Sila la click jika ade.....

Sunday, January 17, 2010

Debaran Kian Terasa!!!


Dah macam akademi fantasia plak aku nye title entri kali ni. Tapi, aku bukan nk cite psal AF yang sudah mula melakukan sesi uji bakat nye di seluruh negara bagi mencari bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian. Adakah keluaran AF selepas ini akan lebih berkualiti atau sekadar hangat dalam diari sahaja??Hakikatnya, 2 sume bukan ape nk cite kali ni.

Apa yang aku nk cite ni mungkin lebih kurang entri terbaru X-PO. Sememangnya, aku berasa sangat berdebar untuk menjalani latihan praktikal aku yang bakal bermula pada esok hari(secara rasmi 1 Feb) dengan menjalani rancangan orentasi sekolah selama 2 minggu.

Sekolah Agama Menengah Paya Jaras, Sg Buloh merupakan sekolah aku untuk praktikal ini. Setelah bersusah payah mencari rumah sewa, akhirnya berjaya jugak aku memperolehi rumah sewa yang agak besar(banglo) yang terletak berdekatan sekolah aku. Jalan kaki pun x sampai 5 minit dh sampai sekolah. Jimat minyak keta aku nnt. G sekolah jalan kaki je. hehehe.

Apa yang menjadikan aku risau adalah adakah, aku benar2 bersedia untuk menghadapi praktikal ni??Adakah ilmu2 yang telah diajar oleh para lecture aku dapat aku aplikasikan semasa praktikal ni?? Dan yang penting, adakah aku betul2 layak untuk menjadi salah seorang guru yang berwibawa, berdedikasi dan bersemangat untuk mendidik anak bangsa sehingga mereka berjaya bukan sahaja di dunia, malah di akhirat??

So, kepada sume follower aku n para2 blogger, aku mengharapkan korang sume dpt mendoakan kejayaan aku dan aku aku cuba untuk memberikan infomasi kepada anda sume dalam blog ni mengenai praktikal aku dan juga apa2 yang aku ingin kongsikan bersama. Aku akan cube untuk online selalu, samada menggunakan Broadband celcom member aku atau CC didepan rumah aku.



No comments:

Post a Comment