Sila la click jika ade.....

Showing posts with label Karya. Show all posts
Showing posts with label Karya. Show all posts

Tuesday, November 02, 2010

Jadikan Assignment Anda Sebagai Entri

0 comments
Salam sume. Penat jugak nk memikirkan entri ape nk tulis kali ni. Dah penat2 pikir aku duk layan cite Chuck season 4 jap. Pas2 dapat la idea nk tulis entri ni. Entri kali ni mungkin merupakan sedikit tips kepada sape2 yang kurang idea nk post entri macam aku ni. Maybe dapat membantu korang untuk hasilkan lebih banyak entri pada mase akan datang.

Aku dapat idea ni bile duk pikir pasal bencana alam (tsunami ngan Merapi) yang berlaku kt Indonesia. Pas2 teringat la psal subjek TSE 2013 - Sains Alam Sekitar yang aku amik mase Sem 7 kt UPSI. Dalam subjek 2, adalah belajar pasal bencana2 alam ni sume. Mule igt nk copy paste je assignment mane2 yg ade nk wat entri. Tapi xjadi, sebab assignment 2 sume copy paste je.

So, kt sni, aku juz nak bagi suggestion kt korang sume, untuk post kn assignment korang di dalam blog. Banyak kebaikannya kalau korang kongsi kn assignment2 korang 2 sume dalam blog. Selain, assignment, mungkin korang bleh la post kn pasal research korang ke. Mane tau ade orang yang berminat.

Selain boleh dijadikan backup mane la tau ttbe laptop korang kena serang virus ke, korang jugak boleh sedikit sebanyak berkongsi, ape yang korang tau dengan orang laen. Mungkin junior2 korang nnt dapat assignment yang same, bile diorg search internet untuk search information, bleh jugak sumbang traffic dari google.

Tapi make sure la, korang post assignment 2 sume, yang dh due date. Jangan la assignment yang due date die 1 bulan lg korang dah post kt blog. Silap2 ade member2 korang yang plagiat assignment korang nnt, pas2 silap2 korang plak yang dapat markah kosong. Tapi aku rase la, esok nk due date, malam ni baru korang start nk wat assignment kan.

"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"



Read more...

Monday, July 26, 2010

Teknik Penyampaian

0 comments
Salam sume. Arini aku just nk kongsi ngn korang sume cara bagaimana untuk menarik pengunjung untuk membaca entri2 di blog korang. Kalau sebelum ni aku kongsi tips untuk trafik dan blogwalking, kali ni aku nk kongsi mengenai teknik penyampaian yang dapat menarik minat pengunjung untuk membaca entri di blog anda. Aku just nk kongsi ngn korang duah buah blog yang dapat menyampaikan isi2 mereka dengan cara tersendiri dan cukup menarik.

Jika dilihat pada title blog dan juga entri2 nya, mungkin ramai akan terkejut. Blog ini banyak menulis mengenai isu semasa. Cume yang berlainan, blog ni menggunakan pendekatan yang berbeza dalam menyampaikan idea nya. Sahabat kita ini menggunakan pantun sebagai medium penulisan. Jika dilihat pada entri beliau, setiap baris pantun memberikan maksud apa yang ingin disampaikan. Malah setiap, baris pantun dapat ditulis dan dibina bersesuaian dengan struktur sebenar pantun. Sememangnya, sahabat kite ini mempunyai jiwa sastera dalam diri nya.



Blog si gadis manis ini pulak, menyampaikan idea beliau dalam bentuk gambar kartun yang cukup menarik. Kartun yang digunakan simple tetapi sangat menarik. Dialog antara dua atau lebih kartun2 nye dijadikan sketsa untuk menyampaikan idea beliau. Sememangnya penulis menggunakan kemahiran yang beliau ada untuk menarik pengunjung untuk membaca sketsa2 yang di hasilkan.



So kepada sume, jangan lupe singgah kedua2 blog diatas untuk melihat lagi cara berlainan dalam menyampaikan isi anda selain daripada menulis panjang macam aku ni. Sememangnya kelainan dalam menulis dapat menarik minat pengunjung untuk membaca. Kalau korang ade cara laen, jangan segan silu untuk mencuba.



Read more...

Thursday, June 03, 2010

Kau Pergi......................

0 comments
Salam sume. Aku tengah xde idea nk update blog beberapa hari ini. So aku sajikan korang dengan sebuah cerpen hasil nukilan salah seorang pelajar aku semasa di SAMPJ. Cerpen ni mula2 xde tajuk, sebab die pun xtau nk bagi tajuk ape. So, selepas die bace dan diamati aku bagi la idea kt die. Last skali dapat la tjuk "Kau Pergi.......". Di akhir entri ni aku hidangkan sekali pencuci mulut die video clip lagu Pergi oleh Aizat. So lets read and enjoy and tears if u want.

------------------------------------------------------------------------------------
Masih segar dalam ingatanku saat Najwa menjatuhkan cakera padat kesayanganku. Terbelah dua dibuatnya. Aku terlalu marah walaupun aku tahu dia tidak sengaja. Berkali-kali Najwa meminta maaf dan sebanyak itu jugalah aku menengking dan memarahinya. Sakit hatiku bukan kepalang. Dia berlalu dengan titisan air mata berjuraian di pipi gebunya. Disaat itu, nilai persahabatan sudah tidak wujud di sanubariku.

Semenjak itu, kami mula bermusuhan. Kalau bertembung pun aku tidak akan mempedulikanya, apatah lagi mahu senyum padanya. Teringin pun tidak.

Sudah seminggu Najwa tidak hadir ke sekolah. Perasaan rindu mengetuk pintu hatiku kadang-kadang aku sendiri keliru, adakah aku rindu akannya? Ya, aku mula rindu kemesraan persahabatan kami. Aku rindu akan senyuman, gelak tawa dan butir bicaranya.

Hatiku jadi tidak keruan. Inginku bertanya pada rakan kelasnya mengapakah dia menghilang, tapi takut di sindir. “Sahabat aku ke?” Heh! Buat malu je. Hampir semua orang tahu akan permusuhan kami, namun mereka tidak tahu apakah puncanya kecuali aku dan Najwa.

*****************

Tiba-tiba mataku menangkap kelibat Najwa di luar jendela. Dia memandangku dengan sayu. Aku berlari sambil memanggil namanya. Kelihatan air matanya membasahi pipi. “Maafkan Ina”, luahku bersungguh-sungguh. Najwa menggeleng dan menyambung “Tidak Ina, mungkin dulu boleh tetapi sekarang sudah terlambat. Kita telah dipisahkan antara dua alam. Dunia kita berbeza Ina”. Air mataku semakin deras. “Najwa! Jangan tinggalkan Ina. Ina minta maaf”.

“INA!”ada suara memanggilku. Dengan berat aku membuka mata. Tubuhku berpeluh kedinginan. Aku mengulangi membaca pesanan ringkas yang diterima, kepalaku terasa berat, kakiku terasa lemah dan tidak bermaya. Air mataku berguguran tidak tertahan lagi. Ibu turut menangis seakan tahu perasaan yang menghantuiku. Senyuman Najwa mula terbayang-bayang, tawanya terngiang-ngiang seakan masih bersamaku.

Najwa…..mengapa kau pergi meninggalkan aku kesorangan terkapai-kapai sendirian…Maafkan aku. Aku tidak menyangka keegoanku akan menamatkan persahabatan kita buat selamanya. Kejamnya aku membiarkan kau menderita sendirian. Mengapa kau tidak pernah memberi tahuku tentang penyakit barah otak yang kau hidapi? Aku menyesal Najwa. Aku terkilan kerana tidak dapat melihatmu dan memohon kemaafan daripadamu buat kali terakhir.

Kini, aku hanya mampu mendoakan kesejahteraanmu di alam barzakh dan semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohmu. Dan semoga persahabatan kita akan kekal sehingga ke akhir hayat walaupun engkau telah pergi buat selamanya……..AMIN.





Read more...