Sila la click jika ade.....

Showing posts with label Cikgu. Show all posts
Showing posts with label Cikgu. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Muzium Pendidikan Nasional

0 comments

Salam sume. Pada hari ini aku berpeluang menghadiri majlis perasmian Muzium Pendidikan Nasional. Perasmian telah dilakukan oleh DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun bersempena Ulang Tahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak. Turut hadir YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr Zambry. Bangunan Suluh Budiman telah dinaik taraf untuk dijadikan Muzium Pendidikan Nasional yang menelan belanja hampir RM9.5 juta. Di bawah sedikit info mengenai Bangunan Suluh Budiman.

Bangunan Suluh Budiman (BSB) merupakan sebuah bangunan bersejarah terutama dalam bidang pendidikan dan perguruan, telah didaftarkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 12 November 2009 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Pada 1922 ketika itu UPSI dikenali sebagai Sultan Idris Training College, BSB merupakan dewan besar bagi SITC selain menempatkan bilik pengetua, bilik2 pentadbiran dan juga bilik mesyuarat. BSB juga turut dijadikan dewan untuk persembahan2 pelajar.

Cadangan pembinaan Muzium Pendidikan Nasional telah dicadangkan UPSI bermatlamat bagi memelihara semua nilai warisan dan rangkuman sejarah dari dahulu sehingga kini dalam bidang pendidikan dan perguruan. Pada 24 Ogos 2009 projek menjadikan BSB sebagai Muzium pendidikan telah dimulakan. Pada tarikh 23 Disember 2010, BSB telah siap dinaik taraf sebagai muzium. Muzium Pendidikan Nasional dipersembahkan kepada pengunjung dalam 19 tema diwakili oleh 21 galeri berasaskan misi dan visi MPN iaitu, MELESTARIKAN WARISAN PENDIDIKAN NEGARA. Turut dipamerkan Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1915 dan Buku Laporan Kabinet mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran.

Selepas 89 tahun melalui pelbagai perkembangan dan pembangunan pendidikan, Bangunan Suluh Budiman sewajar dijadikan Muzium Pendidikan nasional kerana banguna tersebut merupakan ikon utama kepada UPSI yang telah ramai melahirkan tokoh pendidikan negara seperti Zainal Abidin Ahmad (Za'aba), Harun Aminurrashid dan Abdul Rahman Talib

rujukan : Buku Program Majlis Perasmian MPN UPSI, Laman Web Muzium Pendidikan Nazional.


"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"


Read more...

Monday, March 28, 2011

Constructivist Approach In Teaching & Learning

34 comments

Constructivism is a theory of knowledge (epistemology) that argues that humans generate knowledge and meaning from an interaction between their experiences and their ideas. During infancy, it is an interaction between their experiences and their reflexes or behavior-patterns. Piaget called these systems of knowledge schemata. Piaget's theory of constructivist learning has had wide ranging impact on learning theories and teaching methods in education and is an underlying theme of many education reform movements. Research support for constructivist teaching techniques has been mixed, with some research supporting these techniques and other research contradicting those results.

Constructivism approach of teaching in teaching mathematics is one of a major concerned in ICSS. This method enable students to solve problems, construct their own knowledge and concepts and meaningful learning. Constructivism can be described as a learning process that explains how knowledge is acquired and structured in the mine of an individual. However, the knowledge should not be transmitted, but constructed by the learner themselves based on their ability and experience/previous knowledge. In order to implement this approach the teacher should encourage and allow students to construct knowledge through problem solving, exploration and conjecture. Teacher also should encourage students to work in group and also always making discussion.

According to the social constructivist approach, teacher will be the instructor or facilitator and have to adapt to the role of facilitators and not as a teachers. During constructivist approach lesson, teacher will need to plan the strategy in order to implement the approach. Teacher needs to identify the actions that represent the knowledge or skill that need to be constructed by the students. Teacher also will provide the activity that would make the construction a reality and also provides the manipulative materials that are required to carry out the activity. After that, teacher will only facilitate by helping the student to develop their own knowledge but not giving the direct way to obtain or giving the answer to the students.


"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"


Read more...

Wednesday, November 03, 2010

Abang Posmen Popular Di Facebook.

0 comments

Salam sume. Hari ni aku nk cite skit kt korang perkara yang agak melucukan sepanjang minggu ini di wall Facebook aku. Perkara ini, mula berlaku semalam dan dijangka akan berterusan selama seminggu atau dua minggu. Secara tiba2 abang posmen menjadi popular dan menjadi status/topik perbualan kawan2 kt Facebook.

Hal ini berlaku kerana masing2 menunggu surat posting dari KPM. Ade beberapa orang sudah mula mendapat surat, dan setakat ini surat yang sampai adalah untuk mereka2 yang bakal berposting di Sarawak. So ade yang menunggu dengan excited, ade jugak yang tunggu dengan kerisauan sebab takut dicampak ke Sabah atau Sarawak.

Ape yang menarik, macam2 perkara dibincangkan sehingga moto HONDA EX5 abang posmen 2 pun sibuk di jadikan cerita. Yang pasti bagi abang2 posmen diluar sana, jangan terkejut kalau tiba2 time anta surat 2, tuan umah 2 berlari terkam kat abang posmen. Ape pun jom layan gambar aku print screen ni.








"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"


Read more...

Wednesday, July 14, 2010

Lambakkan Siswi Berbanding Siswa di IPTA/IPTS

0 comments
Salam sume. 1st skali aku nk ucapkan selamat belajar kepada sume penuntut2 di IPTA & IPTS seluruh negara. Isnin lalu bermula lah sesi pengajian bagi semester 1 sesi 2010/2011 bagi kebanyakan universiti seluruh negara. Aku tidak lagi kembali ke UPSI kerana secara rasmi nya aku sudah mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik yang akan bergraduasi pada bulan Oktober ini.

Berbalik kepada topik kita, topik ni aku amik dari topik yang dibincangkan dalam Bicara Siswa pada 13 Julai 2010 iaitu semalam yg dihostkan oleh Dr Fazley. Korang sume mesti setuju jika dikatakan memang ramai pelajar perempuan berbanding lelaki di IPTA/IPTS tidak kira dalam jurusan ape sekalipun samada kedoktoran, kejuruteraan, sastera dan paling ketara pendidikan. Apakah sebab utama masalah ini berlaku??Bagaimana nak atasi??

Isu ini sangat popular dari dulu sehingga sekarang sehinggakan Menteri Pelajaran kita cuba menukar sistem pendidikan di Malaysia bagi menangani isu ini. Isu ini juga pernah dijadikan topik assignment salah satu subjek semasa aku di universiti untuk dikaji dan dibentangkan serta diperdebatkan. Saudara X-po jugak 1 kumpulan ngan aku untuk assignment tersebut.

Bagi aku, punca sebenar masalah ini berlaku adalah sikap pelajar itu sendiri. Memang tidak dinafikan, pelajar lelaki agak malas dalam bidang study ni. Aku sendiri mengaku yang bab2 study mmg aku malas. Nak dekat kuiz atau test baru nk study. Sebab 2 la, ramai pelajar laki kurang cemerlang dalam bidang pelajaran. Tapi pelajar perempuan pun kadang2 cam2 jgk kan.

Cume yang membezakan nya ialah tempoh mase yang diambil utk antara lelaki dan perempuan dlm mengulangkaji mata pelajaran. Pelajar lelaki slalunya, kjap je diorg study pas2, diorg dh start men2. Berbeza ngn pelajar perempuan, diorg ade target diorg nk study sampai mne, selagi diorg x capai target diorg akan trus study. Btul x?

Selain itu, bagi aku, punca masalah ini berlaku, adalah kerana populasi itu sendiri. Ini merupakan salah satu faktor aku aku perbincangkan dalam assignment aku 2. Kita lihat, di Malaysia sendiri, bilangan wanita adalah lebih ramai berbanding lelaki. Oleh demikian, tidak mustahil lah jika lebih ramai perempuan berbanding lelaki kt IPTA/IPTS malah kt kat mane2 pun perempuan lebih ramai even di luar negara. Ini kerana, dunia sedang menuju akhir hayat. Salah satu petunjuk kiamat ialah perempuan lebih ramai berbanding lelaki.

So, banyak laki rasenye faktor kenapa masalah ini berlaku. Kalau nk cite sume, memang xhabis cite. Belum lagi masuk bab politik. Cuma yang pasti, dalam membendung masalah ini, kita kena mindset kan semula mentaliti pelajar2 lelaki. Kerana, sesetengah pelajar lelaki, bersikap tidak endah terhadap pelajaran. Ape yang mereka pikir kan, watpe nk belajar tinggi2 klu pas2, menganggur. Asalkan dapat keje cukup la. Btul x??

Tapi sampai bila keje itu, dapat menjamin mase depan. Even orang yang ade Master sekarang pun ade yang menganggur. Kita lelaki ade tanggungjawab yang besar berbanding wanita. Lagi2 ape bila sudah berkahwin. Tapi kenapa kita lepas kan peluang tersebut dan bagi nya kepada perempuan. Ramai orang yang dah bekerja sekarang berebut nk sambung belajar kerana diorg dah sedar bertapa pentingya pelajaran itu.

So, bagi aku, masalah ini akan terus berlaku, walaupun kerajaan cube menukar sistem pelajaran di Malaysia. Sememangnya kalau tukar maybe ade effect positive dalam merealisasi LONG LIFE LEARNING and NOT EXAM ORIENTED. Tapi aku paling x setuju sekiranya, kerajaan cuba mengurangkan kelayakan kepada pelajar lelaki kerana ini akan menimbulkan rasa tidak puas ati pelajar perempuan selain kekurangan kualiti pelajar lelaki tersebut.



Read more...

Friday, June 11, 2010

Antara Matrikulasi dan Diploma!!!

0 comments

Salam sume. Arini aku nk post sumthing yang lebih serius berbanding entri2 aku sblum ni. Aku bukan nak cite pasal Video Ariel Peterpan dengan Luna Maya juga bukan pasal Artis yang menggugurkan kandungan. Kalau korang nk tau pasal bende2 camtu ko bleh search kt GOOGLE atau trus pergi ke ZONARTIS. Entri kali ini lebih berbentuk ilmiah sesuai dengan kerjaya yang bakal aku tempuhi kelak. Ini kerana, ramai sering bertanya mane lg bagus pergi Matrikulasi atau amik Diploma.

Dalam hal untuk mencari kebaikan atau keburukan, kita sume sedia maklum bahawa setiap perkara itu didatangkan dengan kedua-dua nya. Konsep ini bukan sahaja terdapat dalam agama Islam tetapi juga semua agama sebagai contoh konsep Yin Yang. So dalam hal antara matrikulasi dan juga diploma, dapat disimpulkan kedua-dua nya ada baik dan ade buruk bergantung kepada cita-cita atau kerjaya yang korang ingin ceburi.

Matrikulasi, merupakan institut yang boleh dianggap sebagai batu loncatan. Ini kerana, tempoh pengajian di matrikulasi hanya la 1 tahun (2 tahun pun dh ade sekarang klu x silap aku) dapat menjimatkan masa tempoh pengajian. Selain itu, lepasan matrikulasi mempunyai kouta yang ditinggi untuk ditawarkan bagi program ijazah sarjana muda di IPTA seluruh negara. Memudahkan mereka untuk mengikuti kursus yang berkaitan kerjaya yang diidamkan di IPTA.

Namun begitu, matrikulasi hanya menyediakan bidang sains (fizikal & hayat) dan juga perakaunan. So hanya pelajar2 yg bercita2 untuk menjadi doktor, engineer dan juga yang berkaitan akaun dapat menikmati kelebihan matrikulasi ini sebagai batu loncatan ke IPTA. Selain itu, tempoh mase yang pengajian yang singkat ini juga, menyebabkan ramai pelajar tidak dapat catch up terhadap subjek2 yang diambil, justeru itu ramai yang kecundang seperti yang tertulis dalam Harian Metro. Satu lagi, sijil matrikulasi tidak laku untuk sebarang kerjaya.

Bagi pengajian di peringkat diploma plak, berbanding dengan matrikulasi, 3 tahun diperlukan bagi seseorang sebelum mendapat sijil diploma. Tempoh masa yang agak panjang. Lepasan diploma jugak dikatakan sukar untuk mendapat tempat di IPTA dalam bidang kritikal seperti, doktor dan engineer. So bagi mereka yang ingin menjadi doktor, elakkan daripada mengambil sijil diploma.

Kebaikan diploma yang paling penting adalah, sijil diploma laku untuk untuk sebarang kerjaya berbanding sijil matrikulasi. Selain itu, diploma menawarkan pelbagai jenis kursus, seperti perhotelan, IT, dan berbagai lagi yang tidak terdapat di matrikulasi. So sekiranya korang nk jadi designer amik la diploma jangan ngade2 nk masuk matrikulasi.

So sekali lagi nk simpulkan, antara matrikulasi dan diploma semua nya bergantung kepada cita-cita korang and kesungguhan korang nk belajar dan berjaya. Tidak ada jalan mudah dalam kehidupan. Ini pendapat aku. Korang plak cmne??



Read more...

Sunday, May 16, 2010

My Last Post!!!!Goodbye Every1!!!

0 comments

SAlam siber untuk semua blogger yang aku kenali. Fisrt of all, aku nk ucapkan banyak2 sori kepada pengikut2 setia blog aku yg x seberapa ini kerana tidak dapat menjamukan korang dengan entri2 terbaru untuk 2,3 minggu kebelakangan ini. Hal ini berlaku, sebab, connection internet kt sekolah aku menghadapi sedikit masalah. Di tambah pula dengan kerja2 untuk menyiapkan kertas soklan peperiksaan mid year pelajar2 aku. So, oleh yang demikian, aku memutuskan untuk menulis entri terakhir aku disini..

OPPSSS!!! JAngan salah anggap, aku blum lagi nk stop blogging. Di sini yang aku maksudkan adalah di bumi sungai buloh ni. Ni kerana, secara rasminya, khidmat aku sebagai guru praktikal di Sekolah Agama Menengah Paya Jaras telah berakhir pada 14 Mei 2010 yang lalu dan mulai esok, aku akan pulang kembali ke kampung halaman aku di Muar, Johor.

Sepanjang aku berada kt sungai buloh ni, banyak pengalaman yang diperolehi dari segi bagaimana untuk mendidik para pelajar yang datang dari pelbagai latarbelakang dan kerenah. Aku juga nk ucapkan banyak2 terima kasih kepada para guru2 SAMPJ yang banyak membantu aku sepanjang aku berada disana dan juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada sume guru2 termasuk my DAD yang juga pernah menjadi guru.

Last skali, kepada bekas anak2 didikku di SAMPJ (2 ikhlas, 4 Qanaah & 4 Redha), cikgu ucapkan kamu terus berjaya dalam pelajaran walaupun sesiapa sahaja guru yang mengajar kamu.


Read more...

Tuesday, April 27, 2010

Guru Praktikal Cabul Guru Perempuan Dalam Tandas!!!

0 comments

Salam diucapkan kepada sume rakan2 blogger sekalian. Tengok kat tajuk ni mesti korang ingat aku saje je taktik(tips) nk bagi up traffik. Akan tetapi, perkara ini benar2 berlaku disalah sebuah sekolah menengah di sungai buloh. Kejadian ini berlaku minggu lepas. Arini baru aku sempat nk tulis dalam blog sebab minggu lepas tenet wat hal macam biase.

So, kejadian berlaku minggu lepas. X ingat dh aku ari ape. Kejadian berlaku disebuah tandas wanita bengkel di sebuah sekolah. Seorang guru perempuan masuk kedalam tandas untuk -#$%^^#$%. Namun begitu, beliau dikejutkan oleh seorang guru lelaki yang separuh bogel berada di dalam tandas tersebut. Dengan pantas guru wanita tersebut berlari keluar bagi mengelakkan dirinya menjadi mangsa guru lelaki tersebut.

Sebenarnya kejadian berlaku kt member aku. Die masuk nk buang air kt tandas pompuan 2. Tandas tue selalu berkunci dan kunci tandas 2 ade ngn die. So dengan yakin die masuk buka seluar, buka baju and pakai boxer je nk buang air besar. Tetiba, ntah macam mane ade sorang ckgu pompuan ni bleh masuk tandas 2.

So moral of da story, masuk tandas yang betul. Walaupun tandas 2 xde orang gune.


Read more...

Thursday, April 15, 2010

Wanita Ibarat Buah Epal!!!

0 comments


Salam sume. Seperti yang dijanjikan aku nk tulis 1 entri yang cukup menarik kali ini. Ilham kali ini, datang apabila aku mengikuti satu program motivasi untuk pelajar2 sekolah aku, SAM Paya Jaras, Sg Buloh. Program motivasi tersebut disampaikan oleh seorang motivator yang amat terkenal jugak. Beliau merupakan pemilik asal sebuah iklan PETRONAS yang menyelitkan susah payah seorang kudung untuk berjaya dalam kehidupan. Mungkin ramai yang x igt, so kt bawah ni aku sediakan klip video iklan tersebut.




Beliau yang aku maksudkan ialah Abang YM Raja Shamri Raja Husin. Beliau dilahirkan dengan keadaan kudung kaki kanan dan tiga jari tangan beliau bersambung. Namun, itu semua tidak menghalang beliau untuk berjaya. Beliau yang lebih gemar menggelar diri beliau ABANG kepada para pelajar mendapat sambutan hangat dengan ceramah yang diberikan dengan cara yang sangat menarik walaupun kekadang amat sedih mendengar kisah kesusahan beliau, sehingga ada guru turut menitiskan air mata termasuk aku.

Dalam program tersebut, antara isi2 penting yang aku dapat, (ptg aku dh blk) bagaimana untuk membalance kan penggunaan kedua-dua belah otak kiri dan kanan. Balancing the brain dapat dilakukan melalui latihan tangan. Selain itu, moto yang digunakan beliau adalah:

"Kejayaan itu dicipta oleh INSAN BIASA yang berusaha secara LUAR BIASA"
"Setaip manusia dilahirkan UNIK dan BERBEZA"
"Lumrah alam ORANG akan mengata ORANG"


Tetapi, perkara yang paling menarik perhatian aku adalah petikan ayat yang amat bermakna dan mempunyai masuk yang cukup mendalam. Ayat tersebut khas aku tujukan kepada semua kaum hawa yang sempat membaca blog aku ni. Mungkin korang sume dah penah baca, tapi kat sni aku just nk kongsi bersama ape yang aku dapat.

"Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik.Ia beguguran di tanah.Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada dipuncak.Susah dipetik susah digapai.Mahkota seorang gadis adalah sifat malu.Apabila hilang sifat malu,hancurlah maruahnya.Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain. Jgn rendahkan dirimu ke tanah semata-mata untuk dipetik. Engkau ditakdirkan Allah berada diatas krn hanya lelaki yang betul-betul layak dan berani sahaja dapat menggapai epal yang berada dipuncak itu.Seandainya engkau tidak dipetik didunia ini,mungkin jodohmu menanti di syurga sana…Ingatlah, bagi wanita maruah adalah segala-galanya."




Read more...

Wednesday, March 17, 2010

Mana Best Ek??

0 comments

Salam sume. Setelah sekian lama dapat juga aku mengUPDATEkan blog aku ni. Cuti sekolah ni, xbanyak keje yang nk kene wat. Juz nk kne tanda kertas jawapan test student2 je, sebab diorg aritu baru lepas ujian. So time cuti sekolah ni la, aku nk HIDUP kan kembali blog aku yang agak menyepi.

So sebagai topik kali ni, juz nk tanye pendapat korang, aktiviti yang best dilakukan ketika cuti sekolah ni. Ramai ibubapa mengambil kesempatan cuti sekolah ni, membawa anak2 melancong, makan angin & etc. Ade yang g pulau2 (pangkor/tioman) dan ade yang juz pulang ke kampung halaman tercinta.

Tapi kan, budak2 sekarang ni diorg lg ske duk umah je. Ini kerana, duk umah dapat men game, men tenet, men PS3. Budak2 sekarang ni kurang nk lakukan aktiviti outdoor sebab 2, masyarakat Malaysia sekarang ni ramai yang mengidap obesiti siap kne wat program Biggest Loser bru igt nk kurangkn berat badan n bersenam.

Tapi bagi aku, aku lg ske duk umah je. Nama pun cuti sekolah, waktu nk rehat2, so duk umah rehat je la. Nk makan angin duit xde. hehehe




Read more...

Monday, February 01, 2010

Macam Mane ek??Tolong!!!

0 comments

Salam sume. Aku mintak maaf sebab lame jgk aku x online. Bile dh xonline maka, aktiviti2 seperti blog Update, Blogwalking, nk men Mafia Wars, Famville, Barnbuddy kt FACEBOOK pun xsempat. So aku nk amik mase skit sementara tunggu nk masuk kelas 4 Qanaah kt SAMPJ ni kul 12.35 jap lg utk update blog aku. So update kali ni mungkin berkait rapat ngn orang2 yang seangkatan ngan aku.

So update kalu ni adalah berkenaan CIKGU/GURU/SIFU/USTAZ. Entry ni aku tujukan khas kepada member2 aku yang sedang berpraktikal. Ape yang aku nk kongsi bersama adalah bagaimana kita nk mengajar dan mengawal kelas ketika mengajar ni. Lagi2 lg bagi kelas2 hujung yang terdapat lg pelajar2 yang still tidak tau mengeja, membaca dan mengira (3M).

Maybe ramai yang dh pernah dengar bahawa 1st Impression kite semasa kite masuk kelas 2 penting. Contohnye, bile 1st masuk kelas, muke hendak lah serius tapi xterlalu nampak garang. Ini dapat memberitahu kt murid yang kite ni tegas dan dapat mengelakkan murid2 menjadi kurang ajar n pijak kepala kite. Selain itu, murid2 juga kebanyakan nya tidak suke guru/cikgu yang garang.

Dari segi pengajaran dan pembelajaran pula, 1st lesson cube gune kan teknik/teaching approaches yang biase digunakan dan yang akan selalu digunakan. Ini untuk menguji samada teaching approaches yang digunakan itu sesuai dan dapat diterima oleh pelajar2. Sekiranya pelajar tidak dapat ikut, gune kan common nye, Chalk and Talk. Dan yang penting selalu la rujuk kepada guru2 kelas mereka utk nasihat dan bimbingan.

So kepada cikgu2 dan guru2 yang laen, sekiranya ade tips atau nasihat yang nk diberikan, boleh la kongsi kan bersama sebagai panduan dan renungan bersama. Last skali renungkanlah ayat ini:
Tugas seseorang guru ialah pekerjaan mental, yang tidak dimulai waktu ia tiba di pejabat/sekolah dan tidak berhenti watu ia pulang.




Read more...

Thursday, January 21, 2010

Disebalik No 2201!!Tahniah Ezany Kun!!!

0 comments
Pertama sekali, korang masih igt x, aku ade wat lucky no kt blog aku beberapa minggu yang lepas??Tahniah diucapkan kepada Ezany Kun, kerana berjaya mendapat hadiah untuk lucky no tersebut. Korang igt lg x no 2??Kepada yang masih igt, ada sememangnya mempunyai ingatan yang kuat dan kepada yang x igt, aku bgtau blk no 2 adalah 2201.


Kenapa aku memilih no tersebut??Apa rahsia disebalik no 2??No ekor aku menang ke??Mungkin ade yang sudah dapat meneka, tp kt sni aku juz nk cite lebih lanjut mengenai no tersebut. First skali untuk tersebut mewakili tarikh 22 Januari, tarikh yang amat bermakna kepada aku. Kenapa??Sebab 2 la tarikh lahir aku. Hepi Besday to me!!!!heheh

Kedua nye, mungkin menjadi suatu kebetulan, kerana no tersebut juga merupakan no plat keta yang aku gune skrg ni. 2 sebab nye, aku memilih no 2201 utk dijadikan no cabutan bertuah kepada pengunjung2 blog aku.

2 je aku nk cite kali ni, tggu post terbaru mengenai pengalaman aku selama seminggu ROS di sekolah agama menengah paya jaras, Sungai Buloh.





Read more...

Sunday, January 17, 2010

Debaran Kian Terasa!!!

0 comments

Dah macam akademi fantasia plak aku nye title entri kali ni. Tapi, aku bukan nk cite psal AF yang sudah mula melakukan sesi uji bakat nye di seluruh negara bagi mencari bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian. Adakah keluaran AF selepas ini akan lebih berkualiti atau sekadar hangat dalam diari sahaja??Hakikatnya, 2 sume bukan ape nk cite kali ni.

Apa yang aku nk cite ni mungkin lebih kurang entri terbaru X-PO. Sememangnya, aku berasa sangat berdebar untuk menjalani latihan praktikal aku yang bakal bermula pada esok hari(secara rasmi 1 Feb) dengan menjalani rancangan orentasi sekolah selama 2 minggu.

Sekolah Agama Menengah Paya Jaras, Sg Buloh merupakan sekolah aku untuk praktikal ini. Setelah bersusah payah mencari rumah sewa, akhirnya berjaya jugak aku memperolehi rumah sewa yang agak besar(banglo) yang terletak berdekatan sekolah aku. Jalan kaki pun x sampai 5 minit dh sampai sekolah. Jimat minyak keta aku nnt. G sekolah jalan kaki je. hehehe.

Apa yang menjadikan aku risau adalah adakah, aku benar2 bersedia untuk menghadapi praktikal ni??Adakah ilmu2 yang telah diajar oleh para lecture aku dapat aku aplikasikan semasa praktikal ni?? Dan yang penting, adakah aku betul2 layak untuk menjadi salah seorang guru yang berwibawa, berdedikasi dan bersemangat untuk mendidik anak bangsa sehingga mereka berjaya bukan sahaja di dunia, malah di akhirat??

So, kepada sume follower aku n para2 blogger, aku mengharapkan korang sume dpt mendoakan kejayaan aku dan aku aku cuba untuk memberikan infomasi kepada anda sume dalam blog ni mengenai praktikal aku dan juga apa2 yang aku ingin kongsikan bersama. Aku akan cube untuk online selalu, samada menggunakan Broadband celcom member aku atau CC didepan rumah aku.




Read more...

Monday, January 04, 2010

Aku DiAnakTirikan!!!

0 comments

Aaarrghh!!!Tidak. Sekali lagi isu ini timbul. Bukan isu pasal aku, tp pasal graduan pendidikan dari IPTA(aku termasuk jgk la). Aku dapat idea, bila tgk tweet td, dan mengambil tweet @Ladynass takde masa depan la engineer.aku nk tunang aku jadi cikgu leh tak? hoho.. Ade mase depankan ke kerjaya sebagai Guru@Cikgu ni??

Baru-baru ni, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi ade mengeluarkan kenyataan "keutamaan bagi penempatan sekolah akan diberikan kepada lulusan Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) dan graduan IPTA ditempatkan jika terdapat kekosongan dan bergantung kepada bidang pengkhususan". Makne nye, klu xde kekosongan xde keje la. So, sape kate jadi cikgu ade mase depan??

Kenyataan yang dikeluarkan beliau dipertikaikan oleh ramai pihak, termasuk NC UPSI kerana, telah dipersetujui oleh kabinet bahawa lepasan IPG akan posting kt sekolah rendah, dan lepasan IPTA especially UPSI akan posting kt sekolah menengah. So knape boleh timbul isu cmni. Xkan la timbalan menteri sendiri xtau psal bende2 cmni??

So aku harap, hal ini dapat diselesaikan secepat mungkin, sebab klu xde keje, sia-sia je aku blaja 4 thn kt UPSI ni.

sumber:
UPSIKINI
Berita Harian Online



Read more...