Sila la click jika ade.....

Monday, July 26, 2010

Teknik Penyampaian

0 comments
Salam sume. Arini aku just nk kongsi ngn korang sume cara bagaimana untuk menarik pengunjung untuk membaca entri2 di blog korang. Kalau sebelum ni aku kongsi tips untuk trafik dan blogwalking, kali ni aku nk kongsi mengenai teknik penyampaian yang dapat menarik minat pengunjung untuk membaca entri di blog anda. Aku just nk kongsi ngn korang duah buah blog yang dapat menyampaikan isi2 mereka dengan cara tersendiri dan cukup menarik.

Jika dilihat pada title blog dan juga entri2 nya, mungkin ramai akan terkejut. Blog ini banyak menulis mengenai isu semasa. Cume yang berlainan, blog ni menggunakan pendekatan yang berbeza dalam menyampaikan idea nya. Sahabat kita ini menggunakan pantun sebagai medium penulisan. Jika dilihat pada entri beliau, setiap baris pantun memberikan maksud apa yang ingin disampaikan. Malah setiap, baris pantun dapat ditulis dan dibina bersesuaian dengan struktur sebenar pantun. Sememangnya, sahabat kite ini mempunyai jiwa sastera dalam diri nya.



Blog si gadis manis ini pulak, menyampaikan idea beliau dalam bentuk gambar kartun yang cukup menarik. Kartun yang digunakan simple tetapi sangat menarik. Dialog antara dua atau lebih kartun2 nye dijadikan sketsa untuk menyampaikan idea beliau. Sememangnya penulis menggunakan kemahiran yang beliau ada untuk menarik pengunjung untuk membaca sketsa2 yang di hasilkan.



So kepada sume, jangan lupe singgah kedua2 blog diatas untuk melihat lagi cara berlainan dalam menyampaikan isi anda selain daripada menulis panjang macam aku ni. Sememangnya kelainan dalam menulis dapat menarik minat pengunjung untuk membaca. Kalau korang ade cara laen, jangan segan silu untuk mencuba.



Read more...

Saturday, July 17, 2010

Men'CAPUP' - Cara Mudah Tarik Trafik Blogwalking

0 comments

Salam sume. Hari yang indah ni, aku nak kongsi kan 1 lg tips yang berguna untuk para blogger yang suke blogwalking. Atau lebih mudah aku sebut blogwalker. Tips yang aku pasal blogwalking yang aku kongsi kan sebelum ni, mendapat sambutan ramai, so ia membuatkan aku lebih semangat untuk melakukan sedikit kajian, experimen dan juga perbincangan bersama rakan2 aku khususya saudara MohdHafizuddin dan juga saudara AzizanKadir. So kali ini aku datang ngan tips baru. Ade 1 tips yang nk aku kongsikan bersama korang arini. Nak tau ape tips nya, jom bace.

Teknik ni merupakan teknik curi trafik yang dengan cara men'CAPUP'. Hahaha. Tengok name pun mesti korang dh tau teknik macam mane ni. Capup adalah singkatan untuk cari publisiti. Seperti teknik sebelum ni, 1st of all yang korang perlu buat ialah mencari seorang mangsa. Sama seperti sebelum ini juga, mangsa mestila seorang blogger yang mempunyai trafik yang lancar di blog nye pada ketika itu. Trafik itu mesti la bleh dilihat pada kekerapan pengunjung meninggalkan jejak di shoutbox blog nya.

Untuk teknik kali ini, korang hanya perlu mencapup di shoutmix mangsa tersebut. Macam mane nk mencapup? Cara yang paling senang adalah dengan mengajak mangsa berborak menggunakan shoutmix nya. Dengan cara ini, apabila anda meninggalkan jejak diblog mangsa, para blogwalker aku pergi ke blog anda kerana mereka tau anda sedang online. So secara tidak langsung, blog anda dapat menarik sejumlah trafik yang masuk ke blog mangsa. Apa yang beza dari teknik sebelum ni, anda tidak perlu pergi ke blog2 laen, diorg dengan sendri akan datan ke blog anda.

Sebagai bukti, jika anda perasan di shoutmix blog ini, anda akan nampak sesorang tgh mencapup kt c2. Kerana die tau saya sedang blogwalking and tau banyak trafik akan masuk kt blog saya ini. So die mencapup kat c2 dan ajak saya berborak. Korang tau x sape? Kalau tau bagus la, kalau xtau xpe la. Hehe.

Namun begitu, dalam teknik ini, anda tidak digalakkan tidak melakukan SPAM di blog mangsa. Selain itu, anda juga digalakan untuk membalas kembali kunjungan blogger2 kemudian nya. Jangan xbalas kunjungan 2, x elok. So itu je aku nk kongsi kali ni. Kalau ade yang x paham or salah, do comment in this post.

p/s: jom teka sape tengah mencapup kt blog ni.


Read more...

Wednesday, July 14, 2010

Lambakkan Siswi Berbanding Siswa di IPTA/IPTS

0 comments
Salam sume. 1st skali aku nk ucapkan selamat belajar kepada sume penuntut2 di IPTA & IPTS seluruh negara. Isnin lalu bermula lah sesi pengajian bagi semester 1 sesi 2010/2011 bagi kebanyakan universiti seluruh negara. Aku tidak lagi kembali ke UPSI kerana secara rasmi nya aku sudah mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik yang akan bergraduasi pada bulan Oktober ini.

Berbalik kepada topik kita, topik ni aku amik dari topik yang dibincangkan dalam Bicara Siswa pada 13 Julai 2010 iaitu semalam yg dihostkan oleh Dr Fazley. Korang sume mesti setuju jika dikatakan memang ramai pelajar perempuan berbanding lelaki di IPTA/IPTS tidak kira dalam jurusan ape sekalipun samada kedoktoran, kejuruteraan, sastera dan paling ketara pendidikan. Apakah sebab utama masalah ini berlaku??Bagaimana nak atasi??

Isu ini sangat popular dari dulu sehingga sekarang sehinggakan Menteri Pelajaran kita cuba menukar sistem pendidikan di Malaysia bagi menangani isu ini. Isu ini juga pernah dijadikan topik assignment salah satu subjek semasa aku di universiti untuk dikaji dan dibentangkan serta diperdebatkan. Saudara X-po jugak 1 kumpulan ngan aku untuk assignment tersebut.

Bagi aku, punca sebenar masalah ini berlaku adalah sikap pelajar itu sendiri. Memang tidak dinafikan, pelajar lelaki agak malas dalam bidang study ni. Aku sendiri mengaku yang bab2 study mmg aku malas. Nak dekat kuiz atau test baru nk study. Sebab 2 la, ramai pelajar laki kurang cemerlang dalam bidang pelajaran. Tapi pelajar perempuan pun kadang2 cam2 jgk kan.

Cume yang membezakan nya ialah tempoh mase yang diambil utk antara lelaki dan perempuan dlm mengulangkaji mata pelajaran. Pelajar lelaki slalunya, kjap je diorg study pas2, diorg dh start men2. Berbeza ngn pelajar perempuan, diorg ade target diorg nk study sampai mne, selagi diorg x capai target diorg akan trus study. Btul x?

Selain itu, bagi aku, punca masalah ini berlaku, adalah kerana populasi itu sendiri. Ini merupakan salah satu faktor aku aku perbincangkan dalam assignment aku 2. Kita lihat, di Malaysia sendiri, bilangan wanita adalah lebih ramai berbanding lelaki. Oleh demikian, tidak mustahil lah jika lebih ramai perempuan berbanding lelaki kt IPTA/IPTS malah kt kat mane2 pun perempuan lebih ramai even di luar negara. Ini kerana, dunia sedang menuju akhir hayat. Salah satu petunjuk kiamat ialah perempuan lebih ramai berbanding lelaki.

So, banyak laki rasenye faktor kenapa masalah ini berlaku. Kalau nk cite sume, memang xhabis cite. Belum lagi masuk bab politik. Cuma yang pasti, dalam membendung masalah ini, kita kena mindset kan semula mentaliti pelajar2 lelaki. Kerana, sesetengah pelajar lelaki, bersikap tidak endah terhadap pelajaran. Ape yang mereka pikir kan, watpe nk belajar tinggi2 klu pas2, menganggur. Asalkan dapat keje cukup la. Btul x??

Tapi sampai bila keje itu, dapat menjamin mase depan. Even orang yang ade Master sekarang pun ade yang menganggur. Kita lelaki ade tanggungjawab yang besar berbanding wanita. Lagi2 ape bila sudah berkahwin. Tapi kenapa kita lepas kan peluang tersebut dan bagi nya kepada perempuan. Ramai orang yang dah bekerja sekarang berebut nk sambung belajar kerana diorg dah sedar bertapa pentingya pelajaran itu.

So, bagi aku, masalah ini akan terus berlaku, walaupun kerajaan cube menukar sistem pelajaran di Malaysia. Sememangnya kalau tukar maybe ade effect positive dalam merealisasi LONG LIFE LEARNING and NOT EXAM ORIENTED. Tapi aku paling x setuju sekiranya, kerajaan cuba mengurangkan kelayakan kepada pelajar lelaki kerana ini akan menimbulkan rasa tidak puas ati pelajar perempuan selain kekurangan kualiti pelajar lelaki tersebut.



Read more...

Tuesday, July 13, 2010

We're Brothers & Sisters - Raihan feat Genius Aulad Talents

0 comments
Salam sume. Piala dunia sudah menutup tirai setelah sebulan temasya bolasepak paling hebat di dunia berlangsung dengan pasukan Sepanyol(Spain) membawa pulang piala tersebut buat pertama kali ke bumi Sepanyol setelah menang 1-0 kepada pasukan belanda(netherlands) yang masing lagi mengimpikan piala dunia buat pertama kali apabila gagal sekali lagi di final buat kali ketiga. Gol jaringan Iniesta itu juga menaikkan lagi reputasi Paul, sotong ramalan apabila mendapat tentangan dari Mani si burung. Kite tutup cite World Cup.


Arini aku just nk kongsi ngan korang sume 1 lagu nasyid yang agak best. Lagu ni aku 1st time dengar apabila menonton rancangan Akademi Al-Quran di TV9 setiap Jumaat pada pukul 9 malam. Family aku memang suke tengok Akademi Al-Quran berbanding rancangan Imam Muda di saluran Astro Oasis kerana Imam Muda hanya indah khabar dari rupa. Lagu yang aku nk kongsi kan ni adalah lagu hasil gabungan suara anak-anak kecil dari Genius Aulad Talents dan juga kumpulan nasyid popular tanah air Raihan. Lagu in bertajuk Were Brothers and Sisters.


We're Brothers and Sisters

It’s Friday today
we pray in mosques in line together
it’s month of ramadhan
we’re fasting in hunger together

no matter how great we are
the Earth is just a tiny space
we are made of Earth
and we’ll return back to Earth

looking at the moon
we celebrate the Eid together
looking at Fajar
we wake up for Subuh together

no matter how rich we are
the Earth is just a tiny space
we just come in one piece
in one piece we shall be back

*(chorus)
we are brothers, we are sisters
facing one qiblah, we should feel for one another
share the fear and hope (tears and joy)
in this small world we share (live)
we are brothers and sisters
lend your hand together (help the world together)

alif, ba and ta, we learn al-Quran together
Allahhu Akbar, we raise our hands takbir together
no matter smart we are, the Earth is just a tiny space
born like white cloth, cloth then dyed with sins and deeds

*(chorus)

alif, ba and ta, we learn al-Quran together
Allahhu Akbar, we raise our hands takbir together
no matter smart we are, the Earth is just a tiny space
born like white cloth, cloth then dyed with sins and deeds

*(chorus, repeat two times)

p/s: enjoy bersama!!!!!!!!!DOWNLOAD SINI


Read more...

Saturday, July 10, 2010

World Cup 2010 - Paul Diancam Bunuh!!!

0 comments


Salam sume. Selepas kecoh pasal Paul, sotong peramal sekarang ni kecoh pulak pasal Mani burung kakat tua nk jugak meramal macam Paul. Paul ramal Spain juara, manakala Mani ramal Belanda juara. So mane satu yang betul??Aku xpercaya dua-dua sebab dua2 ni tahyul. X elok percaya bende tahyul. Yang pasti aku ade dengar bahawa Paul diancam bunuh.

Selepas kekalah German ditangan(kaki kot) Spain, ramai penyokong2 pasukan German marah dan geram dengan Paul. Kecoh kat Facebook and Twitter bahwa ramai yang nak makan sotong goreng tepung, sotong masak sambal, sebab terlalu geram dengan Paul. Kenapa perlu disalahkan sotong 2? Sotong 2 xde buat salah pape pun.

Yang pasti perlawan akhir Piala Dunia 2010 (World Cup 2010) akan menyediakan aksi yang menarik dimana, kedua-dua pasukan Belanda(Netherland) dan Sepanyol(Spain) cuba untuk mambawa pulang Piala Dunia tersebut buat pertama kali ke negara masing2. Adakah Paul dapat mengekal reputasi atau Mani merampas nya, kita tunggu esk.

Yang pasti, jangan lupa saksikan di Astro saluran 805 atau secara online menerusi Astro Bplayer. Perlawanan tempat 3/4 pada 11 July 2010 2.30 am dan perlawanan akhir pada pukul 2.30 am 12 July 2010. Finally, jom tengok gambar paul sekiranya aku bawak balik bagi kt mak aku.



p/s: jangan percaya bende2 tahyul.


Read more...

Friday, July 09, 2010

You Are Currently Banned!!!!Innit..

0 comments

Salam sume. Pagi tadi selesai sudah sesi interview aku untuk jawatan pembantu perangkaan untuk Jabatan Perangkaan. Disebabkan nak g interview, aku bangun awl arini. Hahaha..Dah lame x bgun awl. Interview td agak ok sebab xbanyak soalan yang ditanye as i expect. Juz a short session. But i think i got the chance because x ramai yang datang pun pagi td. Hope dapat la keje part time 2. Balik dari interview, of cos la bukak laptop sebab xleh nk tdo lg.

Time tgh online 2, terdetik hati utk try login acc INNIT aku. Sebab sblum ni aku kne banned dari innit. Sebabnye, aku suke SPAM kt tempat chat 2. So terima padahnye. Kepada sume, patuhi la peraturan yang ade kt mane2 site pun sekiranya site itu berguna untuk anda. Aku dah insaf xnk SPAM kt chatbox 2 lagi.


Bagi aku, innit ni satu site yang berguna. Ini kerana, orang yang berdaftar dengan NUFFNANG je bleh wat acc innit. So, kalau korang post psal entri korang kt innit 2, kebarangkalian untuk nuffnanger melawat blog anda adalah tinggi, berbanding dengan site2 lain seperti gengblogger. So, bile nuffnanger datang blog korang, diorg tau ape perlu dibuat. Ini tidak bermaksud bahawa aku mengatakan gengblogger itu tidak bagus. So site ade kelebihan masing2.

So, lepas ni, dapat la aku post pasal entri kt kt Innit lagi setelah hampir 1 bulan kot aku kne banned. Hahaha. Gelakkan diri sendri. Kepada Innit, im sorry, xbuat lagi dah lepas ni.



Read more...

Wednesday, July 07, 2010

Tips - Interview

0 comments

Salam sume. 2,3 arini aku ketandusan idea utk update blog ni. Namun ptg tadi timbul idea untuk membuat entri apabila aku mendapat satu panggilan.Panggilan tersebut dari seorang awek. Awek 2, bagitau aku, yang die nk jumpe aku. Sebab nk interview aku jd boyfrend die. Eh silap. Aku dapat panggilan dari seorang akak dari Jabatan Perangkaan Muar untuk interview jawatan pembantu perangkaan. So kt sni, dalam masa aku menyiapkan diri aku utk interview tersebut, aku yang kongsi tips2 yang berguna kepada sume apabila nak pegi interview nanti.

Penampilan
Sememangnya, sume sudah maklum bahwa penampilan amat penting apabila nk pegi interview. Ini kerana, untuk interview, orang xpakai peribahasa "dont judge a book by its cover". Kalau dh selekeh, diorg tak amik nye korang keje. Silap2 diorg suruh balik terus, xyah interview. So, penampilan haruslah kemas. Bagi lelaki rambut mesti la pendek, janggut dan misai 2 kalau boleh xyah la simpan. Bagi perempuan pulak, pakai la ape yang ptut. Jangan sampai terlbih2, terbelah sane sni, baju singkat macam xcukup kain.

Pengetahuan
Pengetahuan amat penting. Kerana, aspek tersebut la yang akan diuji semasa interbiu nnt. Pengetahuan diukur bukan sahaja dalam bidang kerja tersebut, tetapi dari segi pengetahuan semasa. Isu2 semasa sering kali dijadikan soklan utama ketika interview. Selain isu semasa seperti World Cup 2010, RMK10 dan 1Malaysia, kabinet Malaysia juga antara soklan2 feveret yg selalu ditanya. Sebagai contoh siapakah menteri pengangkutan??So sebelum g interview, korang g la kedai kopi2 lepak2 dlu, sambil breakfast 2 korang bace paper and dengar gosip2 kt c2. Hahaha.

Keyakinan
Mungkin anda pernah dengar kes dimana orang yang lagi pandai selalu gagal berbanding orang yang kurang bijak. Ini kerana, mereka kurang keyakinan walaupun pengetahuan mereka tinggi. Mempunyai pengetahuan tanpa keyakinan untuk menyampaikan kepada interviewer antara faktor utama mengapa ramai gagal interview. Kalau anda tidak tahu tentang soklan tersebut, katakan dengan yakin anda tidak tahu, dan cuba untuk selitkan sedikit isi yang terlintas dikepala otak anda dan alasan untuk anda tidak mengetahui nye.

Persediaan
Yang terakhir yang aku nk kongsi adalah persediaan. Kalau korang sume ade tiga bende kat atas ni, tapi xde persediaan, mungkin anda akan menghadapi kesusahan semasa interview nnt. Jangan la esok korang nk g interview, arini baru nk cari sijil la. Nk cari baju la, nk g gunting rambut la. Ini akan menyebabkan tekanan, dan tekanan sememangnya tidak elok untuk dibawa ke tempat interview.

So kepada sume, kalau ade yang xcukup 2, korang boleh la komen kt bawah ni. Mane la tau korang pun ade tips2 yang berkesan untuk aku apply nk g interview Jumaat ni. And finally, doakan aku berjaya untuk interview tersbut.


Read more...

Friday, July 02, 2010

Curi Trafik - Cara Mudah Blogwalking!!!

0 comments
Salam sume. Entri kali ni, aku just nk kongsi ngn korang salah satu cara mudah macam mane nk blogwalking. Ramai yang cakap, blogwalking ni agak memenatkan, sebab kite bukak blog orang lain daripada blog orang laen. Dari 1 blog ke 1 blog yang lain kite bukak sampai kekadang 1 blog tue 2, 3 kali kite g sebab dah xingat sangat. Kalau nk wat list, maybe xramai blogger yang ade dalam list kite on9 time 2. Ade yang seminggu sekali online tetapi ade dalam list. So, merugikan kepada kite, sebab, kite g blog die setiap hari, tapi die g blog kite bile time die online sekali je dalam seminggu.


Selalu bile nk blogwalking ni, aku lebih ske untuk melawat blog2 yang tuan nya sedang online so bile kite g blog die, serta merta die akan balas kunjungan ke blog kite melainkan aku follow blog tersebut sebab mempunyai maklumat yang berguna dan juga sesuatu yang menarik perhatian aku. Selain daripada 2, aku akan baca apabila aku melakukan aktvt blogwalking(aku bace blog korang sume juz kkdg aku xcomment je). So kat sni aku nk kongsi cara mudah blogwalking iaitu dengan cara CURI TRAFIK. Macam mane? Jom Bace.

Curi Trafik ni still memerlukan korang untuk blogwalking and tidak menyalahi peraturan2 NUFFNANG. Ini kerana, curi trafik ini sah walaupun name nye mencuri. Curi trafik sangat mudah. korang just tunggu kemudian curi. Itu sahaja. Ape yang perlu dilakukan adalah memilih sasaran untuk korang curi trafik daripada nye.

Sasaran juga perlu dipilih dengan betul. Kalau ko pilih sasaran yang xde trafik, xde gunanye. Sasaran mesti seorang blogger yang rajin blogwalking dan mempunyai shoutmix/cbox. Dan blog die juga selalu dikunjungi para blogwalker yang selalu meninggalkan jejak. Sasaran yang senang ialah orang yang atas sekali dlm shoutmix/cbox korang dan yang terkini tidak lewat dari 5 mnt. Ini menunjukkan, blogger tersebut tgh online dan sedang aktif menjalankan blogwalking ke blog2 laen.

Justeru itu, ramai blogger akan melawat blog sasaran anda tersebut. So korang just tggu kt shoutmix/cbox diorg untuk trafik2 dan jalankan blogwalking korang. Tapi ingat, konsep ini masih lagi memerlukan korang untuk menjalankan blogwalking. Cume list online blogger korang utk blogwalking 2 ade kt blog sasaran korang. Aku dah try td ku 3 lbih dgn mencuri trafik dari bro REMEDY. Die datang blog aku time die blogwalking, so aku tau mesti banyak trafik akan masuk blog die pas2. So aku just tunggu kt blog die. Hasilnye tgk la gmbr kt bwh ni.



Read more...

Thursday, July 01, 2010

Seks Sebelum Sukan. Baik atau Tidak??

0 comments

Salam sume. Entri Pertama dalam bulan Julai ni aku nk cerita sedikit mengenai seks. Ade pendapat mengatakan seks untuk golongan yang dah berkahwin, merupakan salah satu aktiviti yang sangat baik. Selain dapat menjalinkan hubungan suami isteri, ianya juga merupakan salah satu aktiviti senaman. Namun begitu, ade pendapat mengatakan hubungan seks bagi golongan atlet dan sportsmen sebelum sesuatu pertandingan dapat menjejaskan prestasi mereka keesokan hari.

Tanggapan ini bermula, sejak dari sebelum masihi lagi apabila seorang penyajak legenda Greek, Homer berpendapat, juara olimpik bernama Ikkos tidak melakukan seks kerana menganggap seks dapat melemahkan tenaganya. Sehingga kini, ramai jurulatih/manager melarang para pemainnya untuk melakukan seks dengan isteri dan teman wanita pada malam sebelum perlawanan dengan menyuruh mereka untuk tido di hotel bersama ahli2 pasukan yang lain. Perenang Olimpik Amerika, Josh Davis juga mendakwa kegagalan beliau melayakkan diri untuk olimpik athens 2004 kerana beliau melakukan seks dengan isteri nya pada hari ujian kelayakan.

Namun begitu, kajian yang dilakukan mendapati, hubungan seks antara suami isteri hanya membakar sebanyak 50 kalori sahaja. Orang yang bawak anjing diorg jalan macam dalam filem 2, bakar lagi banyak kalori. Kajian juga mendapati, tiada bukti yang menunjukkan seks boleh menyebabkan otot menjadi lemah walhal seks didapati dapat mengurangkan kesakitan otot lagi2 bagi wanita.

Scientist juga mendapati kadar testosterone untuk kedua-dua lelaki dan wanita meningkat apabila banyak melakukan seks. Mereka berpendapat, lebih banyak aktiviti tersebut dilakukan pada waktu malam, dapat meningkatkan tahap agresif para atlet pada keesokan hari, seterusnya dapat meningkatkan prestasi. Last skali cube renungkan kata2 dari seorang falsafah yang juga merupakan manager Yankee yang paling hebat, Casey Stengel.

"being with woman all night never hurt no professional baseball player, but it's staying up all night looking for women that does him in"



Read more...