Sila la click jika ade.....

Saturday, May 14, 2011

Panduan Melampir Sijil Dalam Pemohon Jawatan

Salam sume. Entri ni ditulis di dalam makmal kimia ketika meneman member2 aku wat research diorg. Selain tu, dapat jugak update blog n men tenet dengan kelajuan yang sangat memuaskan hati. So, entri kali ni aku nak beri panduan skit kepada semua yang mengenai bagaimana nak melampirkan sijil ketika memohon jawatan atau pun ape2 pemohonan.



Baru2 ni aku berpeluang kerja part time sementara kt Jabatan Sumber Manusia kt UPSI dibawah skim pelajar bekerja. Skop kerja aku mudah je. Periksa pemohonan2 utk jawatan2 bukan akademik yang ditawarkan. So aku la orang first yang reject application pemohon2 sume. So dari situ aku dapati kebanyakan pemohon tidak menyusun dokumen2 yang dilampirkan seperti yang di minta.

Pertama sekali, pastikan semua sijil dan dokumen yang diminta dilampirkan. Ini utk memastikan bahawa ape yang ditulis dalam permohonan adalah betul. Sebagai contoh, sekiranya ada tulis ade diploma, sila lampirkan sijil diploma dan transkrip2. Ini kerana walaupun anda tulis anda ade ijazah sekalipun tetapi sijil ijazah tidak dilampirkan ianya tidak dikira.

Seterusnya, pastikan susunan sijil dan dokumen2 adalah seperti yang diminta. Jangan susun ikut suka anda. Susun sijil2 akademik seperti Ijazah, Diploma, STPM, SPM dihadapan dan sijil akademik yang lain dan sijil kokurikulum dihadapan. Ini memudahkan majikan untuk melihat sijil anda dengan mudah. Dan pastikan sijil SPM diletakkan dihadapan sekali kerana kebanyakan majikan akan memeriksa sijil SPM anda dahulu untuk memastikan keputusan SPM mencukupi syarat yang ditetapkan, sekiranya tidak pemohonan akan direject trus.

Selain itu, pastikan sijil kokurikulum yang dilampirkan adalah sijil2 ketika anda disekolah menengah dan juga kolej atau universiti. Sijil2 sekolah rendah 2 tidak perlu dilampirkan kerana kebanyak majikan tidak tertarik untuk melihat sijil2 sekolah rendah anda melainkan sijil yang benar2 bagus sahaja.

So setakat itu sahaja panduan yang dapat aku kongsikan. Panduan ini untuk memastikan bahawa majikan yang memeriksa pemohonan anda tidak rasa serabut dengan aturan sijil2 anda kerana banyak pemohonan yang perlu disemak. So aku harap pandauan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda ketika memohon sebarang jawatan.

p/s: STAM tidak setaraf dengan STPM / Diploma utk jawatan GRED 27.
p/s: aku bg panduan, tp aku sendri x kerja lagi..Camne 2??hehehe

"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"


No comments:

Post a Comment