Sila la click jika ade.....

Monday, August 29, 2011

Aidilfitri 1432H/2011M


Salam Aidilfitri semua. So, esok umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah cukup sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. So bagimana persiapan menjelang raya esok??Kalau dulu2, time2 camni orang sibuk rebus ketupat, bakar lemang dan masak rendang. Manakala budak2 ade yang sibuk pasang pelita dan ade jugak yang bermain bunga api dan mercun.


Sekarang pun, walaupun dan menuju ke zaman moden, bende2 2 sume, masih lagi diamalkan kerana perkara tersebutlah yang menceriakan suasana hari raya. Mungkin ade sesetengah mengambil cara mudah kerana kesibukan dengan membeli semua juadah seperti ketupat, lemang dan rendang. Walaupun begitu, juadah tersebut wajib ada meskipun dibeli bukan nya dimasak sendri.

Walau apapun, Hari Raya adalah hari untuk kita bergembira dan bukan hari untk bersedih disebabkan meratapi permergian saudara mara yang terlibat dalam kemalangan. Oleh itu, kepada sume, adalah dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati ketika pulang ke kampung. Patuhilah undang2 jalanraya dan nasihat2 daripada JPJ, PDRM, PLUS supaya berhati-hati.

Tidak dilupakan juga, kepada adik2 semua, jangan merbahayakan diri bermain mercun dan bunga api. Kalau ada yang main juga hati-hati, tetapi lebih baek jangan maen especially adik2 yang nk exam lepas raya ni. Takut nanti, nak jawab exam susah sebab putus jari, putus tangan. Dan selamat mengumpul duit raya.

So, Saya Mohd Shahir Bin Abdul Aziz, ingin mengucapkan selamat HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN kepada sume yang mengenali diri saya, especially keluarga, Adik Helmi yang beraya diperantau, sahabat2 SDAR, KMPP, UPSI, warga sekolah SAMPJ, dan juga sahabat blogger dan twitter. Terima la lagu 1 Syawal dari Johan Rajalawak OST untuk Nak Balik Raya.







image:GOOGLE
video:YOUTUBE

"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"


No comments:

Post a Comment