Salam sume. Entri wajib kedua untuk contest HIDUP SEORANG BLOGGER ni aku juz nk review skit mengenai entri2 blogger2 laen yang join contest Anjuran Denaihati.com ni yang ditaja oleh eQurban.com. Aku juz nk review perkara2 penting yang banyak ditulis oleh blogger2 laen dalam entri mereka. Hampir sume blog yang aku bace akan menyelit kan perkara ini dalam entri mereka. Bosan HIDUP sebagai SEORANG BLOGGER dan xde life dan boleh mengganggu kehidupan sebenar. Betul ke sume ni???
Pada waktu sume blogger mempublish entri wajib 1 mereka, aku agak terkejut apabila membaca entri dari sifu aku sendiri Xpo. Beliau menyatakan hidup sebagai seorang blogger ni byk mengganggu prestasi pelajaran beliau. Dan ramai juga blogger di twitter yg juga merasakan seperti begitu. Sehingga beliau sendiri mengatakan untuk berhenti sebabgai seorang blogger.
Aku merasakan diri aku ni dah tiada kehidupan. Asyik duk mengadap laptop je hari-hari. Rupa-rupanya kehidupan di alam realiti lebih menyeronokkan dari kehidupan di alam maya. Namun, aku cuba untuk memujuk diri aku. Kemungkinan aku akan posting bulan 10 atau bulan 11 ini, jadi apa salahnya aku menghabiskan sisa-sisa yang tinggal ini untuk blogging sepuas hati aku. Dan bila sudah posting nanti, maybe masa untuk berblogging nanti amatlah terhad.
Bagi aku, blogging ni tidak menggangu kehidupan seharian. Ramai je blogger2 aktif success dalam kehidupan seharian sebagai contoh, Denaihati sendiri, K.Jie dan juga CikguDAhlia yang merupakan seorang guru matematik. Blogging akan menggangu kehidupan sekiranya seseorang itu tidak dapat mengawalnye seperti yang ditulis oleh Zulseffort.
Blogging boleh menggangu kehidupan — kata-kata yang ada benarnya, blogging boleh juga menggangu kehidupan kalau dah terlampau addictive. Asyik-asyik nak tengok blog. Adakah anda blogger seperti ini, menulis blog hingga lupa pelajaran atau lupa tanggungjawab kepada keluarga?Kalau ada anda kena mengawalnya. Mungkin anda boleh termasuk dalam golongan blogger yang takde life nanti.
Sememangnya bagi mereka2 yang dapat mengawal dan membahagikan mase antara real life dan blogging, mereka akan merasakan hidup sebagai seorang blogger ni sangat menarik dan seronok seperti yg dikatekan oleh Ieyra.Com. Kerana, melalui blogging ni, banyak perkara yang tidak diketahui umum dapat diketahui dengan pantas dan dapat ramai kenalan baru seperti dalam entri HiDUP SEORANG BLOGGER aku sebelum ni.
siapa kata dunia blogging tidak seronok? tekanan sedikit kadang kala, maslaah di sana sini tapi pengalaman melalui semua itu seronok bukan? dari blog, anda semua akan mempelajari sesuatu yang sangat bernilai yang tidak mungkin anda semua memperolehinya di tempat lain.
So, its all up 2 you all 2 determine how you all gonna live as a blogger. Sumenye bergantung pada diri kita sendiri. Thats all from me untuk entri kali ni.
"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"
No comments:
Post a Comment