Sila la click jika ade.....

Wednesday, July 14, 2010

Lambakkan Siswi Berbanding Siswa di IPTA/IPTS

Salam sume. 1st skali aku nk ucapkan selamat belajar kepada sume penuntut2 di IPTA & IPTS seluruh negara. Isnin lalu bermula lah sesi pengajian bagi semester 1 sesi 2010/2011 bagi kebanyakan universiti seluruh negara. Aku tidak lagi kembali ke UPSI kerana secara rasmi nya aku sudah mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik yang akan bergraduasi pada bulan Oktober ini.

Berbalik kepada topik kita, topik ni aku amik dari topik yang dibincangkan dalam Bicara Siswa pada 13 Julai 2010 iaitu semalam yg dihostkan oleh Dr Fazley. Korang sume mesti setuju jika dikatakan memang ramai pelajar perempuan berbanding lelaki di IPTA/IPTS tidak kira dalam jurusan ape sekalipun samada kedoktoran, kejuruteraan, sastera dan paling ketara pendidikan. Apakah sebab utama masalah ini berlaku??Bagaimana nak atasi??

Isu ini sangat popular dari dulu sehingga sekarang sehinggakan Menteri Pelajaran kita cuba menukar sistem pendidikan di Malaysia bagi menangani isu ini. Isu ini juga pernah dijadikan topik assignment salah satu subjek semasa aku di universiti untuk dikaji dan dibentangkan serta diperdebatkan. Saudara X-po jugak 1 kumpulan ngan aku untuk assignment tersebut.

Bagi aku, punca sebenar masalah ini berlaku adalah sikap pelajar itu sendiri. Memang tidak dinafikan, pelajar lelaki agak malas dalam bidang study ni. Aku sendiri mengaku yang bab2 study mmg aku malas. Nak dekat kuiz atau test baru nk study. Sebab 2 la, ramai pelajar laki kurang cemerlang dalam bidang pelajaran. Tapi pelajar perempuan pun kadang2 cam2 jgk kan.

Cume yang membezakan nya ialah tempoh mase yang diambil utk antara lelaki dan perempuan dlm mengulangkaji mata pelajaran. Pelajar lelaki slalunya, kjap je diorg study pas2, diorg dh start men2. Berbeza ngn pelajar perempuan, diorg ade target diorg nk study sampai mne, selagi diorg x capai target diorg akan trus study. Btul x?

Selain itu, bagi aku, punca masalah ini berlaku, adalah kerana populasi itu sendiri. Ini merupakan salah satu faktor aku aku perbincangkan dalam assignment aku 2. Kita lihat, di Malaysia sendiri, bilangan wanita adalah lebih ramai berbanding lelaki. Oleh demikian, tidak mustahil lah jika lebih ramai perempuan berbanding lelaki kt IPTA/IPTS malah kt kat mane2 pun perempuan lebih ramai even di luar negara. Ini kerana, dunia sedang menuju akhir hayat. Salah satu petunjuk kiamat ialah perempuan lebih ramai berbanding lelaki.

So, banyak laki rasenye faktor kenapa masalah ini berlaku. Kalau nk cite sume, memang xhabis cite. Belum lagi masuk bab politik. Cuma yang pasti, dalam membendung masalah ini, kita kena mindset kan semula mentaliti pelajar2 lelaki. Kerana, sesetengah pelajar lelaki, bersikap tidak endah terhadap pelajaran. Ape yang mereka pikir kan, watpe nk belajar tinggi2 klu pas2, menganggur. Asalkan dapat keje cukup la. Btul x??

Tapi sampai bila keje itu, dapat menjamin mase depan. Even orang yang ade Master sekarang pun ade yang menganggur. Kita lelaki ade tanggungjawab yang besar berbanding wanita. Lagi2 ape bila sudah berkahwin. Tapi kenapa kita lepas kan peluang tersebut dan bagi nya kepada perempuan. Ramai orang yang dah bekerja sekarang berebut nk sambung belajar kerana diorg dah sedar bertapa pentingya pelajaran itu.

So, bagi aku, masalah ini akan terus berlaku, walaupun kerajaan cube menukar sistem pelajaran di Malaysia. Sememangnya kalau tukar maybe ade effect positive dalam merealisasi LONG LIFE LEARNING and NOT EXAM ORIENTED. Tapi aku paling x setuju sekiranya, kerajaan cuba mengurangkan kelayakan kepada pelajar lelaki kerana ini akan menimbulkan rasa tidak puas ati pelajar perempuan selain kekurangan kualiti pelajar lelaki tersebut.


No comments:

Post a Comment