Sila la click jika ade.....

Thursday, September 01, 2011

2011/2012 Season Top Football/Soccer Player Summer Transfer - BPL

5 comments


Salam Aidilfitri, Salam Merdeka dan Salam 1Malaysia. Kehangatan raya dan merdeka kali ini dihangatkan lg dengan perpindahan2 pemain2 bolasepak bg season baru 2011/2012. Bagi peminat2 bolasepak, season kali ini banyak nama besar yang berhijrah ke kelab lain terutama kelab dalam liga perdana Inggeris(BPL) atau EPL. Mungkin ramai juga yang mengikuti live deadline day transfer semalam yang abis dalam 7 pagi td. So entri kali ini akan cover perpindahan2 pemain2 ternama dan juga apa yang berlaku pada deadline day transfer semalam.



Arsenal

Of cos, pasukan atau team yang menjadi tumpuan kali ini ialah Arsenal bimbingan Arsene Wenger dengan perpindahan keluar dua tonggak utama mereka Cesc Fabregas(Barcelona) & Samir Nasri(Man City) memberikan tamparan hebat sehingga dimalukan oleh pasukan Man United bimbingan Sir Alex Ferguson 8-2. Selain Fabregas & Nasri, antara lain yang meninggalkan club secara kekal adalah Gael Clichy(Man City), Emmanuel Eboué(Galatasaray) & Armand Traore(QPR). Manakala Bendtner pulak dipinjamkan ke Sunderland.

Wenger juga membawa masuk ramai pemain musim ini, terutama sekali pada deadline day transfer dengan empat pemain di bawa masuk Per Mertesacker(Werder Bremen), Andre Santos(Fenerbache), Mikel Arteta(Everton) dan meminjam Yossi Benayoun.(Chelsea) Sehari sebelum, Park Chu Young(Monaco) menandatangani kontrak sebagai pemain Arsenal. Antara muka lain yang di bawa masuk adalah Gervinho(Lille)-(1st dapat kad merah) dan 2 pemain muda Alex Chamberlain(Southampton) & Joel Campbell(Lorient).


Chelsea

Selain Arsenal, Chelsea bimbingan jurulatih baru Andre Villa-Boas turut aktif pada musim perpindahan kali ini. Seperti biasa dengan peruntukan yang banyak, Chelsea berjaya mendapatkan khidmat pemain Romelu Lukaku(Anderlecht), Oriol Romeu(Barcelona) dan Juan Mata(Valencia). Dan pada hari penutup semalam, Chelsea berjaya mendapatkan Raul Meireles dari Liverpool.


Liverpool

Bagi Liverpool pula, "King" Kenny Danglish telah berjaya membawa masuk Charlie Adam,(Blackpool) Jordan Henderson(Sunderland), Stewart Downing(Aston Villa), Jose Enrique (Newcastle Utd) dan pemain muda Sebastian Coates(Nacional) bagi menguat pasukan beliau. Dan pada Deadline day, beliau telah membawa masuk semula bekas pemain Liverpool Craig Bellamy(Man City).

Liverpool juga turut melepaskan ramai pemain seperti Milan Jovanovic(Anderlecht), Daniel Ayala(Norwich City), Nabil El Zhar(Levante), Sotirios Kyrgiakos(Wolfsburg) & Emiliano Insua(Sporting Lisbon) dan dua pemain dipinjamkan iaitu Alberto Aquilani (AC Milan) & Dani Pacheco(Atl Madrid). Dan pada hari penutup semalanm, Raul Meireles(Chelsea), David Ngog(Bolton) & Christian Poulsen(Evian Thonon Gaillard) meninggalkan pasukan secara kekal manakala Joe Cole dipinjamkan ke Lille.


Manchester City

Pasukan milik jutawan Abu Dhabi Group United, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan memperuntukkan Roberto Mancini transfer budget yang banyak dan hasilnya dua nama besar menyertai Man city iaitu Sergio Kun Aguero(Atl Madrid) dan Samir Nasri(Arsenal). Selain dua nama tersebut, Man City turut mendapatkan khidmat Clichy(Arsenal) dan akhir sekali pada hari penutup berjaya mendapatkan pemain yang sering dilanda kecederaan Owen Hargreaves dari jiran Manchester United.

Dengan kemasukan ramai pemain2 hebat, beberapa pemain telah keluar dari Man City untuk mendapatkan tempat sebagai Starting XI dalam pasukan lain antaranya, Shaun Wright Phillip(QPR), Roque Santa Cruz(Real Betis), Emmanuel Adebayor(Spurs), Shay Given(Aston Villa), Jerome Boateng(Bayern Munich), Jô(Internacional) & Craig Bellamy(Liverpool).


Manchester United

Seperti jirannya, Sir Alex Ferguson tidak banyak membawa masuk pemain2 baru dengan membawa masuk 3 pemain iaitu, Ashley Young(Aston Villa), Phil Jones(Everton) & penjaga gol muda Sepanyol(goalkeeper) David De Gea(Atl Madrid) untuk mengantikan Edwin Van Der Sar yang telah bersara. Pemain yang keluar adalah seperti, John O'Shea(Sunderland), Wes Brown(Sunderland) & Gabriel Obertan(Newcastle Utd).


Lain-lain.

Lain2 pasukan yang aktif pada perpindahan kali ini ialah, QPR pasukan miliki rakyat Malaysia Tony Fernandez dengan membawa masuk ramai pemain seperti Joey Barton(Newcastle United), Anton Ferdinand(Sunderland), Shaun Wright-Phillips(Man City), Armand Traore(Arsenal), Luke Young(Aston Villa). Tottenham pula berjaya mendapatkan khidmat Scott Parker(West Ham)manakala Fulham mendapatkan khidmat Bryan Ruiz(FC Twente). Stoke City berjaya mendapat dua pemain Tottenham iaitu Peter Crouch & Wilson Palacios. Newcastle United pula berjaya mendapatkan Davide Santon dari Inter Milan.



sumber:
ESPN Soccernet

SkySport
Goal.Com

Image:
Google



"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"


Read more...