Sila la click jika ade.....

Friday, November 13, 2009

McD vs KFC vs PIZZA HUT...Which do u prefer???

24 comments
Entry ni aku dpt idea bile g usha blog mmbr aku X-Po, ade org tulis kt cbox die, "Haha.. Nk piza, kfc n mcD ea?? Tanak kasi... :P". Selain itu, terdetik juga idea ni bile igt mmbr2 aku slalu sgt mntk aku blnje McD tp bile aku nk blnje KFC diorg xnk plak. Nak McD jugak. Pelik jugak aku, ape yg best sgt McD 2. Baru2 ni plak, bkk plak Pizza Hut kt pekan Tg Malim sblh ngn KFC. Tp still rmi g KFC jgk dr PizzaHut.

McD atau name pnuh nye McDonald merupakan franchise fast food yang lebih terkenal dengan burgernye. Mcm2 jenis burger ade kt c2, filet-o-fish, bigmac and etc. Selain burger-burgernye yang sedap and saiz kkdg xsame mcm dlm iklan, kt McD jugak ade Ayam Goreng McD and Bubur Ayam McD. Harga plak bleh dikatekan berpatutan dgn 1 set hidangan bleh dpt xlbh RM10..tp kenyang ke mkn burger je???


KFC plak singkatan utk Kentucky Fried Chicken. Daripada name pun bleh tahu yang KFC satu franchise fast food ayam goreng. Ayam goreng kt cni ade 2 jenis iaitu spicy and original. Aku suke yang spicy pedas skit. KFC jugak famous dengan CheezyWedges. Memang sedap la, lg2 klu mntk cheese lbih. Memang jilat jari. Ade jgk burger, tp aku rse xleh lwn burger kt McD. Dengan RM10.35 (xmsk cukai) korang bleh order dinner plate - 3 ketul ayam goreng, 1 butter bun, 1 coleslaw, 1 whipped potato. Memang bleh kenyang la makan, tp knape rmi ske McD lg???


Pizza Hut pulak franchise fast food bertemakan pizza. Makan jenis pizza ade, nk cheese lbih pun ade, yang stuffed crust pun ade. Ade plak mcm2 jenis resepi plak 2, hawaiian chicken la, chicken supreme, pepperoni dan mcm2 lagi la. aku pun xberapa tau sbb xslalu pun g makan kt sni. bru 2,3 kali dating mkn pizza. Selain pizza, kt cni ade jgk pasta - spaghetti, shell pasta and fettuccine, aku pun xtau. Klu pasal harga, memang agak mahal skit berbanding Mcd and KFC.

So, antara ketiga-tiga ni, mane korang lg prefer and bgtau skit apsal korng prefer yg korg nk 2 berbanding yang laen..



Read more...

Tuesday, November 03, 2009

STD - Penyakit Kelamin..

0 comments
STD (Sexually Transmitted Disease) dalam Bahasa Melayu disebut Penyakit kelamin merujuk kepada penyakit yang lazimnya tersebar melalui hubungan kelamin, walaupun tidak semestinya sebegitu seperti penggunaan jarum secara rambang. Penyakit kelamin disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea. Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut). Di Malaysia, kes penyakit kelamin bertambah dari setahun ke setahun, lebih-lebih lagi di kalangan remaja yang berumur antara 16 hingga 24 tahun. Di antara sebab bertambahnya kes-kes adalah pendedahan awal kepada seks dan melakukan seks bebas pada umur yang muda.

Penyakit kelamin merebak melalui hubungan seksual antara pasangan dan juga boleh merebak melalui perdampingan secara fizikal individu yang telah dijangkiti. Beberapa jenis penyakit kelamin boleh merebak melalui pemindahan cecair badan (air mani dan cecair dari faraj) daripada individu yang telah dijangkiti contohnya HIV, Hepatitis B, NGU dan gonorea. Sementara itu, jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis, herpes dan warts boleh merebak melalui sentuhan kulit. Penyakit sifilis, hepatitis B dan HIV juga boleh merebak melalui ibu yang telah dijangkiti virus tersebut kepada bayinya ketika dalam rahim atau sewaktu dilahirkan, penagih berkongsi jarum atau pemindahan darah yang dijangkiti.

Hindari dari seks bebas dan setia kepada pasangan anda adalah rawatan yang paling efektif dan praktikal. Penggunaan kondom juga efektif untuk menghindari penyakit kelamin. Anda digalakkan kerap menjalani pemeriksaan doktor dan mengenali pasangan anda sebelum berkahwin. Jikalau anda mempunyai simptom-simptom di atas, anda dan pasangan anda digalakkan berjumpa dengan doktor. Pasangan anda juga digalakkan untuk mendapat rawatan jika didapati mengidap penyakit kelamin.

sumber Wikipedia, Portal MyHEALTH



Read more...