Sila la click jika ade.....

Wednesday, July 07, 2010

Tips - Interview


Salam sume. 2,3 arini aku ketandusan idea utk update blog ni. Namun ptg tadi timbul idea untuk membuat entri apabila aku mendapat satu panggilan.Panggilan tersebut dari seorang awek. Awek 2, bagitau aku, yang die nk jumpe aku. Sebab nk interview aku jd boyfrend die. Eh silap. Aku dapat panggilan dari seorang akak dari Jabatan Perangkaan Muar untuk interview jawatan pembantu perangkaan. So kt sni, dalam masa aku menyiapkan diri aku utk interview tersebut, aku yang kongsi tips2 yang berguna kepada sume apabila nak pegi interview nanti.

Penampilan
Sememangnya, sume sudah maklum bahwa penampilan amat penting apabila nk pegi interview. Ini kerana, untuk interview, orang xpakai peribahasa "dont judge a book by its cover". Kalau dh selekeh, diorg tak amik nye korang keje. Silap2 diorg suruh balik terus, xyah interview. So, penampilan haruslah kemas. Bagi lelaki rambut mesti la pendek, janggut dan misai 2 kalau boleh xyah la simpan. Bagi perempuan pulak, pakai la ape yang ptut. Jangan sampai terlbih2, terbelah sane sni, baju singkat macam xcukup kain.

Pengetahuan
Pengetahuan amat penting. Kerana, aspek tersebut la yang akan diuji semasa interbiu nnt. Pengetahuan diukur bukan sahaja dalam bidang kerja tersebut, tetapi dari segi pengetahuan semasa. Isu2 semasa sering kali dijadikan soklan utama ketika interview. Selain isu semasa seperti World Cup 2010, RMK10 dan 1Malaysia, kabinet Malaysia juga antara soklan2 feveret yg selalu ditanya. Sebagai contoh siapakah menteri pengangkutan??So sebelum g interview, korang g la kedai kopi2 lepak2 dlu, sambil breakfast 2 korang bace paper and dengar gosip2 kt c2. Hahaha.

Keyakinan
Mungkin anda pernah dengar kes dimana orang yang lagi pandai selalu gagal berbanding orang yang kurang bijak. Ini kerana, mereka kurang keyakinan walaupun pengetahuan mereka tinggi. Mempunyai pengetahuan tanpa keyakinan untuk menyampaikan kepada interviewer antara faktor utama mengapa ramai gagal interview. Kalau anda tidak tahu tentang soklan tersebut, katakan dengan yakin anda tidak tahu, dan cuba untuk selitkan sedikit isi yang terlintas dikepala otak anda dan alasan untuk anda tidak mengetahui nye.

Persediaan
Yang terakhir yang aku nk kongsi adalah persediaan. Kalau korang sume ade tiga bende kat atas ni, tapi xde persediaan, mungkin anda akan menghadapi kesusahan semasa interview nnt. Jangan la esok korang nk g interview, arini baru nk cari sijil la. Nk cari baju la, nk g gunting rambut la. Ini akan menyebabkan tekanan, dan tekanan sememangnya tidak elok untuk dibawa ke tempat interview.

So kepada sume, kalau ade yang xcukup 2, korang boleh la komen kt bawah ni. Mane la tau korang pun ade tips2 yang berkesan untuk aku apply nk g interview Jumaat ni. And finally, doakan aku berjaya untuk interview tersbut.

No comments:

Post a Comment