Sila la click jika ade.....

Wednesday, December 15, 2010

Domain Giveaway dari Yanmieonline.com dan Ihosterz.com

0 comments

Salam sume. Hari ni baru berkesempatan menulis entry giveaway ni. Ini kerana, aku terlalu sibuk, menguruskan kemasukan pengajian master aku dan mengecat dan persiapan bilik pengantin. OPPPSss. Bukan aku yang nak kahwin, tapi akak aku yang nak kahwin.

Giveaway yang berlangsung dari 24 November 2010 hingga 20 Disember 2010 ini menawarkan 5 domain yang dianjurkan oleh Yanmieonline.com dan ditaja oleh Ihosterz.com dan Cikmin.com. 3 domain 3 pemenang yang akan dipilih secara random menggunakan Random.org dan 2 domain serta RM20 setaip sorang untuk 2 pemenang lagi berdasarkan pilihan puan penganjur melalui kekreatifan entry.

Aku cuma mengharapkan, random.org memilih no aku kerana, aku sedar aku nye entri ni xkreatif sebab aku tidak berjiwa sastera yang dapat mencoretkan kata-kata indah untuk santapan pengunjung sekalian. Aku mengharapkan aku dapat menang giveaway ini, supaya aku dapat renovate blog aku, seperti mana aku renovate bilik pengantin akak aku.



So kepada sesiapa yang ingin mencuba nasib, boleh baca dengan lanjut mengenai "Domain Giveaway dari Yanmieonline.com dan Ihosterz.com". Sangat mudah. Dan tidak dilupakan Domain GiveAway Yanmieonline.com ini di taja bersama Ihosterz.com dan Cikmin.com.


"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"



Read more...

Monday, December 13, 2010

Shahir Sambung Master

0 comments

Salam sume. Sangat ironi, kerana pada 18 Oktober 2010, aku telah mengucapkan Selamat Tinggal kepada bumi Tanjong Malim apabila selesai aku bergraduat pada 16 Oktober 2010 kemudian pada 11 Disember 2010 aku kembali semula ke bumi Tanjong Malim untuk menyambung pengajian aku disitu di peringkat yang lebih tinggi.

Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui nye lagi. Setelah 4 tahun dihabiskan disitu untuk mengenggam sekeping ijazah degree, aku kini aku berjuang untuk 2 tahun lagi di bumi yang sama untuk mendapatkan sekeping ijazah master plak. Dari D20061026040 nombor matrik aku bertukar kepada M20101000180.


Aku cuma berharap, aku dapat melakukan yang terbaik dan pulang dengan master yang diidam kan. Dan aku berdoa semoga dipermudahkan segala urusan aku sepanjang pengajianku nanti.


p/s: dapat barang suai kenal yang menarik; beg laptop, pendrive 4gb, namecard holder ngn tali.

"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"



Read more...

Wednesday, December 08, 2010

Tips - Multiple Links In 1 Link.

0 comments

Salam sume. Kali ni aku nak kongsi kan lagi satu tips yang agak menarik buat korang sume. Sebelum ni aku pernah kongsikan bagaimana nak tengok link sebenar bagi link2 yang dah dipendekkan menggunakan URL Expands. Kali ni aku nak kongsikan bagaimana nk memasukkan banyak link ke dalam 1 links menggunakan salah satu dari dua web ini.

Kepada yang follow twitter aku, korang mesti perasan aku slalu kongsikan link dari 1link.in dan juga linkbun.ch. Kedua-dua web ini memudahkan anda untuk memasukkan banyak link kedalam satu link untuk dikongsikan dengan rakan2 anda.

Sebagai contoh, anda ingin berkongsi kan kepada rakan anda senarai2 blogger2 hebat pilihan anda. So anda tidak perlu memberi kesemua link kepada mereka. Cukup sekadar memberi 1 link yang mempunyai kesemua link2 blogger2 tersebut. Sebagai contoh, tengok gambar.


Masukkan kesemua link di dalam kotak tersebut. Setiap link mestilah diletak kan dalam 1 baris(1 link per line). So ini bermakna, masuukkan 1 link, kemudian enter, dan masukkan link kedua dan enter dan seterusnya. Selepas itu, click button 1Link untuk mendapatkan link anda. Dan link gabungan anda akan terhasil. Anda boleh click link http://1link.in/edncm ini untuk melihat hasilnya. Untuk membuka semua link anda hanya perlu menekan button Open yang ada.


Kemudahan ini juga, boleh digunakan bagi mereka yang mempunyai bloglist untuk blogwalking yang panjang. Perkara tersebut akan memenatkan anda untuk membuka setiap link setiap kali anda ingin berblogwalking. Dengan ade nya 1Link.in atau Linkbun.ch ini hanya perlu membuka 1 link dan click open untuk membuka semua link2 yang disimpan.

p/s: kalau nk kongsi iklan2 pun senang guna cara ni.

"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"



Read more...

Monday, December 06, 2010

Salam Maal Hijrah 1432 H

0 comments

Salam sume. Kurang dari 30 minit dari sekarang, Umat Islam di Malaysia, akan menyambut kehadiran tahun hijrah baru iaitu 1432 Hijrah apabila berkumandang azam Maghrib sebentar lagi. Sememangnya, 1 Muharram merupakan detik yang penuh bersejarah dengan peristiwa penghjrahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Kota Mekah ke Madinah.

Namun begitu, dalam pada kita menyambut Maal Hijrah ini, sejauh manakah pengertian kita terhadap peristiwa tersebut. Adakah kita sekadar membaca doa akhir tahun selepas solat Asar atau sebelum solat Maghrib dan membaca doa awal tahun apabila selesai solat Maghrib tanpa mengambil iktibar, menginsafi diri kita.

Doa Akhir Tahun


Doa Awal Tahun


Disini, Shahir ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432H kepada semua Muslimin dan Muslimat dan ingin mengajak sama2 kita menginsafi diri kita, dan berusaha menuju kearah kebaikan dan menjauhi kemungkaran.


"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"




Read more...

Sunday, December 05, 2010

5 Pahlawan Proton - Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu, Kasturi

0 comments
Salam sume. Mungkin ramai daripada blogger2 sume yang pergi KLIMS bukan? Walaupun tidak berkesempatan untuk pergi, namun aku tertarik dengan artikel NEW SUNDAY TIMES mengenai Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) berkenaan dengan kereta konsep terbaru daripada Proton.

Sememangnya dengan penghasilan kereta2 tersebut, proton dapat menarik pengguna untuk menggunakan kereta ciptaannya dengan tertumpu kepada semua kelas pengguna. Termasuk peminat kereta2 sport.

Jebat merupakan sebuah kereta berkonsepkan Inspira. Proton cuba untuk mempamerkan kepada pengunjung bagaimana Inspira dapat transform dengan penambahan special bodykit terhadap kereta tersebut. Dengan menggunakan enjin Mitsubishi Evo X turbocharged, tidak mustahil kereta ini akan menjadi realiti sekiranya, Inspira mendapat sambutan yang menggalakkan.

Sebuah lagi kereta jenis sport yang menarik adalah kereta konsep Proton Lekir atau Exivo. Dengan mengambil model asal Lotus Europa, Proton cuba untuk menghasilkan sebuah kereta sports yang mampu dimiliki dengan harga cadangan sekitar RM150,000. Kereta ini bakal dilengkapi dengan enjin Proton turbocharged Campro.


Kereta lain ialah Tuah, konsep asal Espire kereta konsep Sedan terbaru dari Proton. Dengan berdesignkan sporty eropah , Proton cuba menembusi pasaran antarabangsa melalui kereta ini menggantikan Proton Persona. Lekiu pula sebuah kereta berkonsep SUV dengan nama asal Proton Xactive. Menggunakan design Exora, ramai mengharapkan Lekiu untuk dilengkapi dengan enjin 1.6L Campro turbo dengan pacuan empat roda (4WD).



Selain itu, Kasturi merupakan rupa baru untuk Saga yang telah dilancarkan di Thailand minggu lepas dan bakal dilancarkan di Malaysia pada tahun hadapan. So kepada, peminat2 kereta Proton, cepat la kumpul duit. Espacially kepada kawan2 aku yang baru start keje 2 - MohdHafizuddin.com.




"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"



Read more...

Saturday, December 04, 2010

BBQ Bersama Shahir

0 comments

Salam sume. Seperti yang dijanjikan dengan Kak Yanmie, aku nk update skit blog ni psal sumthing yang boleh buat korang sume terliur. Sempena majlis pertunangan sepupu aku esok, Pak Long aku ade la wat majlis BBQ dekat umah die td. Sambil2 tu, dapat la berkumpul sedara mara sume, walaupun ade yang xde. Kalau sume ade, memang x muat umah 2. So jom layan gambar2 ni, dan entri ni khas untuk adek ku Helmi Aziz.








Alhamdulillah, sangat la best dapat makan ikan pari, sotong, udang bakar. Nasi lemak ngan mee bandung pun ade. So malam ni dapat tidur dengan kenyang.

p/s:ade sape2 terliaur x??

"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"



Read more...

Friday, November 26, 2010

Hanya RM2 untuk Panggilan dan SMS Sepanjang Hari

0 comments
Salam sume. Seperti biase, setiap kali bangun tdo, bende yang 1st skali aku tengok ialah henset aku. Sebabnya, nak tengok jam pukul bape. Aku xsuke gune jam tangan dan kat bilik aku xde jam loceng. Henset aku 2 la jam loceng duk kejut aku bangun tiap2 ari. Pagi tadi check tengok ade SMS dari Celcom. Selalunye aku xksah sangat SMS Celcom ni sbb kekadang xpenting sangat pun. Tapi SMS pagi ni sangat menarik.

Ramai juga yang dapat SMS ni rasenye. SMS mengenai promosi baru celcom RM2 Bundle Service. Ape yang menarik pasal promosi ni, hanya dengan RM2 korang boleh membuat panggilan dan menghantar SMS secara percuma kepada sume nombor Celcom. Sangat berbaloi bukan. So kepada kaki gayut ngn kaki SMS 2, korang mesti tertarik dengan promosi terbaru ni.

RM2 Bundle Service

1.All Xpax, U.O.X., S.O.X., Celcom Blue and Celcom Sukses customers can subscribe to the RM 2 unlimited on-net calls and sms bundle on the day they receive the invitation SMS from Celcom.
2.Method of subscription is via SMS only by sending YESRM2 to 22188.
3.Each subscription will be charged RM2 which will be deducted immediately from the customer’s account upon successful subscription..
4.The subscription and its benefits are only valid upon receiving the confirmation SMS. The subscription is valid until 11.59pm on the same day.
5.The Unlimited on-net calls & SMS are only applicable to all Celcom numbers.
6.Promotion is not valid for Postpaid/MVNO/Broadband customers.
7.Celcom reserves the right to amend or terminate this promotion in whole or in part at any time without prior notice.

Mungkin promosi ini merupakan 1 langkah untuk mereka yang selalu menggunakan untuk membuat panggilan atau menghantar SMS kepada rakan2 mahupun kekasih. So, kepada semua pengguna Celcom yang selalu abis kredit lebih RM2 sehari, subscribe la servis ini. Ini mungkin merupakan salah satu cara untuk anda berjimat.

p/s:boleh ke jimat cmni??hihihi

sumber : Celcom RM2 Bundle Service

"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"



Read more...

Tuesday, November 16, 2010

AidilAdha Bersama Shahir

0 comments

Salam sume. Bersempena dengan AidilAdha yang bakal tiba pada 17 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431, Shahir ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA dan selamat menjalani ibadah korban kepada sesiapa yang ada membuat korban.

Seseungguhnya ibadah korban ini merupakan ibadah yang sangat digalakkan dalam islam terutama bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan dan hukumya sunat muakkad iaini sunat yang dituntut. Adalah sunat bagi mereka yang melakukan korban untuk menyaksikan penyembelihan sekiranya mereka tidak berkemampuan untuk menyembelih sendiri binatang korban tersebut.

Kepada sesiapa diluar sana yang akan melakukan ibadah korban, lakukan lah dengan ikhlas dan berniat kerana ALLAH swt. Dan jangan sesiapa lakukan ibadah korban semata-mata untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk atau mempunyai niat laen disebalik ibadah tersebut.

p/s : rasuah dalam ibadah korban, ape pendapat korang??

Image : Ehsan Google.


"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"



Read more...