Sila la click jika ade.....

Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

Twitter @EhYeke Penuh Informasi

0 comments

Salam sume. Lame jugak xberupdate blog aku yang dah bersawang ni. Hal ini berlaku disebabkan kekurangan idea untuk menulis entri. Kekadang idea 2 ade, cuma xdapat nak dikembangkan. Xpun, kekadang xreti macam mane nak start, pastu terus xjadi buat. Macam la entri ni jugak, rase nye dah dekat 2 minggu aku peram dalam draft ni.

So, berbalik kepada topik. Disini, aku juz nk kongsi kan kepada follower2 blog aku, or sape2 yang tetibe terbaca blog aku ni, mengenai satu akaun twitter. Sape2 yang blum ade akaun twitter boleh la mendaftar akaun twitter sekarang kerana, ahli2 politik sekarang pun dah gunakan medium twitter ini utk bergaduh.

Twitter @EhYeke merupakan satu akaun twitter yang dijaga oleh beberapa orang user yang digunakan untuk menyampaikan informasi2, fakta2, isu2 semasa dalam dan luar negara dan berita-berita terkini. Selain itu, @EhYeke jugak turut menyampaikan ayat-ayat motivasi dan ayat-ayat cinta untuk dikongsikan bersama kepada semua follower nya.

So kepada sesiapa yang mempunyai twitter, tp blum meng"follow" @EhYeke cepat2 folo kerana banyak informasi yang kekadang kita sendiri tidak tahu dapat diperolehi. Namun begitu, identiti penjaga @EhYeke masih lagi blum diketahui. Agak2, sape ek???

p/s: jangan lupe follow twitter aku jugak.


"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"



Read more...

Wednesday, December 15, 2010

Domain Giveaway dari Yanmieonline.com dan Ihosterz.com

0 comments

Salam sume. Hari ni baru berkesempatan menulis entry giveaway ni. Ini kerana, aku terlalu sibuk, menguruskan kemasukan pengajian master aku dan mengecat dan persiapan bilik pengantin. OPPPSss. Bukan aku yang nak kahwin, tapi akak aku yang nak kahwin.

Giveaway yang berlangsung dari 24 November 2010 hingga 20 Disember 2010 ini menawarkan 5 domain yang dianjurkan oleh Yanmieonline.com dan ditaja oleh Ihosterz.com dan Cikmin.com. 3 domain 3 pemenang yang akan dipilih secara random menggunakan Random.org dan 2 domain serta RM20 setaip sorang untuk 2 pemenang lagi berdasarkan pilihan puan penganjur melalui kekreatifan entry.

Aku cuma mengharapkan, random.org memilih no aku kerana, aku sedar aku nye entri ni xkreatif sebab aku tidak berjiwa sastera yang dapat mencoretkan kata-kata indah untuk santapan pengunjung sekalian. Aku mengharapkan aku dapat menang giveaway ini, supaya aku dapat renovate blog aku, seperti mana aku renovate bilik pengantin akak aku.



So kepada sesiapa yang ingin mencuba nasib, boleh baca dengan lanjut mengenai "Domain Giveaway dari Yanmieonline.com dan Ihosterz.com". Sangat mudah. Dan tidak dilupakan Domain GiveAway Yanmieonline.com ini di taja bersama Ihosterz.com dan Cikmin.com.


"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"



Read more...

Wednesday, December 08, 2010

Tips - Multiple Links In 1 Link.

0 comments

Salam sume. Kali ni aku nak kongsi kan lagi satu tips yang agak menarik buat korang sume. Sebelum ni aku pernah kongsikan bagaimana nak tengok link sebenar bagi link2 yang dah dipendekkan menggunakan URL Expands. Kali ni aku nak kongsikan bagaimana nk memasukkan banyak link ke dalam 1 links menggunakan salah satu dari dua web ini.

Kepada yang follow twitter aku, korang mesti perasan aku slalu kongsikan link dari 1link.in dan juga linkbun.ch. Kedua-dua web ini memudahkan anda untuk memasukkan banyak link kedalam satu link untuk dikongsikan dengan rakan2 anda.

Sebagai contoh, anda ingin berkongsi kan kepada rakan anda senarai2 blogger2 hebat pilihan anda. So anda tidak perlu memberi kesemua link kepada mereka. Cukup sekadar memberi 1 link yang mempunyai kesemua link2 blogger2 tersebut. Sebagai contoh, tengok gambar.


Masukkan kesemua link di dalam kotak tersebut. Setiap link mestilah diletak kan dalam 1 baris(1 link per line). So ini bermakna, masuukkan 1 link, kemudian enter, dan masukkan link kedua dan enter dan seterusnya. Selepas itu, click button 1Link untuk mendapatkan link anda. Dan link gabungan anda akan terhasil. Anda boleh click link http://1link.in/edncm ini untuk melihat hasilnya. Untuk membuka semua link anda hanya perlu menekan button Open yang ada.


Kemudahan ini juga, boleh digunakan bagi mereka yang mempunyai bloglist untuk blogwalking yang panjang. Perkara tersebut akan memenatkan anda untuk membuka setiap link setiap kali anda ingin berblogwalking. Dengan ade nya 1Link.in atau Linkbun.ch ini hanya perlu membuka 1 link dan click open untuk membuka semua link2 yang disimpan.

p/s: kalau nk kongsi iklan2 pun senang guna cara ni.

"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"



Read more...

Sunday, August 22, 2010

Hidup Seorang Blogger

0 comments

Salam sume. Sori kerana aku agak menyepi dalam seminggu ni. Ini kerana, mood aku dan konsentrasi aku untuk berblogging sedikit terganggu dengan masalah dalaman aku sendiri. So entri kali ni dibuat dengan sedikit gopoh kerana ingin menyahut cabaran contest HIDUP SEORANG BLOGGER dari DENAIHATI.COM. Walaupun aku tau, peluang aku untuk menang contest ni agak tipis kerana aku tidak la hebat mane untuk bermain SEO. Tapi, bila diri digelar sebagai blogger sememangnya aku tidak akan melepaskan peluang ini untuk mengasah bakat dan menimba pengalaman dari contest2 yang seperti ini.

So, entri wajib aku untuk kali ini, aku kredit kan kepada saudara X-po, sahabat aku yang mendorong aku untuk menceburi dunia blogging ini. Banyak perkara yang belajar daripada beliau dari mula sebelum aku menceburi bidang ini. Hidup sebilik dalam sebuah rumah sewa yang agak tunggang terbalik sedikit merupakan sedikit kelebihan kepada aku untuk belajar berblogging daripada beliau. Even sebelum aku start build my own blog, aku ade la jugak sedikit sebanyak membantu beliau dari awal X-poshop hingga sekarang dengan domain mohdhafizuddin.com.

Dari situ aku banyak belajar dan secara rasmi pada bulan 8/2009 aku melancarkan blog aku sendiri. Namum pada ketika itu, aku masih lagi belum berapa aktif kerana, masih terlalu baru tanpa sebarang produk/idea yang special untuk dipromosi. Namun begitu, aku tetap belajar dan berkecimpung denga meluahkan ape yang ade dalam pemikiran aku, dan sebab itu blog ni bertajuk TheWayIThink dan bukan bersifat personal yang lebih kearah seperti diari.

Kini sudah 1 tahun aku dalam dunia ini, sememangnya banyak aku dapat apabila hidup sebagai seorang blogger ini. Ini kerana, hidup sebagai seorang blogger ini, anda dapat membaca berita terkini tanpa membaca surat khabar kerana, hampir setiap berita yang keluar di surat khabar akan diceritakan didalam blog2 yang ade. Disamping itu, aku dapat mengenali lebih ramai kawan walaupun kebanyakan daripada mereka aku belum pernah bersua muka seperti saudara Azizan, Zul yang banyak tunjuk ajar mencari duit dengan twitter dan rakan2 yang laen.

So, aku rase sampai disini dulu, entri aku untuk kali ni. Selebihnya aku akan coretkan dalam entri wajib kedua. Nway aku harap, blogger2 sekalian dapat menerima aku dalam dunia ini.


"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"


Read more...

Saturday, August 14, 2010

LUCKY NUMBER 11311, 11511 & 11711 !!!!

0 comments

Salam sume. 1st skali aku nk ucapkan terima kasih kepada sume yang menjaya LUCKY NUMBER kt blog aku ni. Aku juga ingin meminta maaf kepada sume diatas kecuaian aku sehingga berlaku nye sedikit masalah teknikal (silap email) yang membuatkan ramai orang marah kepada aku. Namum begitu, sebagai balasan aku akan up tiga lagi number iaitu, 11311, 11511 dan 11711.


Rules dan hadiah masih sama, topup RM5 untuk setiap nombor. Korang just perlu print skrin no tersebut, dan email kn kepada aku, di alamat lantun88@gmail.com (kali ni betul) dengan tajuk LUCKY NUMBER 11311, LUCKY NUMBER 11511 atau LUCKY NUMBER 11711. Email pertama yg diterima akan dianggap sebagai pemenang.




So untuk pemenang LUCKY NUMBER 11111 adalah CikAmoi. berdasarkan email pertama yang berjaya diterima walaupun berlaku masalah teknikal mengalahkan Ira Shaz dan Eina Malina. So sedikit review mengenai blog CIkAmoi, RojakStory.


Blog yang simple, dengan header yang cukup menarik dan membuatkan terliur ketika aku tulis entri ni. Time2 puasa ni nampak pulak lollipop warne-warni. Same dengan title blog ini, entri2 dalam blog ini dari pelbagai kategori. Ape yang menarik, blog ni turut memuatkan review filem2 terbaru kerana CIkAmoi seorang yang minat menonton wayang dan juga mendonlod filem2 terbaru. So kepada sape2 yang xde idea nk donlod cite ape, bleh tgk review kt blog CIkAmoi.






Read more...

Thursday, August 05, 2010

1 Year Giveaway - Lucky Number

0 comments
Salam sume. Sori sebab selama seminggu aku menyepi tanpa sebarang update dan juga seminggu aku bercuti dari berblogwalking. Hal ini kerana, aku agak runsing di samping agak serabut memikirkan mengenai interview KPM aku untuk menjadi seorang guru kepada anak bangsa 1Malaysia. First of all aku nk ucapkan terima kasih banyak2 kepada sume blogger yang selalu menyokong aku dan selalu berblogwalking ke blog aku. Untuk makluman, pada 4 Ogos 2010 (semalam) genap la 1 tahun aku dalam dunia blog ni. Oleh itu aku berbesar hati untuk memberikan korang sume sedikit giveaway.

Jika sebelum ni saudara Ezany berjaya mendapat lucky number pertama diblog ni, kali ini, aku akan memberikan 2 lagi lucky number untuk korang hit. Dua nombor tersebut adalah, no 11111 dan juga 12345. Nombor tersebut korang bleh tengok kt bahagia atas sebelah kanan blog ini. Syarat nye sangat mudah, korang xperlu follow blog aku pun xpe, tp klu nk follow aku alu2kan. Korang just perlu print skrin no tersebut, dan email kn kepada aku, di alamat lantun88@gmail.com dengan tajuk LUCKY NUMBER 11111 or LUCKY NUMBER 12345. Email pertama yg diterima akan dianggap sebagai pemenang.



Hadiah yang korang akan dapat, tidak la lumayan. Hadiah nye ialah topup RM5 untuk setiap lucky number. Klu korang dapat hits kedua-dua, korang dapat la RM10. Itu la yang aku mampu berikan kepada korang setakat ni sebagai tanda terima kasih kepada sume kerana setia mengunjungi blog aku ni. Terus setia mengunjungi blog aku kerana, apabila 1st cek aku sampai aku akan lancar kn 1 contest yang agak best.



Read more...

Monday, July 26, 2010

Teknik Penyampaian

0 comments
Salam sume. Arini aku just nk kongsi ngn korang sume cara bagaimana untuk menarik pengunjung untuk membaca entri2 di blog korang. Kalau sebelum ni aku kongsi tips untuk trafik dan blogwalking, kali ni aku nk kongsi mengenai teknik penyampaian yang dapat menarik minat pengunjung untuk membaca entri di blog anda. Aku just nk kongsi ngn korang duah buah blog yang dapat menyampaikan isi2 mereka dengan cara tersendiri dan cukup menarik.

Jika dilihat pada title blog dan juga entri2 nya, mungkin ramai akan terkejut. Blog ini banyak menulis mengenai isu semasa. Cume yang berlainan, blog ni menggunakan pendekatan yang berbeza dalam menyampaikan idea nya. Sahabat kita ini menggunakan pantun sebagai medium penulisan. Jika dilihat pada entri beliau, setiap baris pantun memberikan maksud apa yang ingin disampaikan. Malah setiap, baris pantun dapat ditulis dan dibina bersesuaian dengan struktur sebenar pantun. Sememangnya, sahabat kite ini mempunyai jiwa sastera dalam diri nya.



Blog si gadis manis ini pulak, menyampaikan idea beliau dalam bentuk gambar kartun yang cukup menarik. Kartun yang digunakan simple tetapi sangat menarik. Dialog antara dua atau lebih kartun2 nye dijadikan sketsa untuk menyampaikan idea beliau. Sememangnya penulis menggunakan kemahiran yang beliau ada untuk menarik pengunjung untuk membaca sketsa2 yang di hasilkan.



So kepada sume, jangan lupe singgah kedua2 blog diatas untuk melihat lagi cara berlainan dalam menyampaikan isi anda selain daripada menulis panjang macam aku ni. Sememangnya kelainan dalam menulis dapat menarik minat pengunjung untuk membaca. Kalau korang ade cara laen, jangan segan silu untuk mencuba.



Read more...

Saturday, July 17, 2010

Men'CAPUP' - Cara Mudah Tarik Trafik Blogwalking

0 comments

Salam sume. Hari yang indah ni, aku nak kongsi kan 1 lg tips yang berguna untuk para blogger yang suke blogwalking. Atau lebih mudah aku sebut blogwalker. Tips yang aku pasal blogwalking yang aku kongsi kan sebelum ni, mendapat sambutan ramai, so ia membuatkan aku lebih semangat untuk melakukan sedikit kajian, experimen dan juga perbincangan bersama rakan2 aku khususya saudara MohdHafizuddin dan juga saudara AzizanKadir. So kali ini aku datang ngan tips baru. Ade 1 tips yang nk aku kongsikan bersama korang arini. Nak tau ape tips nya, jom bace.

Teknik ni merupakan teknik curi trafik yang dengan cara men'CAPUP'. Hahaha. Tengok name pun mesti korang dh tau teknik macam mane ni. Capup adalah singkatan untuk cari publisiti. Seperti teknik sebelum ni, 1st of all yang korang perlu buat ialah mencari seorang mangsa. Sama seperti sebelum ini juga, mangsa mestila seorang blogger yang mempunyai trafik yang lancar di blog nye pada ketika itu. Trafik itu mesti la bleh dilihat pada kekerapan pengunjung meninggalkan jejak di shoutbox blog nya.

Untuk teknik kali ini, korang hanya perlu mencapup di shoutmix mangsa tersebut. Macam mane nk mencapup? Cara yang paling senang adalah dengan mengajak mangsa berborak menggunakan shoutmix nya. Dengan cara ini, apabila anda meninggalkan jejak diblog mangsa, para blogwalker aku pergi ke blog anda kerana mereka tau anda sedang online. So secara tidak langsung, blog anda dapat menarik sejumlah trafik yang masuk ke blog mangsa. Apa yang beza dari teknik sebelum ni, anda tidak perlu pergi ke blog2 laen, diorg dengan sendri akan datan ke blog anda.

Sebagai bukti, jika anda perasan di shoutmix blog ini, anda akan nampak sesorang tgh mencapup kt c2. Kerana die tau saya sedang blogwalking and tau banyak trafik akan masuk kt blog saya ini. So die mencapup kat c2 dan ajak saya berborak. Korang tau x sape? Kalau tau bagus la, kalau xtau xpe la. Hehe.

Namun begitu, dalam teknik ini, anda tidak digalakkan tidak melakukan SPAM di blog mangsa. Selain itu, anda juga digalakan untuk membalas kembali kunjungan blogger2 kemudian nya. Jangan xbalas kunjungan 2, x elok. So itu je aku nk kongsi kali ni. Kalau ade yang x paham or salah, do comment in this post.

p/s: jom teka sape tengah mencapup kt blog ni.


Read more...

Friday, July 09, 2010

You Are Currently Banned!!!!Innit..

0 comments

Salam sume. Pagi tadi selesai sudah sesi interview aku untuk jawatan pembantu perangkaan untuk Jabatan Perangkaan. Disebabkan nak g interview, aku bangun awl arini. Hahaha..Dah lame x bgun awl. Interview td agak ok sebab xbanyak soalan yang ditanye as i expect. Juz a short session. But i think i got the chance because x ramai yang datang pun pagi td. Hope dapat la keje part time 2. Balik dari interview, of cos la bukak laptop sebab xleh nk tdo lg.

Time tgh online 2, terdetik hati utk try login acc INNIT aku. Sebab sblum ni aku kne banned dari innit. Sebabnye, aku suke SPAM kt tempat chat 2. So terima padahnye. Kepada sume, patuhi la peraturan yang ade kt mane2 site pun sekiranya site itu berguna untuk anda. Aku dah insaf xnk SPAM kt chatbox 2 lagi.


Bagi aku, innit ni satu site yang berguna. Ini kerana, orang yang berdaftar dengan NUFFNANG je bleh wat acc innit. So, kalau korang post psal entri korang kt innit 2, kebarangkalian untuk nuffnanger melawat blog anda adalah tinggi, berbanding dengan site2 lain seperti gengblogger. So, bile nuffnanger datang blog korang, diorg tau ape perlu dibuat. Ini tidak bermaksud bahawa aku mengatakan gengblogger itu tidak bagus. So site ade kelebihan masing2.

So, lepas ni, dapat la aku post pasal entri kt kt Innit lagi setelah hampir 1 bulan kot aku kne banned. Hahaha. Gelakkan diri sendri. Kepada Innit, im sorry, xbuat lagi dah lepas ni.



Read more...

Friday, July 02, 2010

Curi Trafik - Cara Mudah Blogwalking!!!

0 comments
Salam sume. Entri kali ni, aku just nk kongsi ngn korang salah satu cara mudah macam mane nk blogwalking. Ramai yang cakap, blogwalking ni agak memenatkan, sebab kite bukak blog orang lain daripada blog orang laen. Dari 1 blog ke 1 blog yang lain kite bukak sampai kekadang 1 blog tue 2, 3 kali kite g sebab dah xingat sangat. Kalau nk wat list, maybe xramai blogger yang ade dalam list kite on9 time 2. Ade yang seminggu sekali online tetapi ade dalam list. So, merugikan kepada kite, sebab, kite g blog die setiap hari, tapi die g blog kite bile time die online sekali je dalam seminggu.


Selalu bile nk blogwalking ni, aku lebih ske untuk melawat blog2 yang tuan nya sedang online so bile kite g blog die, serta merta die akan balas kunjungan ke blog kite melainkan aku follow blog tersebut sebab mempunyai maklumat yang berguna dan juga sesuatu yang menarik perhatian aku. Selain daripada 2, aku akan baca apabila aku melakukan aktvt blogwalking(aku bace blog korang sume juz kkdg aku xcomment je). So kat sni aku nk kongsi cara mudah blogwalking iaitu dengan cara CURI TRAFIK. Macam mane? Jom Bace.

Curi Trafik ni still memerlukan korang untuk blogwalking and tidak menyalahi peraturan2 NUFFNANG. Ini kerana, curi trafik ini sah walaupun name nye mencuri. Curi trafik sangat mudah. korang just tunggu kemudian curi. Itu sahaja. Ape yang perlu dilakukan adalah memilih sasaran untuk korang curi trafik daripada nye.

Sasaran juga perlu dipilih dengan betul. Kalau ko pilih sasaran yang xde trafik, xde gunanye. Sasaran mesti seorang blogger yang rajin blogwalking dan mempunyai shoutmix/cbox. Dan blog die juga selalu dikunjungi para blogwalker yang selalu meninggalkan jejak. Sasaran yang senang ialah orang yang atas sekali dlm shoutmix/cbox korang dan yang terkini tidak lewat dari 5 mnt. Ini menunjukkan, blogger tersebut tgh online dan sedang aktif menjalankan blogwalking ke blog2 laen.

Justeru itu, ramai blogger akan melawat blog sasaran anda tersebut. So korang just tggu kt shoutmix/cbox diorg untuk trafik2 dan jalankan blogwalking korang. Tapi ingat, konsep ini masih lagi memerlukan korang untuk menjalankan blogwalking. Cume list online blogger korang utk blogwalking 2 ade kt blog sasaran korang. Aku dah try td ku 3 lbih dgn mencuri trafik dari bro REMEDY. Die datang blog aku time die blogwalking, so aku tau mesti banyak trafik akan masuk blog die pas2. So aku just tunggu kt blog die. Hasilnye tgk la gmbr kt bwh ni.



Read more...

Tuesday, June 22, 2010

Cabaran : Copy & Menang !!!

0 comments

Nak MP3 Player tak?

Apa yang anda perlu lakukan ialah, post ayat di bawah ke dalam blog anda. Itu sahaja.

Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja untuk memenangi TIGA buah MP3 Player
Untuk maklumat lanjut, layari www.rkurl.com/117hw
Penaja utama : Raja Kamil, www.akuseorangblogger.com

Pastikan anda copy semua ayat di atas, jangan satu pun tertinggal atau penyertaan anda akan ditolak. Setelah anda copy ayat di atas ke dalam blog anda.

Tarikh tutup penyertaan :

31 Julai 2010

Maklumat Hadiah

MP3 Player ini sangat funky.
Berkapasiti 2 GB
Amat ringan.
Comel.

Untuk maklumat lanjut layari www.rkurl.com/117hw





Read more...

Tuesday, June 08, 2010

My Water Moments!!! Sony TX5

25 comments

Salam sume. So arini aku tergerak untuk join Contest My Water Moments with Sony TX5 yang dianjurkan oleh tidak lain dan tidak bukan NUFFNANG. Contest ini bermula pada 7 June sehingga 4 July 2010 sebab itu kalau korang perasan, di kebanyakan blog aku keluar iklan Sony dengan gambar seorang awek tengah berenang memenag kamera kan. So iklan 2, sedang mempromote pasal contest ni la. So, jom bace entri aku untuk contest tersebut.



Ketiga-tiga gambar ni diambil sewaktu aku semester 3. Time 2 kitorg ni memang gemar gi jalan2 lagi kalau gi sungai mandi2. Gambar ni kitorg amik time kitorang kt Sungai Kelah Resort. Sungai Kelah ni adalah sebuah resort kolam air panas yang popular dikalangan budak2 UPSI. Setiap orang mesti amik kesempatan nak merasa mandi kolam air panas kt sni.


So dh sampai situ kitorang ape lagi terus la mandi. Tengah2 mandi masing2 sibuk sruh amik gambar la, itulah. So terpaksa la salah seorang daripada kitorang keluar dari kolam 2 duk kat tepi amik gambar kitorang. Kesian kt die. Kalau la ade Sony TX5 ‘World’s Slimmest Water-proof Camera’ yang kalis air time 2, mesti best. Boleh bawak mandi sekali kamera 2. Boleh kitorang amik gambar time tengah mandi. Selain kalis air, Sony TX5 jugak shock-proof, temperature-proof and dust-proof. So time tengah suka2 2 mesti la tangan xleh nk kawal bagi steady je.


Kalau la ade Sony TX5 10.2 mega pixel T series 4x optical zoom cybershot digital camera ni, aku dh sruh member aku amik gambar aku menyelam dalam air 2. Tapi xnak macam dalam gambar 2. Nak kamera 2 sekali kt dalam air. Baru nampak real. Ni tak, muke aku pun xberapa nak jelas. Sony TX5 ni jugak ade BIONZ image processor kualiti gambar aku tengah menyelam sambil buka mata 2 mesti lebih jelas.

Kesimpulanya, alangkah bestnye kalau ade Sony TX5 masa 2. Sony TX5 dengan spesifikasi Water-proof (up to 3 meters), Handheld Twilight, Intelligent Sweep Panorama, “Exmor R” CMOS Sensor, BIONZ Image Processor dan 25mm wide angle Carl Zeiss® Vario-Tessar lens sememangnya satu kamera digital yang sangat hebat dan my water moments akan lebih hebat sekiranya Sony TX5 ada bersama.




Read more...

Surat untuk Shahir!!!

0 comments


Salam sume. Sedikit update untuk arini. Tengah ari tadi, terdengar bunyi moto posmen. So dengan pantas aku berlari keluar. Tengok2 kt pagar ade 1 sampul surat warna putih terselit kt pagar(nk msuk box xmuat). So aku amik la, n tengok nama aku. Pas2 tengok plak cop kt setem 2. Menumbok, Sabah. Patut la, upe2nye surat aku 2 die naek flight 2 yg lmbt sampai. Masuk bilik je, aku trus buka surat 2 sebab nak tau ape ade kt dalam 2.

Rupe2nye hadiah contest aku dah sampai. Sebelum ni aku ade join CONTEST REVIEW BLOG ZONBEBAS yg dianjurkan oleh ZonBebas.com dengan kerjasama ZonArtis.com dan Azizwan.com. Alhamdulillah aku berjaya mendapat tempat kelima dengan entri aku : ZON BEBAS : BUKAN TEMPAT UNTUK PERGAULAN BEBAS dan berjaya memenangi sehelai T-shirt ditaja oleh ZonArtis dan RM10 taja Azizwan. So sekali lagi nk ucapkan banyak terima kasih kepada pihak2 yang mengadakan contest tersebut.




Read more...

Sunday, June 06, 2010

WANTED BY FBI!!!!!

0 comments
Salam sume. Arini aku dapat berita bahawa tiga orang penjenayah paling bahaya didunia terlepas dari penjara di selatan america. FBI melaporkan ketiga-tiga penjenayah tersebut kini mungkin sedang bersembunyi di negara-negara Asia kerana dikatakan lebih selamat. FBI turut mengeluarkan gambar ketiga-tiga orang banduan supaya orang awam dapat mengesan mereka dan melaporkan kelibat mereka kepada pihak2 berkuasa tempatan atau pun FBI sendri.


So, ini lah gambar entri untuk KONTEST NAK MENANG BLACKBERRY yang dianjurkan oleh Toh Tuan Tanah yang berlangsung dari 10 May 2010 hingga 10 june 2010. Sebanyak 3 buah blackberry boleh dimenangi melalui 3 kategori. So sape rase handphone die dah rosak macam aku nye nokia 5200 boleh la join kontest ni.


Syarat-syarat kontest
  1. 3 gambar
  2. Melakonkan watak Abe, TTT, dan diri sendiri. Siapa TTT & Abe? Korang leh tengok atas menubar blog porttuantanah ek..
  3. Posing sebagai Abe dan pegang kertas bertulis atau print www [dot]
  4. Posing sebagai TTT pegang porttuantanah
  5. Posing sebagai diri sendiri pegang [dot] com
  6. Sambungkan ketiga-tiga gambar memanjang, atau melintang. Boleh juga edit guna satu background.
  7. So hasilnya macam pegang www [dot] porttuantanah [dot] com.
  8. Buat satu entry khas untuk kontest ini dalam blog korang, sertakan gambar dan jangan lupa backlink ke blog porttuantanah.com.
  9. Letakkan URL link kontest anda di ruangan komen entry ini.
  10. Jadi follower porttuantanah.com.
  11. Letakkan banner porttuantanah.com di sidebar blog anda sepanjang kontest berlangsung. Anda boleh copy code banner blog ni..
Sebarang maklumat boleh didapati di blog Toh Tuan Tanah tau pun terus ke permalink KONTEST NAK MENANG BLACKBERRY. Cepat!!!Masa semakin suntuk.



Read more...

Sunday, May 16, 2010

My Last Post!!!!Goodbye Every1!!!

0 comments

SAlam siber untuk semua blogger yang aku kenali. Fisrt of all, aku nk ucapkan banyak2 sori kepada pengikut2 setia blog aku yg x seberapa ini kerana tidak dapat menjamukan korang dengan entri2 terbaru untuk 2,3 minggu kebelakangan ini. Hal ini berlaku, sebab, connection internet kt sekolah aku menghadapi sedikit masalah. Di tambah pula dengan kerja2 untuk menyiapkan kertas soklan peperiksaan mid year pelajar2 aku. So, oleh yang demikian, aku memutuskan untuk menulis entri terakhir aku disini..

OPPSSS!!! JAngan salah anggap, aku blum lagi nk stop blogging. Di sini yang aku maksudkan adalah di bumi sungai buloh ni. Ni kerana, secara rasminya, khidmat aku sebagai guru praktikal di Sekolah Agama Menengah Paya Jaras telah berakhir pada 14 Mei 2010 yang lalu dan mulai esok, aku akan pulang kembali ke kampung halaman aku di Muar, Johor.

Sepanjang aku berada kt sungai buloh ni, banyak pengalaman yang diperolehi dari segi bagaimana untuk mendidik para pelajar yang datang dari pelbagai latarbelakang dan kerenah. Aku juga nk ucapkan banyak2 terima kasih kepada para guru2 SAMPJ yang banyak membantu aku sepanjang aku berada disana dan juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada sume guru2 termasuk my DAD yang juga pernah menjadi guru.

Last skali, kepada bekas anak2 didikku di SAMPJ (2 ikhlas, 4 Qanaah & 4 Redha), cikgu ucapkan kamu terus berjaya dalam pelajaran walaupun sesiapa sahaja guru yang mengajar kamu.


Read more...

Wednesday, May 12, 2010

ZON BEBAS : BUKAN TEMPAT UNTUK PERGAULAN BEBAS

0 comments

Pernah dengar pasal blog Zon Bebas? Bukan zon bebas cukai ye macam Rantau Panjang tu atau tempat2 yang membenarkan kita untuk bergaul bebas, tapi ini adalah tentang blog yang dah lama bertapak di arena blog tanah air. Alkisahnya begini, bos Zon Bebas tu tengah kaya raya sekarang, jadi berfikirlah dia untuk berkongsi kekayaannya itu bersama kita semua. Hoho. Itulah orang yang kita mahukan. Tak lokek rezeki.

Ok, straight to the point. Apa yang aku nak cakap ni adalah sejujurnya dari hati aku. Bukan nak hipokrit. Mesti akan ada orang cakap, 'ala, mentang2 ada contest, mesti akan baik punya puji, baik punya kata2'. Oh no, im not a person like that ok. Kalau benda betul, aku cakap betul, kalau ada tak betul, aku laser je terus. No without tapis2 lagi.

Untuk pengetahuan bos Zon Bebas, aku adalah silent reader je kat blog tu. Dan sejak contest ni dianjurkan, baru aku tahu yang bos Zon Bebas ni rupanya adalah pemilik sebenar blog Azizwan.com dan juga Zonartis.com. Bapak terkejut aku, rupanya memang dia adalah seorang bloggger tegar.

Aku selesa kat blog tu. Sebab apa? Sebab aku ni ada prob sikit dengan sistem penglihatan aku. Background putih memang awesome. Aku paling alergi dengan blog yang berbackground hitam. Adui, mesti berpinau mata aku ni dibuatnya. Mulalah muncul bintang2 berkelipan kalau tengok background hitam. And one more thing, aku ni jenis yang suka tengok gambar2 pelik atau ngeri. Sebab gambar2 camtu memang susah untuk diperolehi. Apatah lagi untuk lihat sendiri depan mata. Ye dak?

Kalau nak cakap pasal kekurangan blog itu, aku tak leh nak hukum atau kutuk suka2 hati je. Itu hak blogger itu masing2. Hak citarasa masing2. Lain orang, lain negeri, betul tak? Apa yang watkan aku kurang selesa dengan bos zon bebas ialah, aku kerap kali tengok dia macam merendah diri je. Konon2nya dia adalah blogger biasa je. Bro, kalau dah ada banyak blog tu, bukan blogger biasa lagi dah namanya. Itu otai maa.

Aku ada terbaca satu info dari sorang otai, dia cakap; untuk menaruh harapan yang tinggi dari pengunjung blog, kita tak leh nak tunjukkan kita ni lemah. Jika kita asik tunjuk yang kita ni cam lemah je, apa yang pengunjung rasa? Mesti diorang pun akan rasa cam kurang yakin je dengan kita. Kan2? So, jalan terbaik, kembang potensi diri kita di depan mata pengunjung blog kita. Boleh ye bro?

Jika kita tengok kat entry top views, memang jelas lagi bersuluh, yang setiap entry yang ada di zon bebas pasti akan mencapai hit yang amat tinggi. So what is mean? Means that, entry di zon bebas mendapat tempat di hati pengunjung2. So bro, nape perlu nak terlalu rendah diri sangat?

Sorry ye bro kalau mulut aku terlalu bau longkang, eh silap, terlalu laser..hikhik. Good luck bro. Untuk ketahui dengan lebih lanjut pasal contest ni dan hadiah2 yang bombastik, KLIK SINI.

Ditaja oleh : azizwan.com dan zonartis.com



Read more...

Tuesday, April 20, 2010

I Got Buffered!!!Part 2

0 comments

Salam sume. Hari ini, semangat aku utk berBLOG semakin membara apabila NuffNang memberikan berita yang gembira kepada aku. Aku nye buffered semakin bertambah. Klu sebelum ni dapat 3, kali ni, tambah lagi 2. So sume skali ade 5. Namun begitu, earning still xbrape banyak. Akan tetapi, sume 2 akan datang klu kite trus berusaha. Btul x??

So 2 je update aku utk kali ni. Sambil2 2 jom layan video klip lagu terbaru Bunkface - Soldier dari album Phobia Phoney yang menceritakan mengenai pahlawan2/askar2 yang disanjungi.(yea ke?)






Read more...