14 February 2010. Happy Chinese New Year sume. Dikesempatan ini, aku nk ucapkan selamat tahun baru cina kepada semua chinese yang menyambut perayaan tersebut dan juga kepada seluruh warga Malaysia yang merayakan perayaan ini dibawah konsep 1Malaysia. Tahun baru kali ini merupakan tahun harimau. Valentine's Day pun pada hari yang sama. So..
Tahun Baru Cina disambut pada hari pertama dalam bulan pertama berdasarkan kalendar Lunar. Pada kebiasan perayaan, majlis makan besar bersama keluarga akan berlangsung pada malam menjelang tahun baru. seluruh keluarga berkumpul beramai2, yang jauh pulang kekampung untuk bersama family masing2. Tepat jam 12 malam, dentuman bunga api dan mercun mula kedengaran.
CNY sinonim dengan angpau, tanglong, tarian naga dan bende2 warna merah. Tidak dilupakan juga buah limau. Time CNY ni la korang boleh kumpul buah limau free. Mungkin ade jiran2 korang yang bagi buah limau sampai berkotak2 sampai korang pun boleh bukak bisnes jual buah limau 2 balik.
Bercakap pula mengenai Valentine's Day atau disebut sebagai Hari Kekasih. Ramai mengatakan menyambut hari kekasih adalah sesuatu yang haram. Ini kerana, Valentine's Day mendapat name bersempena seorang kristian yang bernama Valentine. Hari Valentine pada mulanya merupakan hari untuk mengingati Saint Valentine yang mati diseksa.
Setelah beribu tahun, Valentine's Day dijadikan hari untuk mengingati kekasih. Bunga, coklat menjadi barangan hadiah untuk diberikan kepada kekasih masing2. Kad2 ucapan yang penuh dengan berbagai kata2 indah turut diberikan. Namun begitu, ramai menganggap hari kekasih tidak patut disambut kerana terlalu memuja dan mengagongkan kekasih.
So kepada sume, sambut la ape korang nk sambut.

No comments:
Post a Comment