Salam sume. Mungkin ramai daripada blogger2 sume yang pergi KLIMS bukan? Walaupun tidak berkesempatan untuk pergi, namun aku tertarik dengan artikel NEW SUNDAY TIMES mengenai Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) berkenaan dengan kereta konsep terbaru daripada Proton.
Sememangnya dengan penghasilan kereta2 tersebut, proton dapat menarik pengguna untuk menggunakan kereta ciptaannya dengan tertumpu kepada semua kelas pengguna. Termasuk peminat kereta2 sport.
Jebat merupakan sebuah kereta berkonsepkan Inspira. Proton cuba untuk mempamerkan kepada pengunjung bagaimana Inspira dapat transform dengan penambahan special bodykit terhadap kereta tersebut. Dengan menggunakan enjin Mitsubishi Evo X turbocharged, tidak mustahil kereta ini akan menjadi realiti sekiranya, Inspira mendapat sambutan yang menggalakkan.
Sebuah lagi kereta jenis sport yang menarik adalah kereta konsep Proton Lekir atau Exivo. Dengan mengambil model asal Lotus Europa, Proton cuba untuk menghasilkan sebuah kereta sports yang mampu dimiliki dengan harga cadangan sekitar RM150,000. Kereta ini bakal dilengkapi dengan enjin Proton turbocharged Campro.
Kereta lain ialah Tuah, konsep asal Espire kereta konsep Sedan terbaru dari Proton. Dengan berdesignkan sporty eropah , Proton cuba menembusi pasaran antarabangsa melalui kereta ini menggantikan Proton Persona. Lekiu pula sebuah kereta berkonsep SUV dengan nama asal Proton Xactive. Menggunakan design Exora, ramai mengharapkan Lekiu untuk dilengkapi dengan enjin 1.6L Campro turbo dengan pacuan empat roda (4WD).
Selain itu, Kasturi merupakan rupa baru untuk Saga yang telah dilancarkan di Thailand minggu lepas dan bakal dilancarkan di Malaysia pada tahun hadapan. So kepada, peminat2 kereta Proton, cepat la kumpul duit. Espacially kepada kawan2 aku yang baru start keje 2 - MohdHafizuddin.com.
"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"
No comments:
Post a Comment