Sila la click jika ade.....

Showing posts with label Cuti Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Cuti Sekolah. Show all posts

Monday, June 20, 2011

June 2011

0 comments


Salam sume. Lame juga aku x update blog sampaikan untuk bulan Jun ni xde langsung entri2 baru dari aku. Seperti biase la, ketidakadaan internet yang menyebabkan faktor utama aku xdapat update blog. Banyak perkara berlaku dalam bulan Jun ni, tetapi tidak berkesempatan nak tulis dalam blog ni.

Pertama, result utk semester 1 aku, pada peringkat Sarjana ni(master) kuar awal bulan ni. Alhamdulillah, result yang bagus dan sangat menggembirakan. Dapat la jugak menyakinkan parent and family aku yang pada awal nye yang agak membantah keputusan aku untuk sambung master. Walaubagaimanapun, aku bersyukur dan akan terus berusaha mengekalkan pointer aku pada semester akan datang.

Seterusnya, kontrak aku sebagai pekerja di Bahagian Sumber Manusia di bawah Skim Pelajar Bekerja disambung sehingga pengunjung bulan ini. Alhamdulillah jugak, dapat la aku mencari duit belanja skit, simpan untuk bayar yuran semester depan pulak. Insyaallah jika ade rezeki, bulan depan tukar jabatan pulak. Pergi unit Akademik urus psal urusan konvokesyen plak.

Yang seterusnya, korang pun tau, bulan Jun ni ramai kawan2 aku dah tunang even ade jugak yang dah kawen. Kepada sape2 yang ade jemput aku 2, aku mntk maaf banyak2 sebab x berkesempatan pergi majlis korang. Ape pun aku ucapkan korang sume berbahagia sehingga ke akhir hayat bersama pasangan masing2.


"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"



Read more...

Tuesday, April 27, 2010

Guru Praktikal Cabul Guru Perempuan Dalam Tandas!!!

0 comments

Salam diucapkan kepada sume rakan2 blogger sekalian. Tengok kat tajuk ni mesti korang ingat aku saje je taktik(tips) nk bagi up traffik. Akan tetapi, perkara ini benar2 berlaku disalah sebuah sekolah menengah di sungai buloh. Kejadian ini berlaku minggu lepas. Arini baru aku sempat nk tulis dalam blog sebab minggu lepas tenet wat hal macam biase.

So, kejadian berlaku minggu lepas. X ingat dh aku ari ape. Kejadian berlaku disebuah tandas wanita bengkel di sebuah sekolah. Seorang guru perempuan masuk kedalam tandas untuk -#$%^^#$%. Namun begitu, beliau dikejutkan oleh seorang guru lelaki yang separuh bogel berada di dalam tandas tersebut. Dengan pantas guru wanita tersebut berlari keluar bagi mengelakkan dirinya menjadi mangsa guru lelaki tersebut.

Sebenarnya kejadian berlaku kt member aku. Die masuk nk buang air kt tandas pompuan 2. Tandas tue selalu berkunci dan kunci tandas 2 ade ngn die. So dengan yakin die masuk buka seluar, buka baju and pakai boxer je nk buang air besar. Tetiba, ntah macam mane ade sorang ckgu pompuan ni bleh masuk tandas 2.

So moral of da story, masuk tandas yang betul. Walaupun tandas 2 xde orang gune.


Read more...

Wednesday, March 17, 2010

Mana Best Ek??

0 comments

Salam sume. Setelah sekian lama dapat juga aku mengUPDATEkan blog aku ni. Cuti sekolah ni, xbanyak keje yang nk kene wat. Juz nk kne tanda kertas jawapan test student2 je, sebab diorg aritu baru lepas ujian. So time cuti sekolah ni la, aku nk HIDUP kan kembali blog aku yang agak menyepi.

So sebagai topik kali ni, juz nk tanye pendapat korang, aktiviti yang best dilakukan ketika cuti sekolah ni. Ramai ibubapa mengambil kesempatan cuti sekolah ni, membawa anak2 melancong, makan angin & etc. Ade yang g pulau2 (pangkor/tioman) dan ade yang juz pulang ke kampung halaman tercinta.

Tapi kan, budak2 sekarang ni diorg lg ske duk umah je. Ini kerana, duk umah dapat men game, men tenet, men PS3. Budak2 sekarang ni kurang nk lakukan aktiviti outdoor sebab 2, masyarakat Malaysia sekarang ni ramai yang mengidap obesiti siap kne wat program Biggest Loser bru igt nk kurangkn berat badan n bersenam.

Tapi bagi aku, aku lg ske duk umah je. Nama pun cuti sekolah, waktu nk rehat2, so duk umah rehat je la. Nk makan angin duit xde. hehehe




Read more...