)
we are brothers, we are sisters
facing one qiblah, we should feel for one another
share the fear and hope (tears and joy)
in this small world we share (live)
we are brothers and sisters
lend your hand together (help the world together)

alif, ba and ta, we learn al-Quran together
Allahhu Akbar, we raise our hands takbir together
no matter smart we are, the Earth is just a tiny space
born like white cloth, cloth then dyed with sins and deeds

*(chorus)

alif, ba and ta, we learn al-Quran together
Allahhu Akbar, we raise our hands takbir together
no matter smart we are, the Earth is just a tiny space
born like white cloth, cloth then dyed with sins and deeds

*(chorus, repeat two times)

p/s: enjoy bersama!!!!!!!!!DOWNLOAD SINI


Read more...

Thursday, June 03, 2010

Kau Pergi......................

0 comments
Salam sume. Aku tengah xde idea nk update blog beberapa hari ini. So aku sajikan korang dengan sebuah cerpen hasil nukilan salah seorang pelajar aku semasa di SAMPJ. Cerpen ni mula2 xde tajuk, sebab die pun xtau nk bagi tajuk ape. So, selepas die bace dan diamati aku bagi la idea kt die. Last skali dapat la tjuk "Kau Pergi.......". Di akhir entri ni aku hidangkan sekali pencuci mulut die video clip lagu Pergi oleh Aizat. So lets read and enjoy and tears if u want.

------------------------------------------------------------------------------------
Masih segar dalam ingatanku saat Najwa menjatuhkan cakera padat kesayanganku. Terbelah dua dibuatnya. Aku terlalu marah walaupun aku tahu dia tidak sengaja. Berkali-kali Najwa meminta maaf dan sebanyak itu jugalah aku menengking dan memarahinya. Sakit hatiku bukan kepalang. Dia berlalu dengan titisan air mata berjuraian di pipi gebunya. Disaat itu, nilai persahabatan sudah tidak wujud di sanubariku.

Semenjak itu, kami mula bermusuhan. Kalau bertembung pun aku tidak akan mempedulikanya, apatah lagi mahu senyum padanya. Teringin pun tidak.

Sudah seminggu Najwa tidak hadir ke sekolah. Perasaan rindu mengetuk pintu hatiku kadang-kadang aku sendiri keliru, adakah aku rindu akannya? Ya, aku mula rindu kemesraan persahabatan kami. Aku rindu akan senyuman, gelak tawa dan butir bicaranya.

Hatiku jadi tidak keruan. Inginku bertanya pada rakan kelasnya mengapakah dia menghilang, tapi takut di sindir. “Sahabat aku ke?” Heh! Buat malu je. Hampir semua orang tahu akan permusuhan kami, namun mereka tidak tahu apakah puncanya kecuali aku dan Najwa.

*****************

Tiba-tiba mataku menangkap kelibat Najwa di luar jendela. Dia memandangku dengan sayu. Aku berlari sambil memanggil namanya. Kelihatan air matanya membasahi pipi. “Maafkan Ina”, luahku bersungguh-sungguh. Najwa menggeleng dan menyambung “Tidak Ina, mungkin dulu boleh tetapi sekarang sudah terlambat. Kita telah dipisahkan antara dua alam. Dunia kita berbeza Ina”. Air mataku semakin deras. “Najwa! Jangan tinggalkan Ina. Ina minta maaf”.

“INA!”ada suara memanggilku. Dengan berat aku membuka mata. Tubuhku berpeluh kedinginan. Aku mengulangi membaca pesanan ringkas yang diterima, kepalaku terasa berat, kakiku terasa lemah dan tidak bermaya. Air mataku berguguran tidak tertahan lagi. Ibu turut menangis seakan tahu perasaan yang menghantuiku. Senyuman Najwa mula terbayang-bayang, tawanya terngiang-ngiang seakan masih bersamaku.

Najwa…..mengapa kau pergi meninggalkan aku kesorangan terkapai-kapai sendirian…Maafkan aku. Aku tidak menyangka keegoanku akan menamatkan persahabatan kita buat selamanya. Kejamnya aku membiarkan kau menderita sendirian. Mengapa kau tidak pernah memberi tahuku tentang penyakit barah otak yang kau hidapi? Aku menyesal Najwa. Aku terkilan kerana tidak dapat melihatmu dan memohon kemaafan daripadamu buat kali terakhir.

Kini, aku hanya mampu mendoakan kesejahteraanmu di alam barzakh dan semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohmu. Dan semoga persahabatan kita akan kekal sehingga ke akhir hayat walaupun engkau telah pergi buat selamanya……..AMIN.





Read more...

Friday, May 21, 2010

Download Movie Hollywood Terbaru!!!

0 comments


Assalamualaikum sume. Jom update blog sambil mengisi masa lapang. Kat sini aku nk kongsi kt korang cara aku download movie2 baru & lama. Mungkin ramai yang dh tau cara ni kan. So aku juz nk kongsi kan kt korang aktiviti aku time cuti ni je. Selain movie, korang bleh jgk download TV series yang popular macam Chuck (season 3), House dan jgk Glee. So kt bawah ni aku kongsi ngn korang cara2 and laman web yang memudahkn korang nk donlod cite2 sume.

First of all, ape yang korang perlukan adalah laptop/komputer, line tenet (streamyx/broadband), mozilla firefox and yang penting IDM (internet download manager). Kemudian, korang install la ikut korang yang penting sume 2 bleh digunakan dan extension IDM utk firefox di'enable'kan. Selain bahagian pertama.

Seterusnya, korang juz pegi laman web ni Watch Free Movie Online utk movie2 atau yang ini Project Free TV utk TV series. Dan seterusnya pilih cite2 yang korang nk tgk. Terdapat pelbagai Film hoster yang bleh dipilih untuk menonton, tetapi make sure pilih yang berkualiti bru best tgk. Setelah itu, buffer video tersebut sehingga anda nampak button seperti dalam gambar dibawah ni. Kemudian click button tersebut dan download.


So, 2 je yang aku nk kongsi. Aku kongsi ape yang aku tau je. Klu sape2 nk kongsi cara laen bleh je. Klu ade silap ke bgtau la, sebab maybe ade lagi yang pro2 dalam bab donlod2 ni.



Read more...

Saturday, March 20, 2010

AF8 sangat bosan!!!!

0 comments

Salam sume. Title entry kali ni mungkin akan membuatkan ramai peminat AF (Akademi Fantasia) marah kt aku. Aku xde la minat sangat AF ni. Aku just memberikan pendapat aku je. Jangan pulak nnt ttbe je ade orang nk saman aku plak. Aku just memberi pendapat nk jujur untuk kemajuan industri seni dan muzik kita juga.

Aku merasakan, AF8 ni sangat la bosan n xde pape yang istimewa. Even aku rse Adlin Aman Ramli pun setuju ngan aku berdasarkan komen2 yang beliau berikan kt budak2 AF8 yang nampak xde semangat langsung. Menyanyi pun malas, menari badan kaku lemah gemalai macam nk g sawah padi. Ni ke gaya nk jd artis????

Tapi, mungkin peminat2 akan backup diorg cakap still awal lg. So bdk2 AF 2 still mentah lg. Btul x??Time awal2 ni la kite nk tunjuk bakat, bagi orang suke kt kite. Xkan dh ujung2 nnt bru nk up. Time 2 mmg dh ssh la nk cari peminat setia. Klu tgk AF yg dulu, slalunye sape yg awl2 undi die tinggi, die dapat kekal sampai Final AF kan.

So kat sni aku juz nk bagi nasihat kt sape2 yang nnt ade ati nk masuk AF tahun2 akan datang, prepare la diri awl2.





Read more...

Monday, January 11, 2010

AJL, AIZAT, BLACK DAN TWITTER

0 comments

Yeah..Tirai Anugerah Juara Lagu 24 telah berakhir tadi. Setiap artis telah mempersembahkan lagu masing2 dengan cara dan prop masing2. Para2 blogger jgk turut menghangatkan platform2 Twitter dgn tweet msg2. Aizat memenangi tempat pertama dengan lagu ciptaan Pete Teo, Pergi(asal nye I Go) , diiukuti Yuna ke-2 dan Faizal Tahir(kegilaan ramai) ke-3. Aizat - Kau Aku jgk telah memenangi persembahan terbaik dan vokal terbaik dimenangi oleh Black - Aku Rindu Sayang Kamu.

Disini, aku juz nk kongsi ngn korang lagu yang telah memenangi anugerah vokal terbaik iaitu Black dengan lagu Aku Rindu Sayang Kamu kerana, begitu la perasaan aku sekarang yang sangat rindu dan sayang kt kekasih hati ku yg telah lama xbertemu. Lagu ni aku tujukan khas buatnya.

Black - Aku Rindu Sayang Kamu



Siang dan malamku kini menjadi satu
Terasa sedihku bila tiada mu
Apakah ini dinamakan cinta oh
Menjadi aku yang punya

Apakah kau dah tak sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat di jantungku
Terasa sungguh

Chorus
Aku rindu sayang kamu
Matamu aku cinta kepadamu
Sayang kamu

Apakah kau rasa sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa sungguh

p/s: nk tggu cmne twitter nnt time world cup..hehe





Read more...