Salam sume. Arini aku just nk kongsi ngn korang sume cara bagaimana untuk menarik pengunjung untuk membaca entri2 di blog korang. Kalau sebelum ni aku kongsi tips untuk trafik dan blogwalking, kali ni aku nk kongsi mengenai teknik penyampaian yang dapat menarik minat pengunjung untuk membaca entri di blog anda. Aku just nk kongsi ngn korang duah buah blog yang dapat menyampaikan isi2 mereka dengan cara tersendiri dan cukup menarik.
Jika dilihat pada title blog dan juga entri2 nya, mungkin ramai akan terkejut. Blog ini banyak menulis mengenai isu semasa. Cume yang berlainan, blog ni menggunakan pendekatan yang berbeza dalam menyampaikan idea nya. Sahabat kita ini menggunakan pantun sebagai medium penulisan. Jika dilihat pada entri beliau, setiap baris pantun memberikan maksud apa yang ingin disampaikan. Malah setiap, baris pantun dapat ditulis dan dibina bersesuaian dengan struktur sebenar pantun. Sememangnya, sahabat kite ini mempunyai jiwa sastera dalam diri nya.
2. Cik Bucken.
Blog si gadis manis ini pulak, menyampaikan idea beliau dalam bentuk gambar kartun yang cukup menarik. Kartun yang digunakan simple tetapi sangat menarik. Dialog antara dua atau lebih kartun2 nye dijadikan sketsa untuk menyampaikan idea beliau. Sememangnya penulis menggunakan kemahiran yang beliau ada untuk menarik pengunjung untuk membaca sketsa2 yang di hasilkan.
So kepada sume, jangan lupe singgah kedua2 blog diatas untuk melihat lagi cara berlainan dalam menyampaikan isi anda selain daripada menulis panjang macam aku ni. Sememangnya kelainan dalam menulis dapat menarik minat pengunjung untuk membaca. Kalau korang ade cara laen, jangan segan silu untuk mencuba.
No comments:
Post a Comment