Salam sume. Kali ni aku nak kongsi kan lagi satu tips yang agak menarik buat korang sume. Sebelum ni aku pernah kongsikan bagaimana nak tengok link sebenar bagi link2 yang dah dipendekkan menggunakan URL Expands. Kali ni aku nak kongsikan bagaimana nk memasukkan banyak link ke dalam 1 links menggunakan salah satu dari dua web ini.
Kepada yang follow twitter aku, korang mesti perasan aku slalu kongsikan link dari 1link.in dan juga linkbun.ch. Kedua-dua web ini memudahkan anda untuk memasukkan banyak link kedalam satu link untuk dikongsikan dengan rakan2 anda.
Sebagai contoh, anda ingin berkongsi kan kepada rakan anda senarai2 blogger2 hebat pilihan anda. So anda tidak perlu memberi kesemua link kepada mereka. Cukup sekadar memberi 1 link yang mempunyai kesemua link2 blogger2 tersebut. Sebagai contoh, tengok gambar.
Masukkan kesemua link di dalam kotak tersebut. Setiap link mestilah diletak kan dalam 1 baris(1 link per line). So ini bermakna, masuukkan 1 link, kemudian enter, dan masukkan link kedua dan enter dan seterusnya. Selepas itu, click button 1Link untuk mendapatkan link anda. Dan link gabungan anda akan terhasil. Anda boleh click link http://1link.in/edncm ini untuk melihat hasilnya. Untuk membuka semua link anda hanya perlu menekan button Open yang ada.
Kemudahan ini juga, boleh digunakan bagi mereka yang mempunyai bloglist untuk blogwalking yang panjang. Perkara tersebut akan memenatkan anda untuk membuka setiap link setiap kali anda ingin berblogwalking. Dengan ade nya 1Link.in atau Linkbun.ch ini hanya perlu membuka 1 link dan click open untuk membuka semua link2 yang disimpan.
p/s: kalau nk kongsi iklan2 pun senang guna cara ni.
"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"
No comments:
Post a Comment