Sila la click jika ade.....

Monday, June 28, 2010

Contest Menang Canon EOS 500 DSLR Camera!!!

0 comments



Salam sume. Macam biase, selepas bangun tdo aku g mndi pas2 solat. Sebab aku bgun time orang tengah azan Zohor. 2,3 mggu ni aku slalu bangun lambat sebab aku xberapa sihat. Demam and selsema WORLD CUP. hehe. Lepas siap sume 2, aku pun trus la online. Bukak NUFFNANG cek earning and trafik. Pas2 bukak FANTASY WORLD CUP check point player2 aku. Pas2 bukak FACEBOOK men game and bace gosip2 and info terbaru and terjumpe dengan contest yang best yang dikongsi oleh member aku.

Contest ini sangat mudah. Contest ini dipanggil Contest Snap, Share & Win. Apa yang anda perlu wat ialah, mengambil gambar dan share gambar anda tersebut. Mudah bukan??



Step 1: Take any photo of your choice in JPG format:

  • Landscape form:540 pixels wide by 410 pixels high.
  • Portrait form: 410 pixels wide by 540 pixels high.
  • Photo Size: Not larger than 1 MB

Step 2: Upload your photo by filling up your information and tell us which Camera Models you used in the form provided at http://tech.701panduan.com/contest/join.php

Step 3: Your photo will be uploaded to the system immediately and displayed on the photo gallery.

Select your photo, and send the photo to your friends and family by inserting their name and email address.

Repeat the same steps to send your photo to as many recipients as you can.

How to Become The Winner?

Step 1: The email recipients received the emails containing your photo.

They will click on "I Like This" link / photo, our system will track this as "1" valid count.

Step 2: The total "People Like This" will display on your photo gallery page.

The photo with the most "Like" count will be qualified to win the prizes!


*** Useful Winning Tips:

  1. Capture a nicer & interesting photo image with an appealing image title, so this will encourage more users to select your photo to send to their friends.
  2. Upload as many photos entry as you can to increase the chances to win!
  3. Inform your friends about your photo entry and provide them the link to your photo entry.

Some social media channel might such as Facebook, Twitter, Friendster will be great channel to help you to spread out your photo contest info!

http://tech.701panduan.com/contest/how-to-win.php

So, jom kita membantu antara 1 same laen. Lagi banyak email dapat dikumpul, lg besar peluang untuk korang menang. So aku nk mntk jasa baek, korang tinggal email korang kt ruang koemn kt bawah. Name pnuh nnt aku boleh wat je pape. Sila lihat inbox anda email daripada 701. Jika tiada, lihat di SPAM. Same2 kita membantu antara satu same lain.

Ini lah gambar yang aku taruhkan.

http://tech.701panduan.com/contest/send_card.php?id=1417



Read more...

Thursday, June 24, 2010

WORLD CUP 2010 - Bolasepak Sukan Merbahaya

0 comments

Salam sume. Ramai orang cakap, kalau nk badan sihat, kita kenalah bersenam. Bersenam dapat membantu kita membakar lemak2 yang ada dalam badan kita. Selain itu, melalui bersenam, kita dapat mengeluarkan toksin2 yang ade dalam badan kita apabila kita berpeluh. Bersukan juga merupakan salah satu cara untuk kita bersenam. Sukan seperti bolasepak, badminton dan sebagainya sememangnya membantu kita dalam membakar kalori2 serta mengeluarkan toksin2 dalam badan kita. Namun begitu, apabila sukan dipertandingkan, ianya menjadi tidak selamat bukan sahaja pada para peserta, tetapi jugak kepada para penonton.

Sempena WORLD CUP 2010, mari kita mengambil contoh sukan bolasepak. Sukan bolasepak merupakan salah satu sukan yang agak kasar dan berbahaya. Ini kerana, seperti ramai orang cakap, 22 pemain berebut 1 biji bola. Ape kes?? Nape tak beli bola sorang satu. So disebabkan perkara tersebut, ianya menjadikan bolasepak sukan yang merbahaya. Korang bayangkan, 22 orang nk rebut 1 biji bola. Ada yang duk tackle, ada yang duk siku muke orang, ada yang duk sepak muka orang. Ini semua hanya disebabkan untuk menang. Berbaloi ke korang lebam2, patah kaki, masuk hospital??



Selain merbahaya kepada pemain2, sukan bolasepak ini juga merbahaya kepada penonton2 nye. Sesetengah penyokong2 fanatik memang pantang tgk pasukan die kne kutuk. Pastu mula la nk hangin. Ada jugak penonton yang xpuas ati, sebab pasukan die kalah, die gi bantai penyokong pasukan satu lagi 2. Ape kes?? Dah kalah wat la cara kalah, xyah nk salahkan manager la, player la, penyokong la. Nk bakar2 stadium sampai.

Selain berbahaya kepada fizikal, ianya juga berbahaya terhadap mental. Ini kerana, ade peminat bola sepak sanggup xtidur malam nk tengok bola. Lagi2 time2 WC2010. Kalau xtengok kang member2 cakap katak bawah tempurung plak. Otak kita jugak memerlukan rehat yang secukupnya. So apabila, kita xtidur pada waktu yang sepatutnye, otak kite terpaksa berkerja lebih mase(OT). So, otak akan kekurangan oksigen, lama kelamaan, boleh menyebabkan tekanan mental. Pas2 korang gi la tengok bola ramai2 kt tanjong rambutan.

p/s - kepada peminat2 bolasepak aku tau korang minat. memang susah nk buang sifat minat 2 kan sebab aku pun same cm korang. Yang penting jage la kesihatan dan majula sukan untuk negara.



Read more...

Tuesday, June 22, 2010

Cabaran : Copy & Menang !!!

0 comments

Nak MP3 Player tak?

Apa yang anda perlu lakukan ialah, post ayat di bawah ke dalam blog anda. Itu sahaja.

Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja untuk memenangi TIGA buah MP3 Player
Untuk maklumat lanjut, layari www.rkurl.com/117hw
Penaja utama : Raja Kamil, www.akuseorangblogger.com

Pastikan anda copy semua ayat di atas, jangan satu pun tertinggal atau penyertaan anda akan ditolak. Setelah anda copy ayat di atas ke dalam blog anda.

Tarikh tutup penyertaan :

31 Julai 2010

Maklumat Hadiah

MP3 Player ini sangat funky.
Berkapasiti 2 GB
Amat ringan.
Comel.

Untuk maklumat lanjut layari www.rkurl.com/117hw





Read more...

Saturday, June 19, 2010

EPL Barclays Premier League 2010/2011 Fixtures

0 comments

Salam sume. Sebenarnya, aku dh rancang nk post entri ni ptg td lg. Tadi aku delaykan dulu atas sebab2 tertentu. 3 minggu dari sekarang, demam world cup akan berakhir, dan para peminat bola tanah air akan kembali, mengikuti liga2 bolasepak eropah seperti, EPL, La Liga, dan juga Serie A. Aku percaya kt Malaysia ni ramai yang meminati dan mengikuti EPL Premier League btul.

Untuk maklumat sume, fixtures EPL untuk season depan bermula Ogos 2010 ini telah pun kuar. Semalam, aku aku search la internet untuk mendapatkan fixtures tersebut secara keseluruhan untuk simpanan aku. Namun usaha aku hampa. Carian di GOOGLE tidak membuahkan hasil. And then terpaksa la aku g kt Premier League nye website, and print screen stiap mggu nye fixtures. Setelah itu, aku berhajat la nk kongsi ngn korang fixtures2, tapi hajat aku terbatal apabila aku terbaca mengenai Football DataCo. Apa 2??

Football DataCo merupakan sebuah syarikat british yang memegang kuasa dalam memberi kebenaran kepada third party untuk menggunakan atau mengeluarkan semula hak2 cipta intelektual 4 kelab bolasepak profesional di United Kingdom. Fixtures2 utk keempat2 kelab tersebut termasuk dalam intelectual property bermakna, pihak ketiga perlulah mendapatkan kebenaran untuk menggunakannya dengan bayaran tertentu.

EPL merupakan salah sebuah kelab dibawah Football DataCo. Oleh yang demikian, fixtures2 utk EPL perlulah mendapat kebenaran daripada syarikat Football DataCo, yang melantik Fixtures Marketing LTD sebagai wakil bagi urusan pembagian lesen pengedaran fixtures2 tersebut luar UK. Oleh yang demikian, sesiapa yang ingin mengetahui mengenai fixtures tersebut boleh lihat di Premier League Fixture.

Namun begitu, aku still bemurah hati untuk kongsi ngn korang. Sape2 yang nk boleh letakkan email di komen nnt, and aku akan emailkn kepada korang.



Read more...

Friday, June 18, 2010

FIFA WORLD CUP 2010 - Contest

0 comments

Salam sume. Sudah seminggu kejohanan bolesepak terbesar di dunia iaitu FIFA WORLD CUP 2010 berlangsung. So, hanya tinggal 3 minggu lg sebelum kita mengetahui siapakah yang akan dinobatkan sebagai pasukan negara terkuat di dunia. Mungkinkah Brazil akan membawa pulang kejuaraan untuk kali keenam, ataupun mungkinkah Belanda akan muncul juara untuk julung kalinya??

Teka-teki ini sume akan terjawab dalam mase minggu lagi. WC kali ini memang agak sukar diduga. Dengan Brazil hanya mampu menang 2-1 kepada DPR Korea manakala juara eropah kecundang di tangan pasukan Switzerland pada pusingan pertama. Kemudian France pula terpaksa akur bahawa sememangnya mereka tidak layak untuk beraksi di WC apabila kalah 0-2 kepda mexico.

Banyak faktor mempengaruhi performance player2 diatas padang. Ramai berpendapat bola JABULANI yang digunakan banyak mempengaruhi persembahan permain. Pemain2 masih lagi tidak dapat untuk menyesuaikan diri mereka dengan bola tersebut. Selain itu, bermain pada altitud yang tinggi juga sedikit sebanyak mempengaruhi stamina2 para pemain.

Namun, semalam Argentina memberikan para peminat bola sepak dunia satu persembahan yang cukup menarik ketika menentang pasukan Korea Selatan apabila menang 4-1 dengan Gonzalo Higuain berjaya menjaringkan 1st hatrik dalam WC2010. So, untuk kontest anjuran DENAIHATI ini aku memilih Pasukan Argentina sebagai juara FIFA WORLD CUP 2010. Selain itu, xsabar nak tunggu Maradona menunaikan janji nya untuk berlari bogel seluruh Buenos Aires.





Read more...

Thursday, June 17, 2010

Tips - Khasiat Buah Tomato

0 comments
Salam sume. Sedikit update untuk arini. Korang suke x makan buah tomato?? Buah tomato atau nama saintifiknya Solanum Lycopersicum L, merupakan sejenis sayur2 juga kadang2 dipanggil sebagai LOVE APPLE. Ramai yang kawan-kawan aku even my mom sendri pelik kenapa la aku suke makan buah tomato.

Marah merah buah tomato adalah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi, yang memyebabkan tomato itu berwarna merah. Likopena ini mengandungi pelbagai khasiat.

Likopena ini mengandungi kebaikan antioksidan yang dapat menlancarkan perjalanan darah dalam badan. Justeru itu, dapat mengelakkan dari penyakit kanser dan juga serangan sakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato. Selain itu, buah tomato baek utk lelaki kerana dapt mengelakkan kanser prostat.

Selain itu, buah tomato jugak kaya dengan vitamin C. Vitamin C atau asid askorbik ini banyak khasiat nye dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Salah satu peranan nye adalah dalam penjagaan kulit. Dengan demikian, buah tomato ini, dapat menghaluskan kulit dan mengelakkan pertumbuhan jerawat.

So kepada sesiapa yang inginkan awet muda, makan la buah tomato banyak2 dan xperlu la korang nk pakai botox.



Read more...

Sunday, June 13, 2010

WORLD CUP 2010 - Record

0 comments

Salam sume. Sempena dengan perlawanan bolasepak terkemuka Piala Dunia, aku just nk beri sedikit info mengenai WC ini sepanjang kejohanan ini diadakan. Korang sume mesti kenal Husain Bolt kan, 'World Fastest Men on the Earth' berjaya memecahkan rekod 100m sukan olimpik baru2 ni. Dalam WC juga, tidak terlepas daripada menghasilkan rekod2 yang boleh dibanggakan.

Antara rekod yang cukup hebat, adalah gol paling pantas selepas sepak mula yang dicipta oleh Hakan Sukur dari Turki, berjaya menjaringkan gol dengan hanya mengambil masa selama 11 saat. Cukup pantas bukan. Rekod ini dicipta ketika Turki menentang Korea Selatan pada World Cup 2002 di Korea dan Jepun. Ramai yang masih ingat lagi kn goal tersebut.



Selain itu, pada World Cup 2006 di German, sebanyak 26 kad merah dilayangkan dan 4 daripadanya dalam perlawananan antara Portugal menentang Belanda. Perlawanan tersebut diadili oleh pengadil Valentin Ivanov dan perlawanan tersebut dimenangi oleh pasukan Portugal 1-0.

Pasukan Brazil juga merupakan favorite dalam kejohanan kali ni, merupakan pasukan yang paling banyak penampilan dalam World Cup dan juga merupakan pasukan yang paling banyak memenangi World Cup iaitu sebanyak 5 kali pada tahun 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002. Adakah Brazil berjaya untuk merangkul Piala Dunia untuk kali keenam?? Kita tunggu dan saksikan.

Terdapat banyak lagi rekod2 yang dicipta sepanjang berlangsung nye piala dunia ini. Kalau korang search kt GOOGLE mesti korang dapat jumpe.

credit - WIKIPEDIA



Read more...

Friday, June 11, 2010

Antara Matrikulasi dan Diploma!!!

0 comments

Salam sume. Arini aku nk post sumthing yang lebih serius berbanding entri2 aku sblum ni. Aku bukan nak cite pasal Video Ariel Peterpan dengan Luna Maya juga bukan pasal Artis yang menggugurkan kandungan. Kalau korang nk tau pasal bende2 camtu ko bleh search kt GOOGLE atau trus pergi ke ZONARTIS. Entri kali ini lebih berbentuk ilmiah sesuai dengan kerjaya yang bakal aku tempuhi kelak. Ini kerana, ramai sering bertanya mane lg bagus pergi Matrikulasi atau amik Diploma.

Dalam hal untuk mencari kebaikan atau keburukan, kita sume sedia maklum bahawa setiap perkara itu didatangkan dengan kedua-dua nya. Konsep ini bukan sahaja terdapat dalam agama Islam tetapi juga semua agama sebagai contoh konsep Yin Yang. So dalam hal antara matrikulasi dan juga diploma, dapat disimpulkan kedua-dua nya ada baik dan ade buruk bergantung kepada cita-cita atau kerjaya yang korang ingin ceburi.

Matrikulasi, merupakan institut yang boleh dianggap sebagai batu loncatan. Ini kerana, tempoh pengajian di matrikulasi hanya la 1 tahun (2 tahun pun dh ade sekarang klu x silap aku) dapat menjimatkan masa tempoh pengajian. Selain itu, lepasan matrikulasi mempunyai kouta yang ditinggi untuk ditawarkan bagi program ijazah sarjana muda di IPTA seluruh negara. Memudahkan mereka untuk mengikuti kursus yang berkaitan kerjaya yang diidamkan di IPTA.

Namun begitu, matrikulasi hanya menyediakan bidang sains (fizikal & hayat) dan juga perakaunan. So hanya pelajar2 yg bercita2 untuk menjadi doktor, engineer dan juga yang berkaitan akaun dapat menikmati kelebihan matrikulasi ini sebagai batu loncatan ke IPTA. Selain itu, tempoh mase yang pengajian yang singkat ini juga, menyebabkan ramai pelajar tidak dapat catch up terhadap subjek2 yang diambil, justeru itu ramai yang kecundang seperti yang tertulis dalam Harian Metro. Satu lagi, sijil matrikulasi tidak laku untuk sebarang kerjaya.

Bagi pengajian di peringkat diploma plak, berbanding dengan matrikulasi, 3 tahun diperlukan bagi seseorang sebelum mendapat sijil diploma. Tempoh masa yang agak panjang. Lepasan diploma jugak dikatakan sukar untuk mendapat tempat di IPTA dalam bidang kritikal seperti, doktor dan engineer. So bagi mereka yang ingin menjadi doktor, elakkan daripada mengambil sijil diploma.

Kebaikan diploma yang paling penting adalah, sijil diploma laku untuk untuk sebarang kerjaya berbanding sijil matrikulasi. Selain itu, diploma menawarkan pelbagai jenis kursus, seperti perhotelan, IT, dan berbagai lagi yang tidak terdapat di matrikulasi. So sekiranya korang nk jadi designer amik la diploma jangan ngade2 nk masuk matrikulasi.

So sekali lagi nk simpulkan, antara matrikulasi dan diploma semua nya bergantung kepada cita-cita korang and kesungguhan korang nk belajar dan berjaya. Tidak ada jalan mudah dalam kehidupan. Ini pendapat aku. Korang plak cmne??



Read more...

Tuesday, June 08, 2010

My Water Moments!!! Sony TX5

25 comments

Salam sume. So arini aku tergerak untuk join Contest My Water Moments with Sony TX5 yang dianjurkan oleh tidak lain dan tidak bukan NUFFNANG. Contest ini bermula pada 7 June sehingga 4 July 2010 sebab itu kalau korang perasan, di kebanyakan blog aku keluar iklan Sony dengan gambar seorang awek tengah berenang memenag kamera kan. So iklan 2, sedang mempromote pasal contest ni la. So, jom bace entri aku untuk contest tersebut.



Ketiga-tiga gambar ni diambil sewaktu aku semester 3. Time 2 kitorg ni memang gemar gi jalan2 lagi kalau gi sungai mandi2. Gambar ni kitorg amik time kitorang kt Sungai Kelah Resort. Sungai Kelah ni adalah sebuah resort kolam air panas yang popular dikalangan budak2 UPSI. Setiap orang mesti amik kesempatan nak merasa mandi kolam air panas kt sni.


So dh sampai situ kitorang ape lagi terus la mandi. Tengah2 mandi masing2 sibuk sruh amik gambar la, itulah. So terpaksa la salah seorang daripada kitorang keluar dari kolam 2 duk kat tepi amik gambar kitorang. Kesian kt die. Kalau la ade Sony TX5 ‘World’s Slimmest Water-proof Camera’ yang kalis air time 2, mesti best. Boleh bawak mandi sekali kamera 2. Boleh kitorang amik gambar time tengah mandi. Selain kalis air, Sony TX5 jugak shock-proof, temperature-proof and dust-proof. So time tengah suka2 2 mesti la tangan xleh nk kawal bagi steady je.


Kalau la ade Sony TX5 10.2 mega pixel T series 4x optical zoom cybershot digital camera ni, aku dh sruh member aku amik gambar aku menyelam dalam air 2. Tapi xnak macam dalam gambar 2. Nak kamera 2 sekali kt dalam air. Baru nampak real. Ni tak, muke aku pun xberapa nak jelas. Sony TX5 ni jugak ade BIONZ image processor kualiti gambar aku tengah menyelam sambil buka mata 2 mesti lebih jelas.

Kesimpulanya, alangkah bestnye kalau ade Sony TX5 masa 2. Sony TX5 dengan spesifikasi Water-proof (up to 3 meters), Handheld Twilight, Intelligent Sweep Panorama, “Exmor R” CMOS Sensor, BIONZ Image Processor dan 25mm wide angle Carl Zeiss® Vario-Tessar lens sememangnya satu kamera digital yang sangat hebat dan my water moments akan lebih hebat sekiranya Sony TX5 ada bersama.




Read more...

Surat untuk Shahir!!!

0 comments


Salam sume. Sedikit update untuk arini. Tengah ari tadi, terdengar bunyi moto posmen. So dengan pantas aku berlari keluar. Tengok2 kt pagar ade 1 sampul surat warna putih terselit kt pagar(nk msuk box xmuat). So aku amik la, n tengok nama aku. Pas2 tengok plak cop kt setem 2. Menumbok, Sabah. Patut la, upe2nye surat aku 2 die naek flight 2 yg lmbt sampai. Masuk bilik je, aku trus buka surat 2 sebab nak tau ape ade kt dalam 2.

Rupe2nye hadiah contest aku dah sampai. Sebelum ni aku ade join CONTEST REVIEW BLOG ZONBEBAS yg dianjurkan oleh ZonBebas.com dengan kerjasama ZonArtis.com dan Azizwan.com. Alhamdulillah aku berjaya mendapat tempat kelima dengan entri aku : ZON BEBAS : BUKAN TEMPAT UNTUK PERGAULAN BEBAS dan berjaya memenangi sehelai T-shirt ditaja oleh ZonArtis dan RM10 taja Azizwan. So sekali lagi nk ucapkan banyak terima kasih kepada pihak2 yang mengadakan contest tersebut.




Read more...

Sunday, June 06, 2010

WANTED BY FBI!!!!!

0 comments
Salam sume. Arini aku dapat berita bahawa tiga orang penjenayah paling bahaya didunia terlepas dari penjara di selatan america. FBI melaporkan ketiga-tiga penjenayah tersebut kini mungkin sedang bersembunyi di negara-negara Asia kerana dikatakan lebih selamat. FBI turut mengeluarkan gambar ketiga-tiga orang banduan supaya orang awam dapat mengesan mereka dan melaporkan kelibat mereka kepada pihak2 berkuasa tempatan atau pun FBI sendri.


So, ini lah gambar entri untuk KONTEST NAK MENANG BLACKBERRY yang dianjurkan oleh Toh Tuan Tanah yang berlangsung dari 10 May 2010 hingga 10 june 2010. Sebanyak 3 buah blackberry boleh dimenangi melalui 3 kategori. So sape rase handphone die dah rosak macam aku nye nokia 5200 boleh la join kontest ni.


Syarat-syarat kontest
  1. 3 gambar
  2. Melakonkan watak Abe, TTT, dan diri sendiri. Siapa TTT & Abe? Korang leh tengok atas menubar blog porttuantanah ek..
  3. Posing sebagai Abe dan pegang kertas bertulis atau print www [dot]
  4. Posing sebagai TTT pegang porttuantanah
  5. Posing sebagai diri sendiri pegang [dot] com
  6. Sambungkan ketiga-tiga gambar memanjang, atau melintang. Boleh juga edit guna satu background.
  7. So hasilnya macam pegang www [dot] porttuantanah [dot] com.
  8. Buat satu entry khas untuk kontest ini dalam blog korang, sertakan gambar dan jangan lupa backlink ke blog porttuantanah.com.
  9. Letakkan URL link kontest anda di ruangan komen entry ini.
  10. Jadi follower porttuantanah.com.
  11. Letakkan banner porttuantanah.com di sidebar blog anda sepanjang kontest berlangsung. Anda boleh copy code banner blog ni..
Sebarang maklumat boleh didapati di blog Toh Tuan Tanah tau pun terus ke permalink KONTEST NAK MENANG BLACKBERRY. Cepat!!!Masa semakin suntuk.



Read more...

Friday, June 04, 2010

URL Expands!!!

0 comments
Salam sume. So, arini aku nk kongsi 1 bende baru bagi aku yang aku jumpe semalam. MAybe ramai yang dh tau. Aku ni suke jgk duk chat kt twitter. Dengan twitter ni, aku dpt kenal ramai kawan baru. So bile duk men twitter ni ttbe ade org tweet link yang mcm ni http://bit.ly/9hGIXt. Mesti ade org2 yang mempunyai sifat curiosity yang tinggi macam aku ni yang nk tau ape ade kt c2 lalu menklik link tersebut. Jom klik yang ni plak http://bit.ly/9FVdS

So 1st skali aku nk tnye, sape klik kedua2 link 2. Angkat tangan!!! Sape yang klik 2 aku mintak maaf banyak2 sebab kenakan korang. HAHAHAHA!! So sebagai pengajaran kt sni aku nk kongsi ngn korang 1 web URL Expand yang boleh membantu anda menjauhi perkara2 seperti tersebut. Kalu biase orang nk bagi pendek link, tapi web ini terbalik. Die bagi panjang balik link tersebut. Dengan web ini juga anda boleh melihat ape yang ade disebalik link tersebut.

Untuk menggunakan web bende ini just pergi ke LongURL dan masukkan link anda dalam ruang yang disediakan. Kemudiam klik Expand. Selepas itu maklumat mengenai link tersebut akan terpapar. Sila lihat gambar dibawah bagaimana web tersebut berfungsi. Aplikasi ini juga didatangkan dengan Firefox extension iaitu Long URL mobile expander.

|
|
|
|



So kesimpulannya, ade tidak lagi perlu berasa ragu2 untuk membuka link2 yang diberi oleh rakan2 anda dan dapat mengelakkan diri dari perkara yang terjadi kepada @sukasup.

jom tengok ape ade kt sni http://bit.ly/9zKMaG



Read more...

Thursday, June 03, 2010

Kau Pergi......................

0 comments
Salam sume. Aku tengah xde idea nk update blog beberapa hari ini. So aku sajikan korang dengan sebuah cerpen hasil nukilan salah seorang pelajar aku semasa di SAMPJ. Cerpen ni mula2 xde tajuk, sebab die pun xtau nk bagi tajuk ape. So, selepas die bace dan diamati aku bagi la idea kt die. Last skali dapat la tjuk "Kau Pergi.......". Di akhir entri ni aku hidangkan sekali pencuci mulut die video clip lagu Pergi oleh Aizat. So lets read and enjoy and tears if u want.

------------------------------------------------------------------------------------
Masih segar dalam ingatanku saat Najwa menjatuhkan cakera padat kesayanganku. Terbelah dua dibuatnya. Aku terlalu marah walaupun aku tahu dia tidak sengaja. Berkali-kali Najwa meminta maaf dan sebanyak itu jugalah aku menengking dan memarahinya. Sakit hatiku bukan kepalang. Dia berlalu dengan titisan air mata berjuraian di pipi gebunya. Disaat itu, nilai persahabatan sudah tidak wujud di sanubariku.

Semenjak itu, kami mula bermusuhan. Kalau bertembung pun aku tidak akan mempedulikanya, apatah lagi mahu senyum padanya. Teringin pun tidak.

Sudah seminggu Najwa tidak hadir ke sekolah. Perasaan rindu mengetuk pintu hatiku kadang-kadang aku sendiri keliru, adakah aku rindu akannya? Ya, aku mula rindu kemesraan persahabatan kami. Aku rindu akan senyuman, gelak tawa dan butir bicaranya.

Hatiku jadi tidak keruan. Inginku bertanya pada rakan kelasnya mengapakah dia menghilang, tapi takut di sindir. “Sahabat aku ke?” Heh! Buat malu je. Hampir semua orang tahu akan permusuhan kami, namun mereka tidak tahu apakah puncanya kecuali aku dan Najwa.

*****************

Tiba-tiba mataku menangkap kelibat Najwa di luar jendela. Dia memandangku dengan sayu. Aku berlari sambil memanggil namanya. Kelihatan air matanya membasahi pipi. “Maafkan Ina”, luahku bersungguh-sungguh. Najwa menggeleng dan menyambung “Tidak Ina, mungkin dulu boleh tetapi sekarang sudah terlambat. Kita telah dipisahkan antara dua alam. Dunia kita berbeza Ina”. Air mataku semakin deras. “Najwa! Jangan tinggalkan Ina. Ina minta maaf”.

“INA!”ada suara memanggilku. Dengan berat aku membuka mata. Tubuhku berpeluh kedinginan. Aku mengulangi membaca pesanan ringkas yang diterima, kepalaku terasa berat, kakiku terasa lemah dan tidak bermaya. Air mataku berguguran tidak tertahan lagi. Ibu turut menangis seakan tahu perasaan yang menghantuiku. Senyuman Najwa mula terbayang-bayang, tawanya terngiang-ngiang seakan masih bersamaku.

Najwa…..mengapa kau pergi meninggalkan aku kesorangan terkapai-kapai sendirian…Maafkan aku. Aku tidak menyangka keegoanku akan menamatkan persahabatan kita buat selamanya. Kejamnya aku membiarkan kau menderita sendirian. Mengapa kau tidak pernah memberi tahuku tentang penyakit barah otak yang kau hidapi? Aku menyesal Najwa. Aku terkilan kerana tidak dapat melihatmu dan memohon kemaafan daripadamu buat kali terakhir.

Kini, aku hanya mampu mendoakan kesejahteraanmu di alam barzakh dan semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohmu. Dan semoga persahabatan kita akan kekal sehingga ke akhir hayat walaupun engkau telah pergi buat selamanya……..AMIN.





Read more...